Sabtu, 8 Oktober 2011

Perjalanan Hati Antara Ayat Allah Yang Ajaib


Perjalanan Hati Antara Ayat Allah Yang Ajaib


Segala yang kita lihat seperti gunung-ganang dan lautan adalah ayat-ayat Allah
Di sana dapat dilihat kekuasaan dan kebesaran Allah menjadi kecut perut dibuatnya
Yang dilihat dari itu ayat-ayat Allah yang bersifat rohaniah
adalah perjalanan hati kita yang sangat ajaib
Tuhan boleh membolak-balikkan rasa dan perasaan hati kita setiap detik dan masa
Tanpa dapat kita kontrol dan mengawalnya

Patutlah dia hati penentu baik dan buruk manusia
Munasabahlah dia jadi raja di dalam diri manusia
Boleh melakukan dan menggunakan anggota lahir
sebagai tenteranya membuat apa sahaja
Berdasarkan yang ia rasa yang sering sahaja bertukar ganti setiap masa dan ketika
Dia perintahkan nafsu yang berkehendak
menggunakan anggota-anggota manusia
mengikut rasa hati

Diperkotak-katikkannya anggota manusia semahu-mahunya
Badan susah dan letih tak usah dikira terpaksa membuat kerja hati manusia
Hati di dalam diri manusia sebagai raja yang berkuasa
Nafsulah penguatkuasanya membuat apa sahaja
Di satu segi di sini dapat dilihat Maha Kuasanya Tuhan
Maha Pentadbir, Maha Besar dan Maha Hebatnya Dia

Di sudut yang lain kita dapat lihat begitu ajaibnya hati nurani manusia
Hati yang bertapak di dalam hati daging
Ia sangat berperanan ke atas diri manusia
Dialah yang menentukan baik buruknya manusia
Kerana itu jagalah hati selalu, fahamilah bisikannya positif atau negatif
Mintalah kepada Tuhan mentadbir hati kita dengan petunjuk-Nya
Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus


30.8.2003 – 1
Menjelang Zuhur
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad



Hati Nurani

Hati nurani adalah makhluk Allah Taala yang ajaib
Sarangnya adalah hati daging boleh dilihat oleh mata lahir
Para-para doktor sering melihatnya ketika dibedah dada manusia

Hati nurani tidak dapat dilihat oleh mata lahir sekalipun dibelah dada
Hati daging tidak ada erti apa-apa
Ia hati rumah kepada hati nurani yang sangat berharga
Hati nurani itulah yang dipersoalkan oleh Tuhan hingga ke Akhirat sana
Hati nurani adalah sangat ajaib dan sangat berperanan
Namanya pun berbagai-bagai istilah diberi kepadanya

Adakalanya hati, digelarkan raja diri
Hati nurani itu juga dipanggil roh, ia adalah kekal abadi
Ia penentu apakah manusia itu baik atau jahat, itulah dia hati mengikut sabda Nabi
Ia juga diberi nama fuad, ia merupakan jismullatif
Ada nama lain lagi tapi jarang didengar iaitu lubbun
Hati nurani ini adalah khazanah Allah Taala yang bagaikan lautan tidak bertepi
Yang terbesar sekali ia merupakan gudang ilmu ilham bagi wali
dan wahyu bagi Rasul dan Nabi

Akal hanya gudang ilmu bagi manusia biasa sekalipun dia profesor
Bagi Rasul, Nabi dan wali ada dua sumber ilmu yang mereka perolehi
Yang tidak diperolehi oleh manusia yang tidak bertaqwa iaitu manusia biasa
Kerana itulah mereka itu amat cerdik dan terlalu pandai, boleh memperkatakan
apa sahaja dan menjawab secara global
Orang yang mendengar rasa takjub dan kehairanan, terpukau
dan tercengang-cengang dibuatnya
Kedua-dua sumber ilmu itu mereka perolehi daripada Tuhan Rabbul ‘izzati
Hati nurani itu juga adalah lautan rasa
Atau alam rasa seluas alam semesta
Samada positif atau negatif dapat dirasanya

Hati nurani itu adalah rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing berlumba-lumba hendak mengisinya
Malaikat mengisi dengan keimanan, keyakinan, ketaqwaan, ketenangan,
rasa-rasa baik, peri kemanusiaan, timbang rasa, belas kasihan
Syaitan mengisi dengan kekufuran, keraguan, rasa-rasa jahat, rasa permusuhan,
dan hawa nafsu serakah kehaiwanan

Hati nurani itulah apabila ia terlalu bersih dapat menjangkau ke alam-alam ghaib
dengan izin Tuhan yang memilik segala yang ghaib
Hati nurani itulah yang terbuka, sekalipun mata kasarnya terkatup
Kadang-kadang ia melihat macam mata lahirnya melihat perkara-perkara di luar alam nyata seperti Luh Mahfuz, ‘arasy, Barzakh, jin dan malaikat, yang dikatakan kasyaf

Sering melihat secara rasa dengan tepat diistilahkan firasat
Adakalanya dijatuhkan ilmu di dalam hatinya dikatakan wahyu atau ilham
Tidak kurang juga hatinya mendengar suara tidak dapat melihat lembaganya

10.3.2004 – 1
Menjelang Zuhur
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Sabtu, 1 Oktober 2011

Ilmu Rohani, Ilmu Tasawuf, Ilmu Hakikat adalah Satu


Sabda Rasulullah SAW kepada Sayidina Muaz bin Jabal

Rasulullah SAW bersabda:
“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhlukNya menurut kehendakNya.

Wahai Muaz!”
Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama.

Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah:
‘Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata:

‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata:

‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya:
“Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata:

‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata:

‘Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata:
‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata:

‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan:

‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter jadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian.

Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya?
Laknat-Ku tetap padanya.’

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW:
“Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali:
“Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW:
“Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata:
“Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW:
“Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”




Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah ilmu tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin.

Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani?
Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh.

Mengapa pula ia juga dikatakan ilmu tasawuf ?
Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan ( sofa’ ) bermakna bersih atau murni . Tegasnya , ilmu tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. Agar dari dorongan hati yang bersih itu dapat membersihkan pula anggota lahir daripada melakukan kemungkaran dan kesalahan.

Oleh itu, ilmu tasawuf itu adalah ilmu mengenai cara-cara membersihkan lahir dan batin daripada dosa dan kesalahan. Bahkan kesalahan lahir ini berpunca dari kesalahan batin. Dosa lahir ini berlaku setelah berlakunya dosa batin. Maka sebab itulah ia dikatakan ilmu tasawuf.

Kenapa pula ilmu ini juga dikatakan ilmu batin ?
Ini kerana roh atau hati memang tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Ia adalah makhluk yang tersembunyi. Maka ilmu ini dinamakan ilmu batin kerana ia membahaskan tentang hati dan sifat-sifatnya yang memang tidak dapat dilihat dengan mata lahir tapi dapat dilihat oleh mata batin.

Mengikut pandangan umum masyarakat sekarang, bila disebut ilmu batin, mereka menganggap itu adalah ilmu pengasih atau ilmu kebal. Orang yang belajar ilmu batin bermakna dia belajar ilmu kebal atau belajar ilmu pengasih. Sebenarnya orang itu belajar ilmu kebudayaan Melayu, yang mana ilmu itu ada dicampur dengan ayat-ayat Al Quran. Kebal juga adalah satu juzuk daripada kebudayaan orang Melayu yang sudah disandarkan dengan Islam. Kalau kita hendak mempelajarinya tidak salah jika tidak ada unsur-unsur syirik. Tetapi itu bukan ilmu tasawuf atau ilmu kerohanian seperti apa yang kita bahaskan di sini.

Adakalanya ilmu tasawuf dipanggil juga ilmu hakikat.
Ini kerana hakikat manusia itu yang sebenarnya adalah rohnya. Yang menjadikan manusia itu hidup dan berfungsi adalah rohnya. Yang menjadikan mereka mukalaf disebabkan adanya roh. Yang merasa senang dan susah adalah rohnya. Yang akan ditanya di Akhirat adalah rohnya. Hati atau roh itu tidak mati sewaktu jasad manusia mati. Cuma ia berpindah ke alam Barzakh dan terus ke Akhirat.

Jadi hakikat manusia itu adalah roh. Roh itulah yang kekal. Sebab itu ia dikatakan ilmu hakikat.Oleh yang demikian apabila kita mempelajari sungguh-sungguh ilmu rohani ini hingga kita berjaya membersihkan hati ,waktu itu yang hanya kita miliki adalah sifat-sifat mahmudah iaitu sifat - sifat terpuji . Sifat - sifat mazmumah iaitu sifat - sifat terkeji sudah tidak ada lagi. Maka jadilah kita orang yang bertaqwa yang akan diberi bantuan oleh Allah SWT di dunia dan Akhirat.


Kebersihan hati inilah yang akan menjadi pandangan Allah.

Maksudnya, bila hati bersih, sembahyangnya diterima oleh Allah SWT. Bila hati bersih, puasanya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, perjuangannya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, wirid dan zikirnya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, pengorbanannya diterima oleh Allah. Tetapi bila hati tidak bersih, seluruh amalan lahirnya tidak akan diterima.

Itulah yang dimaksudkan di dalam ajaran Islam bahawa walaupun kedua-dua amalan lahir dan amalan batin diperintahkan melaksanakannya tetapi penilaiannya adalah amalan roh atau hatinya.

Ini sesuai dengan Hadis yang bermaksud:
“ Cukup sembahyang sunat dua rakaat daripada hati yang bertaqwa.”

Maknanya dua rakaat sembahyang seorang yang bertaqwa itu lebih baik daripada seorang yang banyak sembahyang tetapi hati masih kotor. Selain sembahyang itu diterima, dua rakaat sembahyang dari hati yang bertaqwa itu akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang itu . Sembahyangnya itu boleh mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan kemaksiatan, lahir dan batin.

Berdasarkan Hadis di atas, kita cukup bimbang kerana selama ini kita telah mengerjakan sembahyang, sudah lama berjuang, sedikit sebanyak sudah berkorban, sudah habiskan masa untuk berdakwah, sembahyang berjemaah, ikut jemaah Islamiah, yang mana ini semua adalah amalan lahir, rupa-rupanya Allah tidak terima semua amalan itu disebabkan hati kita masih kotor. Roh kita masih tidak bersih.

Oleh itu dalam kita menunaikan kewajipan yang lahir ini, jangan lupa kita memikirkan roh kita. Kerana roh yang kotor itulah yang akan mencacatkan amalan lahir, mencacatkan sembahyang, mencacatkan segala ibadah dan mencacatkan pahala seluruh kebaikan kita.

Cuba renung kembali Hadis yang pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW kepada Sayidina Muaz bin Jabal.Orang yang banyak amal ibadah , di langit yang pertama sudah tercampak amalannya . Kalaupun boleh naik , di langit yang kedua pula tersekat. Begitulah seterusnya di pintu-pintu langit yang lain hingga sampai ke pintu langit yang ketujuh, tersangkut lagi. Itu bagi orang yang beramal , masih tertolak amalannya. Bagaimana agaknya kalau orang yang tidak beramal langsung?

Mengapa amalan lahir itu tersangkut ?
Tersangkutnya amalan itu kerana ia ada hubungan dengan penyakit batin atau roh (hati) kita yang masih kotor. Orang yang mengumpat umpamanya, kerana hatinya sakit . Walaupun mengumpat itu nampaknya amalan lahir, mulutnya yang bercakap tetapi ia datang dari hati yang kotor. Sebenarnya hati itulah yang mengumpat.

Hasad dengki, riyak, kibir, sombong dan sebagainya, itu semua amalan hati. Rupa-rupanya yang menghijab amalan lahir ini adalah mazmumah hati . Amalan hati ( ro h ) ini hendaklah dijaga kerana mazmumah hati inilah yang membatalkan pahala amalan-amalan lahir.

Ditegaskan sekali lagi,
ilmu rohani adalah ilmu yang mengesan tabiat roh atau hati sama ada yang mazmumah atau mahmudahnya. Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri.

Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya sahaja supaya kita dapat mengenal sifat - sifat roh atau hati kita yang semula jadi itu .Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan dipertajamkan. Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat, diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.

Oleh yang demikian , sesiapa yang memiliki ilmu tentang roh ini , mudahlah dia mengesan sifat - sifat semula jadi yang ada pada roh itu. Mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat ditumpaskan. Maka jadilah roh atau hati seseorang itu bersih dan murni.

Sedangkan hati adalah raja dalam kerajaan diri . Bila raja dalam kerajaan diri ini sudah bersih, baik, adil, takut kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul, maka sudah tentu dia akan mendorong rakyat dalam dirinya iaitu anggota ( jawarih) ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Mudah untuk membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW serta mudah berbuat bermacam-macam bentuk kebaikan lagi.

Maka kebaikan anggota lahir inilah yang merupakan buah daripada kebersihan jiwa itu sendiri. Jadi kebersihan jiwa itulah pokok yang melahirkan kebaikan kepada tangan, mulut, mata, telinga, kaki dan seluruh tindakan lahir kita ini. Maka bila roh sudah baik, akan jadi baiklah seluruh lahir dan batin manusia. Bila baik lahir batin manusia, dia akan menjadi orang yang bertaqwa.

Bila dia telah menjadi orang yang bertaqwa, maka dia dapat pembelaan dari Allah sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Selagi belum menjadi manusia yang bertaqwa, tidak ada jaminan dari Allah akan dibela sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Kalau sekadar menjadi orang Islam, tidak ada jaminan dari Allah untuk dibela.

Dalam Al Quran , Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran mahupun dalam Hadis, Allah hanya membantu orang-orang mukmin yang bertaqwa. Jadi bila jiwa sudah bersih, maka akan bersih lahir dan batin, maknanya orang itu sudah memiliki sifatsifat taqwa.

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam Al Quran:Maksudnya:
“Hendaklah kamu berbekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.”
(Al Baqarah: 197)

Bila seseorang itu sudah dapat berbekal dengan sifat-sifat taqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT. Pembelaan di dunia mahupun di Akhirat. Sebenarnya, di sinilah rahsia kejayaan dan kemenangan umat Islam. Juga rahsia kehebatan umat Islam hingga berjaya menumpaskan musuh - musuhnya sama ada musuh lahir mahupun musuh batin.


Bisikan Nafsu Dan Syaitan

Syaitan dan nafsu tipuannya sangat halus
Selalu sahaja membisik-bisikkan di dalam hati, menyedapkan hati
Di antara bisikan-bisikannya biasanya begini sungguh menghiburkan jiwa kita:
Engkau masih muda! Buatlah apa sahaja, tidak mengapa
Kalau berdosa pun masa tua nanti bertaubatlah, taubat Tuhan terima
Jika engkau buat dosa Tuhan itu bukankah Maha Pengasih bertaubatlah, habislah dosa
Masa muda hanya sekali, di waktu muda enjoy-enjoylah dahulu,
setelah tua beribadahlah banyak-banyak

Adakalanya dia bisikkan kita begini: Di dalam membuat dosa buatlah baik
Satu kejahatan baru satu dosa, satu kebaikan diberi sepuluh kebaikan
Kalau buat sepuluh kejahatan, satu kebaikan sudah sama
Betapa pula kalau lebih dari satu kebaikan sudah mengatasinya

Tidak kurang juga bisikannya:
Buat jahat tidak mengapa, yang penting hati baik
Tuhan bukankah pandang hati, tidak pandang lahir

Ada juga apabila lahirnya tidak membuat dosa-dosa besar,
sudah tidak terasa berdosa lagi
Tidak terfikir hati juga membuat dosa
Dosa batin payah dikesan
Maka hati pun terasa senang, bahawa dia merasakan dia tidak membuat dosa
Padahal sombong, riya’, ujub, ingin dipuji,
tidak suka dikeji adalah dosa yang tersembunyi
Ia berlaku begitu sahaja tanpa disedari
Kalaupun ada terasa kerana ia bukan bersifat perbuatan,
tidak terasa itu adalah dosa
Dia tertipu di dalam sangkaannya
Dia lupa hati juga turut berdosa
Bahkan sebenarnya dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir
Biasanya dengan dosa batin jarang orang bertaubat, hingga dibawa mati
Wal’iya zubillah

12.7.2004 – 1
Menjelang Zuhur / Maghrib
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Mata Hati


Mata lahir nampak,
mata hati tidak nampak
tapi pandangannya tembus

DI dalam diri manusia ada dua mata, iaitu pertama mata lahir, dan kedua mata batin.

MATA LAHIR

Ia adalah mata kepala atau mata fizikal yang kebiasaannya pada manusia ada dua biji. Mengikut ahli biologi , biji mata ini berbentuk bulat . Ada mata putih dan mata hitam. Mata hitam atau anak mata ini terdapat kanta di dalamnya. Kanta inilah yang berfungsi menangkap apa saja objek lahir yang ada di hadapannya sehingga menghasilkan arca-arca (gambar-gambar) yang dapat dilihat oleh mata. Objek-objek yang dapat dilihat oleh mata lahir ini seperti jenis insan, jenis haiwan, jenis jamadat (batu, besi, pasir), jenis nabatat (tumbuhan), jenis cairan dan lain-lain lagi


Kekuatan pandangan mata lahir ini boleh dikategori kepada empat peringkat:

1. Pandangan yang tajam atau luar biasa
Kuasa mata ini mampu memandang atau melihat benda benda lahir yang jauh . Atau mampu melihat benda benda halus tanpa menggunakan alat-alat saintifik seperti mikroskop, teropong dan sebagainya. Ini mungkin terdapat hanya seorang dalam sejuta.

2. Pandangan yang biasa
Ini berlaku pada kebanyakan orang. Yakni mampu melihat benda-benda lahir dari jarak yang sederhana jauhnya. Atau tidak mampu memandang benda atau objek yang terlalu jauh. Atau ia tidak mampu melihat benda-benda lahir yang halus seperti sel, kuman dan lain-lain lagi tanpa dibantu dengan mikroskop dan lain-lain alat-alat saintifik.

3. Pandangan yang rosak atau kabur
Ia terbahagi kepada dua iaitu kabur kuat dan kabur sedikit atau kabur biasa. Berkemungkinan berlakunya kerosakan mata ini kerana diliputi selaput nipis atau tebal. Jadi kekuatan pandangannya samar-samar atau kabur. Dia tahu ada benda ( objek ) di hadapannya tetapi tidak jelas atau tidak tahu dengan tepat apakah jenis objek itu . Kecuali jika dibantu dengan cermin mata, barulah penglihatannya nampak jelas objek di hadapannya.

4. Pandangan yang buta
Ada hal-hal yang terjadi yang menyebabkan mata ini buta, tidak nampak langsung objek yang ada di hadapannya .

Mata ini tidak boleh berperanan atau berfungsi langsung mungkin kerana beberapa sebab biji mata sudah pecah mungkin kerana tercucuk benda benda tajam mungkin tersiram asid atau racun mungkin ditimpa penyakit ketumbuhan

MATA BATIN

Inilah mata hati atau mata rohaniah. Ia bersifat maknawiah atau abstrak. Yakni hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Dilihat tidak ada, tetapi terasa adanya. Fungsinya sangat berbeza dengan mata lahir yang hanya mampu melihat objek-objek lahir saja itu.

Mata batin ini berkemampuan melihat benda-benda yang batin atau benda-benda yang ghaib atau benda-benda maknawiah seperti alam roh, alam malakut, alam jin, alam Barzakh, alam Akhirat, Loh Mahfuz, mampu menampung ilmu wahyu, ilmu laduni atau ilmu ilham hatta mampu tajalli terus dengan Allah SWT secara laisakamislihi syaik ( tidak seumpamaNya bagi sesuatu) dan lain-lain lagi dengan izin Allah.

Mengikut kaedah kekuatan mata lahir tadi yang terbahagi kepada empat itu, saya mentafsirkan kekuatan mata batin juga terbahagi kepada empat kategori iaitu:

1. Pandangan mata hati yang tajam atau luar biasa.
Ini hanya dimiliki oleh para rasul dan para nabi. Mata hati mereka mampu melihat alam-alam ghaib tadi dengan izin Allah. Mampu menampung ilmu wahyu dan sesetengah mereka dapat tajalli terus dengan Allah Azzawajalla, yang tidak dapat digambarkan secara material atau secara makhluk atau benda.

2. Kekuatan pandangan mata hati biasa.
Ini hanya di miliki oleh para wali atau orang yang bertaqwa yang mata hati mereka tembus, dapat melihat alam-alam ghaib dan dapat menampung ilmu laduni dengan izin Allah. Walau bagaimanapun kekuatan mata hati para wali ini adalah lebih rendah daripada mata hati para rasul dan nabi-nabi.

3 . Pandangan mata hati yang rosak ( kabur biasa dan kabur kuat).

a. Kabur biasa Ini mata hati orang - orang soleh yang walaupun mereka tidak mampu melihat alam - alam ghaib tetapi di beri keyakinan dan keteguhan hati tentang persoalan iman dan persoalan ghaib. Kalau ada pun golongan ini yang dapat melihat alam ghaib atau menangkap alam rohaniah atau dapat ilmu laduni , itu terlalu sedikit atau sekali - sekala . Mungkin ia dibantu oleh berkat seseorang seperti berkat gurunya.

b. Kabur kuat (hampir buta) Ini mata hati orang mukmin ‘asi atau mukmin yang derhaka atau fasik atau zalim.Mata hati ini sudah ada hijab, tidak dapat melihat alam ghaib dan keyakinan tentang alam ghaib pun tidak begitu padu , sudah samar- samar tetapi tidak menolaknya.

4. Pandangan mata hati yang buta.
Ia langsung tidak nampak alam ghaib. Dan tidak ada keyakinan langsung tentang alam kerohanian dan alam ghaib yang tepat. Ini dimiliki oleh orang kafir atau orang munafik.

Ijtihad saya ini hasil merenung mata lahir. Mata lahir di peringkat 1 dan 2 ini adalah mata yang normal. Ertinya tidak sakit. Manakala mata lahir di peringkat 3 dan 4 adalah mata yang sakit. Oleh itu terpaksalah memakai cermin mata untuk dapat melihat dengan jelas. Boleh jadi juga tidak nampak terus walaupun dibantu dengan alat apa sekalipun. Mata lahir yang tidak sakit, dia dapat menangkap dengan baik dan jelas objekobjek yang ada di hadapannya. Sedangkan kalau ia sakit atau buta, dia tidak dapat menangkap lagi objek-objek yang ada di hadapannya.


Bagaimana pula dengan mata batin ?
Kaedah yang berlaku pada mata lahir ini berlaku juga pada mata batin. Mata batin ini kalau tidak sakit atau tidak berpenyakit, ia dapat menangkap objek - objek maknawiah atau yang berbentuk rohaniah yang Allah hadapkan padanya dengan baik. Kalau ia tidak sakit, ia bersih dan tidak berselaput atau istilah syariatnya, ia tidak ada hijab.

Apa bila hati itu bersih , ia macam cermin yang bersih. Ia dapat menangkap apa saja objek yang ada di hadapannya dengan baik dan jelas. Kalau cermin itu makin bersih kerana rajin menggilapnya maka makin bertambah jelaslah gambar-gambar (arca atau imej) yang ada di hadapannya. Kalau ia terlalu bersih, kekuatan mata hati macam cermin yang digilap dihadapkan setentang dengan Loh Mahfuz yakni tempat segala suratan takdir Allah tercatat di sana sama ada yang sudah berlaku, yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Semua hal ada di sana tanpa tertinggal satu pun.

Bagi hati yang terlalu bersih seperti hati para rasul dan nabi-nabi itu, kekuatan mata hati mereka itu mampu melihat atau menangkap gambaran (objek maknawiah atau rohaniah) yang ada di Loh Mahfuz dengan izin Allah SWT. Hatta mereka dapat terus tajalli dengan Allah Al Khalik dengan secara ‘laisakamislihi syaik’.

Taraf yang di bawah ini ialah hati para wali iaitu mempunyai kekuatan mata hati di peringkat kedua. Yakni mata hati tembus yang dapat melihat alam ghaib. Mungkin dapat melihat alam roh atau alam jin atau alam malaikat, alam Barzakh atau dapat membaca hati manusia atau diperlihatkan hal-hal masa depan yang akan berlaku dengan izin Allah . Itulah yang dikatakan kasyaf. Jika berlaku kepada rasul dan nabi, ia dikatakan sebagai mukjizat maknawiah. Tetapi bila berlaku pada wali-wali, ia dianggap sebagai karamah maknawiah.


Bagaimana hati boleh melihat alam batin atau maknawiah atau alam bukan material itu ?

Umpama burung, hati terkurung dalam sangkar badan. Oleh kerana sangkar itu kuat dan berat, maka burung terpaksa terkurung dalam sangkar yang sempit dan menyeksakan itu .Sempit gelanggangnya ,terbatas juga penglihatannya. Iaitu sekitar dalam sangkar atau di luar sangkar yang jaraknya hanya beberapa depa saja.

Walhal kalau burung itu besar dan kuat, tentu saja dia dapat terbangkan sangkar tersebut. Yakni kekuatan sangkar itu dapat dikalahkannya. Maka dibawalah sangkar tersebut terbang ke merata-rata tempat, sekadar yang termampu. Padahal waktu itu dia masih berada di dalam sangkar. Tetapi sekurang-kurangnya penglihatan, pandangan dan pengalamannya sudah jauh. Bukan sekadar sekitar jarak dua tiga depa saja. Penglihatannya seluas mana dan sejauh mana kemampuannya membawa sangkar itu.

Paling hebat kalau burung itu mampu pecahkan sangkar. Tidak terkurung dan terikat lagi. Di waktu itu ia bebas terbang ke mana saja. Boleh pergi ke jarak yang lebih jauh lagi. Ikut saja kemahuan hati. Tidak ada halangan apa-apa lagi. Dapat terbang sebebas-bebasnya seperti burung-burung yang lain. Atau boleh terbang ke tempat yang burung lain tidak boleh pergi. Tentulah pandangan dan penglihatannya juga makin jauh. Tentu sekali sangat berbeza dari alam sangkar yang sempit sebelumnya.

Demikianlah hati, kalau ia gagah, kuat dan teguh (kerana terlalu bersih), ia mampu menerobos keluar daripada sangkar badan dan bebas terbang ke mana saja ia suka. Atau kalau dia tidak terlalu kuat mungkin tidak dapat bebas daripada sangkar badan tetapi mampu terbangkan badan secara rohaniah. Macam burung yang dapat terbangkan sangkar tadi. Ertinya di waktu itu dia terkeluar daripada pengaruh benda (material). Pengaruh itulah yang menjadi penghalang besar selama ini. Walhal bila pengaruh itu tidak ada lagi, dia cukup bebas, merdeka, boleh berlegar-legar terbang ke mana saja. Sehingga dapat melihat alam yang selama ini bukan alamnya iaitu alam ghaib atau alam rohaniah . Maka tersingkaplah alam ghaib yang penuh rahsia itu.

Kalau burung yang kecil dan lemah terkurung selama-lamanya dalam sangkar, maka hati yang lemah juga akan terkurung selama-lamanya dalam jasad. Roh dan hati yang lemah tidak dapat mengatasi jasad. Pengaruh materiallah yang melemahkan hati. Itulah penyebab utama hati terkurung dan terpenjara. Akhirnya hati itu jadi kabur dan buta. Maka terhijablah ia selama-lamanya daripada melihat alam rohaniah atau alam ghaib.

Bagaimanakah proses terhijabnya mata hati ini ?

Proses yang berlaku pada mata lahir jadi rosak atau buta ialah berpunca daripada penyakit dan sakit, hingga berselaput dan tidak boleh melihat objek-objek yang ada di hadapannya. Proses atau kaedah yang sama juga berlaku pada mata batin. Mata batin juga boleh rosak atau buta di sebab kan penyakit-penyakit batin. Inilah yang jadi selaput atau hijab sehingga tidak dapat melihat alam rohaniah atau alam ghaib serta tidak dapat menangkap sesuatu yang bersifat rohaniah.


Hijab-hijab hati antaranya disebabkan oleh:

1. Penyakit syirik jali atau kekufuran atau kemunafikan.
2. Penyakit syirik khafi iaitu riyak, ujub, sombong, sum‘ah, pemarah, pendendam, bakhil, penakut, cinta pangkat, cinta nama dan lain-lain lagi.
3. Penyakit cinta dunia dalam semua hal . Baik yang halal , haram, makruh dan syubhat.
4. Penyakit cinta dunia yang harus atau halal sahaja.


Jadi hati boleh dikategorikan kepada empat peringkat:

PERTAMA: Hati para rasul, nabi-nabi dan wali-wali Allah
Hati mereka terlalu bersih . Tidak terlibat langsung dengan penyakit-penyakit hati yang menghijabkan. Pada para rasul dan nabi-nabi, Allah perlihatkan alam ghaib, alam malakut, alam Barzakh, alam jabarut, alam Akhirat, alam jin, Loh Mahfuz dan lain-lain lagi.

Mata hati mereka mampu menangkap benda-benda maknawiah iaitu ilmu yang bersifat wahyu. Yakni ilmu yang jatuh ke hati secara direct daripada Allah. Ini adalah anugerah-Nya atau wahbiah yang ianya didapati tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau tanpa berguru. Kalau ada perantaraan pun, ianya daripada malaikat. Ini hati peringkat pertama iaitu hati para rasul dan nabi-nabi.

Sementara hati wali-wali berada di bawah sedikit daripada hati para rasul dan para nabi ini. Mereka juga dapat menangkap sesuatu yang berbentuk maknawiah seperti ilham atau ilmu laduni.


KEDUA: Hati orang soleh
Hati mereka ini sedikit terhijab kerana tersangkut dengan hijab keempat iaitu terpaut dengan dunia yang harus atau halal sahaja . Walhal mereka tidak terhijab dengan hijab - hijab lain . Walau bagaimanapun mata hati mereka masih bersih daripada kekufuran, bersih daripada kemunafikan, bersih daripada sifatsifat mazmumah serta terlepas daripada cinta dunia yang haram, makruh dan syubhat. Tahap hati ini mungkin sekali-sekala Allah perlihatkan juga alam ghaib. Atau mungkin dapat menangkap objek-objek (benda-benda) yang bersifat rohaniah atau maknawiah iaitu ilmu yang bersifat ilham atau ilmu laduni. Yakni ilmu yang terus jatuh ke hati, yang datang terus daripada Allah secara wahbiah. Mendapat ilmu tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar dan tanpa berguru. Atau ia juga diberi rasa hati atau gerakan hati yang tepat dan benar, yang disebut juga sebagai ilmu firasat.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu Hadis Qudsi: Maksudnya:
“Namun hambaKu itu sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan perkaraperkara yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya , Aku menjadi pendengarannya untuk dia mendengar, dan penglihatannya untuk dia melihat.”
(Riwayat Bukhari)

Bagi rasul dan nabi, Allah kurniakan ilmu wahbiah ini melalui perantaraan malaikat saja. Manakala pada wali-wali atau orang soleh, ilmu ilham ini diberi melalui perantaraan malaikat, rasulrasul, nabi-nabi, wali atau jin-jin yang soleh


KETIGA: Hati mukmin yang ‘asi atau yang derhaka
Mata hati mereka terhijab dengan penyakit nombor 2 dan nombor 3. Yakni hati yang cinta dunia dalam semua hal. Tidak kira halal , haram , makruh atau syubhat . Juga mereka masih mengekalkan sifat - sifat mazmumah . Walau bagaimanapun mereka terlepas daripada syirik dan kekufuran serta kemunafikan. Mata hati golongan ini sangat kabur macamlah cermin yang kotor disebabkan habuk, wap atau air. Ia akan gelap atau terus jadi kabur. Akibatnya benda - benda yang di tangkapnya juga jadi kabur dan samar. Tidak dapat menangkap alam ghaib atau alam maknawiah ( ilmu laduni ) . Mereka bagaikan orang yang teraba-raba dalam gelap walhal matanya celik.

KEEMPAT: Hati orang kafir atau munafik
Mata hatinya terhijab dengan penyakit syirik jali iaitu kufur dan munafik . Atau terhijab dengan keempat - empat kategori di atas. Jadi hijabnya sangat tebal. Mata hati jadi buta, gelap dan tidak nampak apa-apa. Macam cermin yang terlalu tebal karatnya hingga menutupi seluruh cermin. Apa saja yang ada di hadapannya, tidak dapat ditangkap gambar (arca) itu. Oleh itu dia tidak nampak tentang alam ghaib, langsung tidak kenal tentang adanya Tuhan , Allah yang wujud itu .

Seperti firman Allah:Maksudnya:
“Dan barangsiapa buta (di dunia) ini akan buta pula di Akhirat dan terlebih sesat lagi dari jalan yang benar.
” (Al Israk: 72)

Untuk golongan ini Allah berfirman: Maksudnya:
“Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Al Baqarah: 10)

Allah tempelak lagi mereka ini: Maksudnya :
“ Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar ? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.”
(Al Hajj: 46)

Kini kita telah sama-sama mengenali hati rasul dan nabi, hati orang soleh, hati orang mukmin yang asi, hati orang munafik dan hati orang kafir. Kita juga sudah kenali hati dan mata hati serta peranannya.

Ditegaskan sekali lagi, kalau hati itu bersih, ia akan menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah.
Hati itu ibarat wadah. Macamlah kita ada wadah atau bekas. Wadah yang kotor macam pinggan kotor. Mana mungkin kita isi makanan yang sedap di dalamnya ? Kita tidak akan tergamak untuk letakkan barang yang sedap atau benda-benda yang bersih dan berharga itu ke dalam wadah atau bekas yang kotor.

Hati sebagai wadah tempat jatuhnya pandangan Allah,tidak mungkin Allah hendak kurniakan barang berharga dan bernilai ke dalamnya jika ada kekotoran hati ? Tentulah tidak. Kecuali sesudah dibersihkan dan betul-betul bersih, barulah Allah curahkan ke dalamnya barang yang terlalu bernilai itu yang berupa keyakinan, keimanan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu


Madah

1
Jelingan tidak sama ertinya;
jelingan pemimpin mempasti,
jelingan anak takut dimarahi,
jelingan bapa mengawasi,
jelingan kawan meminta simpati,
jelingan musuh sakit hati,
jelingan perempuan jatuh hati

2
Allah diingat,
ibu juga diingat,
ayah pun dingat,
tapi rasa ingatan itu tidak sama.

3
Tidak mesti orang yang banyak melihat itu banyak pengalaman,
sebab pengalaman itu diperolehi hasil melihat dengan perhatian

4
Buta mata tidak nampak cahaya.
Buta akal tidak nampak dunianya.
Buta hati tidak nampak akhiratnya

5
Buta mata hilang pedoman.
Buta akal beku.
Buta hati sesat.

Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Rahsia kasyaf

Tok Kenali salah seorang Ulama Sufi yang dianugerah kelebihan kasyaf


ADA pemimpin menempuh kejayaan di dalam mengatur masyarakat, ada yang menempuh kegagalan. Ada pemimpin mudah menerokai kawasan-kawasan baru untuk didakwaahkan, ada pula yang sentiasa menghadapi kebuntuan dalam hal ini. Ada pemimpin dapat membezakan di antara musuh dan kawan hingga kerja-kerja pengurusan pentadbirannya tidak terjejas. Ada pemimpin kerana tidak berkemampuan menyangka musuh itu kawan,hingga segala rahsia diri dan pemerintahannya terbongkar.

Bezanya kepimpinan di antara yang berjaya dan yang gagal sepertimana di atas adalah kerana yang satu mampu membaca perkara yang tersirat disuratkan dan yang satu lagi hanya terhad kepada apa yang tersurat semata-mata sahaja.

Oleh itu dalam kita ingin membina iman, ingin memperbetulkan diri sendiri. Ingin memperjuang kan Islam, dan ingin mengubah masyarakat, maka kita perlu berkemampuan membaca perasaan, sikap dan mengatur tingkah laku individu dan masyarakat itu agar dapat diubah ke jalan taqwa, yakni ke jalan menempuh syariat Allah.

Secara kasar terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan yang tersirat disuratkan.

yang pertama adalah berdasarkan ilmu psikologi,
yang keduaberdasarkan ilmu firasat dan
yang ketiga berdasaskan ilmu kasyaf.


Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi yakni melalui ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiamya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan tersirat dapat dikesan. Ilmu dalam bentuk ini

tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini or,ang Barat didapati lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sajana barat, kajian yang telah dijalankan,jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia.

Ilmu firasat, satu cabang daripada ilmu makrifat, adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca yang tersirat untukdisuratkan. Ihnu firasat lebih merupakan
gerak hati, rasa di mana seseorang itu dicampakkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah SWT untuk memahami perkara-perkara yang tcrsirat.Ianya bukan ilmu berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, jatuh ke dalam hati insan itu.

Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya.Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan. Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi.

Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal, manakala ilmu fnasat adalah gerak hati yang dicampakkan oleh Allah. Sebab itulah .mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pancaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang digariskan atas syariat Allah walaupun ianya dapat menghasilkan ilmu yang banyak.

Kaedah paling berkesan dan praktikal sekali yang boleh diperolehi oleh manusia dalam menilai dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (pandang tembus), yakni sebahagian dari ilmu makrifat juga.

Di sini insan tadi Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam roh dengan sebenar-benamya. Sehinggakan apabiia melihat seseorang, ia boleh melihat samada orang itu berkepala atau tidak, berkepala babi atau berkepala kambing atau berkepala ular dan sebagainya, pasti secara lahimya sifat-sifat itu akan terpapar. pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam membaca Al Quran dan sebagainya yang mana ini semua di anggap pelik bila diukur dengan kacamata lahiriah.


Kasyaf ini terbahagi kepada empat jenis.

A. Kasyaf yang berlaku kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah.
Mereka ini telah terbina imannya, telah teruji kepaduan imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahi Allah.Pengabdian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana ianya hamba Allah. Tegasnya, mereka adalah orang-orang yang dikumiakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.


B. Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk meyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah. Lnilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka.

Contohnya,
Seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Ibrahim Adham
yang asalnya seorang raja, gemar berburu pada hari Jumaat. Beliau tidak menghiraukan “pantang-1arang” umat Islam yang sangat memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dikhususkan untuk beribadat. Suatu ketika sedang ia berburu tiba-tiba ia terdengar satu suara:

“Wahai Ibrahim Adham! Adakah kerana ini Allah menjadikan kamu?”

Ibrahim terpinga-pinga.Dia tidak dapat melihat siapa dan dari mana suara itu datang. Ia
pun meneruskan pemburuannya.Tetapi sekali lagi suara itu bergema. Akhimya, hati beliau tersentuh dan insaf atas kelalaiannya selama ini. Ia pun meninggalkan kemewahan, dan cara hidupnya sebagai raja. Ia berkelana dan hidup sebagai seorang sufi. Mulai saat itulah darjatnya meningkat hinggalah mencapai taraf wali.


C. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkah guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang diistiqamahkannya dengan penuh ikhlas. Individu yang telah dikumiakan kasyaf jenis ini sebenamya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota kepada sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat dicontohkan dengan kasyaf yang dikumiakan kepada Rabiatul Adawiyah. Beliau sebenamya. telah dikumiakan mukasyafah waktu sebelum bertaraf wali. Dengan mukasyafah itu lah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhimya menjadi seorang wali.

Mengapakah Allah memilihnya ?
Ini disebabkan barakah dari ibunya yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya (Rabiatul Adawiyah). Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan barakah doa seorang ibu kepada anaknya!

D. Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah ia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa seronok dengan kebolehannya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya pada Allah serta akhlak baik dart buruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pemah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir AlJailani sedang berzikir dart bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara,

“Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku.Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.”

Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontarkan kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata, “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!”

Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata,
“Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini.Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.”

Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun tents berkata lagi,
“Jangan kau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian Allah atas kasyaf yang dikumiakan kepada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, samada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.
Begitu juga dengan Rabiatul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah.Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa ‘superman’ dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong.

Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Barsisa yang sudah begitu lama beribadah dengan Allah tetapi di saat akhimya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhimya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Barsisa menerima nasib yang sedemikain kerana hatinya kurang dengan rasa syukur.

Sebab itulah kumiaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Dalam hal ini kenalah kita berjaga terutama mereka yang diberi kasyaf hanya selaku modal untuk mencetuskan perubahan pada diri mereka. Sebelum ini mungkin mereka sudah terlampau jauh dengan Allah malahan sudah menentang Allah. Sebab itulah orang di dalam kategori ini, apabila didakwah dan diziarah agak payah bagi mereka hendak membawa perubahan. Sekiranya kita tergolong di dalam kategori ini, untuk mengelakkan dari ditipu, kenalah kita mendekati dan menyerahkan diri kepada kepimpinan seorang guru yang mursyid. Biarlah penglihatan kasyaf kita itu dan apa yang kita rasai itu dinilai olehnya. Biarlah setiap perasaan, sikap hingga tingkah laku kita sekalipun juga dibentuk olehnya. Apatah lagi sekiranya kita jahil dengan Islam dan hukum-hakam Allah.

Memang ujian yang menimpa akan menjadi lebih berat sekiranya kita jahil kerana kita akan mudah ditipu oleh syaitan dan jin kerana kejahilan kita, dan mudah terpaut dengan tipu daya dunia yang lara ini. Didapati juga syaitan yang menjadi pendorong kepada kita ke arah menjadikan kita seorang abid dan dapat juga memesongkan perjalanan ibadah kita dari merasa kehebatan Allah dengan menyemarakkan nafsu buruk kita. Apatah lagi syaitan yang boleh menyerupai peribadi lain samada tuan guru kita, ibu bapa kita dan dia boleh menyerupai dalam segala bentuk untuk menipu daya anak cucu Adam agar mensyirikkan Allah, kecuali rupa paras RasululIah SAW.

Bagi yang sedang diuji Allah perihal kasyafnya, maka ujian syariat batin adalah ketara sekali. Terpautkah ia dengan kehebatan kasyafnya hingga ia lupa menjaga riaknya, ujubnya, sumaahnya, kesombongannya, egonya, dan berbagai sifat-sifat mazmumah yang lain yang akan menjadi hijab pada dirinya hingga hancurlah jalinan pautan hatinya dengan Allah SWT. Dalam hal ini tidak mengambil kira seseorang itu berilmu agamakah apatah lagi jahil. Orang yang sedar dalam bentuk ini perlu dipimpin agar perkara-perkara ini tidak terjadi dan agar segala tipu daya nafsu dan syaitan dapat dibendung.

Seperti halnya tejadi di antara Nabi Khidir denganNabi Musa a.s. Walaupun Nabi Khidir diberi ilmu kasyaf, diangkat hijab keilmuannya, hingga bukan sahaja dia dapat membaca perkara-perkara lahiriah bahkan juga dapat mengetahui perkara-perkara batiniah hinggalah kepada kesan, sebab, akibat, sikap dan tindak-tanduk yang sedemikian pada diri manusia itu di masa hadapannya.

Hal inilah yang menyebabkan Nabi Musa tidak “mampu” menandingi Nabi Khidir. Tetapi ini tidaklah bermakna yang Nabi Khidir lebih tinggi makamnya, darjatnya, kedudukannya daripada Nabi Musa.Nabi Musa adalah seorang Rasul yang bukan sahaja diwajibkan Allah mendidik dirinya malah juga masyarakat keseluruhannya. Dia memikul satu beban tanggungjawab yang amat berat daripada Nabi Khidir. Nabi Khidir hanya seorang Nabi yang tidak dituntut Allah untuk memimpin dan mendidik masyarakat. Wahyu yang diterimanya adalah khusus untuk dirinya sahaja.

Nabi Musa (berbanding dengan Nabi Khidir) lebih memerlukan kesabaran, ketahanan jiwa, dan sifat pengorbanan yang tinggi. Kepimpinan Nabi Musa sebagai Rasul adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada ilmu kasyaf Nabi Khidir. Sebab itulahNabi Musa digolongkan dalam Rasul-Rasul bertaraf Ulul Azmi (Rasul-Rasul yang paling teruk diuji dan paling tahan bersabar). Ertinya iman para Rasul Ulul Azmi adalah lebih tinggi daripada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang lain.

Walaupun di sudut kedudukan kerohanian Nabi Khidir “mengatasi” Nabi Musa tetapi iman Nabi Musa tetap lebih tinggi daripada Nabi Khidir. Ini membuktikan pandangan- pandangan kerohanian (seperti kasyaf dan lain-lain) yang dikumiakan kepada seseorang bukanlah bermakna imannya dan darjatnya juga turut tinggi di sisi Allah. Atau dengan kata-kata yang lain kekasyafan seseorang itu tidak boleh menggambarkan kehebatan darjatnya hingga dia patut terasa bangga dengan karomahnya.

Pengajaran yang sama dapat kita ambil berdasarkan cerita-cerita di zaman sahabat Nabi, Sayidina Umar Al Khattab r.a yang diberi ilmu firasat dan kasyaf juga oleh Allah kepadanya, seperti ia boleh memarahi jin yang berbentuk makhluk halus atau mengarah tentera-tentera Islam yang sedang dikepong oleh tentera-tentera musuh diPalestin dari mimbar khutbah Jumaatya di Madinah.

Namun ia lebih mengharapkan peranan kasyaf ini dimainkan oleh sahabamya Sayidina Abu Huzaifah r.a yang mana Allah mempermudahkan agar dia dapat melihat dengan mata hatinya persoalan ghaib dan ini banyak membantu pentadbiran Sayidina Umar Al Khattab ra dalam masa pemerintahannya. Hingga sikap dan perbuatan Abu Huzaifah kerana kekasyafannya menjadi garis panduan untuk Sayidina Umar membuat setiap tindakannya.

Contohnya dalam menyembahyangi jenazah, jikalau Sayidina Umar mendapati yang Sayidina Abu Huzaifah tidak menyembahyanginya, maka tindakan yang sama akan diikuti oleh beliau. Keengganan Abu Huzaifah menyembahyangi jenazah itu menggambarkan yang sahabat tersebut mati dalam kemunafikan. Hubungan di antara Abu Huzaifah dengan Sayidina Umar ialah hubungan dalam bentuk yang berbeza yakni seorang pengikut dan seorang lagi pemimpin. Kemampuan ini tidak pula memberi rasa hati yang angkuh pada Abu Huzaifah untuk tidak mentaati Sayidina Umar.

Di sinilah kedudukan kasyaf dalam Islam dan perangkap- perangkapnya hingga ianya dapat membantu seseorang itu dalam tugas-tugas hariannya. Sepatutnya, hakikat ini menjadi pengajaran yang sangat bemilai kepada gerakan-gerakan Islam terutamanya yang bergerak atas dasar perjuangan kerohanian. Tidak dapat tidak mesti ada hubungan yang kuat antara pemimpin dan pengikut dalam soal menilai, memahami dan bertindak dalam kerohanian ini. Pemimpin tetap pemimpin, walau di sudut mana sekalipun. Jangkauan penilaian dan pemerhatian seorang pemimpin lebih luas sehingga membolehkan ia membuat penyesuaian antara pandangan kerohanian, kestabilan jiwa dan fizikal pengikut-pengikutnya dan juga keadaan masyarakat sekeliling, iaitu gelangang perjuangan.

Disudut apa pun, kekasyafan Nabi Khidir yg kecil, dibandingkan dengan kepimpinan Nabi Musa sebagai seorang Rasul itu mestilah menjadi pegangan. Jangan sampai ada pandangan-pandangan kerohanian menjejaskan perjalanan sesebuah jemaah dan menjejaskan ketaatan pengikut kepada pemimpin-pemimpinnya. Jika ini berlaku ertinya sudah ada individu-individu yang tertipu dengan pandangan kerohaniannya dan tidak bijak menimbang antara apa yang dinilainya dengan apa yang sedang dinilai oleh pucuk pimpinan.Tentulah penilaian pucuk pimpinan lebih tepat dan universal daripada penilaian pengikut yang terbatas.

Tiga cara di atas adalah diantara kaedah-kaedah yang ada, yang mampu diperolehi oleh setiap manusia dalam ia hendak memperbaiki dirinya, pergaulannya, mengatur masyarakatnya, mendidik dan memimpin orang-orang yang diamanahkan kepadanya.Di sinilah kehebatan ilmu dalam Islam di mana atas hasil keimanan dan ketaqwaan, manusia dapat memahami perkara yang tersurat dan yang tersirat dapat disuratkan. Perkara ini berlaku bukan dengan pancaran akal semata- mata, walaupun kita tidak menafikan peranannya, tetapi adalah dengan pandangan Allah, dengan petunjuk Allah yang menembusi batas mata lahiriah, batas akal. Keilmuan yang didasari akal kesannya banyak meletihkan jasad manusia dan hasilnya belum terbukti tetap dengan kenyataan. Ini terjadi kerana kita memutuskan tali jalinan tali pergantungan dengan Allah. Kaedah keilmuan di dalam Islam yang didasari tali keimanan, elah dapat membuka luas ruang ilmu, daripada tahap lahiriah hingga ke alam roh dan dengan tepat pula. Ini terjadi, dibolehkan kerana ilmu itu lahir di atas dasar iman dan diikat dengan batas syariat, sehingga Allah memberi kejayaan, bantuan, kemuliaan, kemenangan dan sebagainya termasuklah syurgaNya. Inilah natijah keimanan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Ambillah contoh dengan mengkaji kipas yang sedang berpusing tanpa diikat dengan besi kebumbung rumah. Akan bertaburan dan tidak ketentuan arah jadinya. Begitulah dengan akal, jika tidak diikat dengan iman dan dibatasi dengan syariat Allah akan mencetuskan manusia-manusia yg derhaka dgn Allah, yang dibaluti hatinya dengan kekosongan, kebingungan dan berbagai penyakit mazmumah hingga dirinya rosak dan masyarakatnya hancur kerana telatah hati kotomya itu.


Alangkah Susahnya Menjaga Perjalanan Hati

Sungguh susah menjaga perjalanan hati atau roh
Susah dikesan, apatah lagi amat susah dikontrol atau dikendalikan
Kecuali ashabul qulub atau ulil albab

Adakalanya di waktu kita menceritakan penyakit hati kepada pendengar,
di waktu itulah suburnya penyakit itu
Sebagai contoh di ketika seseorang menceritakan tentang ikhlas, di waktu itulah tidak ikhlas kerana hatinya berkata di waktu itu agar orang anggap dia ikhlas
Ketika dia menceritakan jangan riyak, jangan ‘ujub, ia adalah dosa batin
di waktu itulah riyak dan ‘ujub

Seterusnya selalu kita berkata jangan cintakan dunia,
di waktu bercakap itulah dia cinta dunia,
kerana dia mengharapkan pujian di waktu itu
Memang amat sulit sekali mengesan penyakit hati
Ramai orang yang diserang penyakit batin ini Kadang-kadang para ulamak, abid-abid
Ulamak tertipu oleh kerana dilindungi oleh ilmunya
Ahli-ahli ibadah ditutup oleh banyak ibadah hingga penyakit batin tidak terasa lagi

Aduh sungguh susah sekali hendak mengesan penyakit hati atau penyakit batin ini
Tidak ada orang yang tidak diserangnya sekalipun para pejuang
Kecuali siapa yang Tuhan selamatkan, maka selamatlah dia

Tuhan kami berlindung dengan Engkau daripada penyakit-penyakit rohaniah
Fahamkanlah kami perjalanan hati atau roh itu
Lihatkanlah kepada kami baik buruknya
Ajarkan kami bagaimana menyuburkan yang baiknya
dan ajarkan kami bagaimana membuang yang buruknya
Tolonglah kami Tuhan, kerana hati itulah
yang menjadi pandangan Engkau atau penilaian Engkau
Jadikanlah kami ashabul qulub atau ulil albab

7.4.2003 – 4
Menjelang Maghrib
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

Sabtu, 17 September 2011

IQ EQ dan SQ


Nampaknya dalam bidang pendidikan pihak-pihak yang berwajib masih teraba-raba dan masih tercari-cari untuk mendapatkan formula yang terbaik dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Keperluan ini bertambah penting memandangkan disiplin para pelajar sekarang telah begitu merosot hingga ramai yang terlibat dengan gangsterisme, vandalisme, pergaduhan, budaya rock, budaya metal, skinhead, salahguna dadah, melawan guru, membakar kereta guru bahkan ada pelajar-pelajar yang sampai memukul dan mencederakan pelajar-pelajar lain.

Semakin banyak dan semakin keras atau drastik tindakan yang diambil, nampaknya masalah yang dihadapi semakin menjadi serius. Semakin lama masa berlalu, semakin banyak kes-kes yang terbongkar.

Ada pihak yang merasakan bahawa kesilapan ini terletak kepada sistem pelajaran kita yang hanya mementingkan dan mengambil berat tentang pertumbuhan IQ (Intelligence Quotient) semata-mata. Dalam sistem yang ada sekarang, kecerdasan minda atau IQ sahaja yang menjadi indeks pengukur bagi menilai kecemerlangan seseorang pelajar. Pihak ini merasakan bahawa kecerdasan minda sahaja tidak memadai. IQ hanya satu ukuran bagi menunjukkan kemampuan mental dalam mengumpul ilmu dan
menyelesaikan masalah teoritikal. Ia tidak menunjuk kepada kualiti pelajar secara menyeluruh yang sepatutnya merangkumi lebih banyak ciri, skop, bidang dan kriterianya.

Kalau diteliti, kita akan dapati di dalam keputusan peperiksaan yang semakin baik, akhlak, peribadi, jatidiri dan perilaku pelajar semakin buruk dan merosot. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Terbukti bahawa pembinaan kecemerlangan para pelajar tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Peribadi pelajar yang terbina berat sebelah dan tidak seimbang. Pihak ini merasakan ada lagi bentuk kecerdasan lain yang mesti diambil kira iaitu EQ (Emotional Quotient).

Mereka merasakan IQ perlu diimbangi dengan EQ. Kecerdasan minda perlu diimbangi dengan kecerdasan emosi. Kalau tidak, mereka merasakan emosi para pelajar akan mudah terganggu dan pelajar akan bertindak mengikut emosi dan dorongan perasaan. Dalam hal ini, kecerdasan minda tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Mereka berkata lagi, apabila pelajar mempunyai EQ yang rendah atau kecerdasan emosinya kurang, maka emosinya menjadi tidak stabil. Mereka akan bertindak mengikut emosi dan mudah terjebak dengan vandalisme, gangsterisme, keganasan atau mencederakan orang lain.

Di dalam pendidikan Islam, perkara ini memang diambil kira. Malahan lebih dari itu pun diambil kira. Tuhan menjadikan manusia mempunyai sifat batin yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Ada tiga jenis sifat atau kekuatan batin yang menonjol yang mencorakkan sifat manusia
yang berbeza-beza itu. Di antaranya ialah:
Kekuatan akal
Kekuatan perasaan
Kekuatan jiwa

Dalam istilah modennya, bolehlah dinamakan
IQ (Intelligence Quotient),
EQ (Emotional Quotient)
SQ (Spiritual Quotient),

Namun tidak ramai guru-guru atau para pendidik yang benar-benar faham tentang ketiga-tiga kekuatan ini dan bagaimana untuk mengendalikannya.

Setiap orang mempunyai salah satu dari kekuatan di atas. Jarang ada manusia yang memiliki ketiga-tiga kekuatan tersebut sekaligus kecuali para nabi dan para rasul. Orang yang mempunyai kekuatan akal selalunya kurang mempunyai kekuatan jiwa dan kekuatan perasaan. Seterusnya, sesiapa yang mempunyai kekuatan jiwa, maka dia kurang mempunyai kekuatan akal dan kekuatan perasaan. Kalau seseorang itu mempunyai kekuatan perasaan pula, maka kekuatan akal dan kekuatan jiwanya pula kurang.

Sifat, watak dan bakat seseorang itu bergantung kepada kekuatan batin yang mana yang ada padanya. Inilah punca utama dan terbesar mengapa berlaku perbezaan sifat, watak dan bakat antara seseorang itu dengan orang lain.

Inilah di antara hikmah dan rahmat Tuhan dalam penciptaan manusia. Sifat, bakat, minat dan kecenderungan manusia itu tidak sama dan berbeza-beza mengikut sifat dan kekuatan batinnya. Ini sesuai dengan keperluan masyarakat manusia itu sendiri yang juga tidak sama dan berbeza-beza. Yang kuat jiwa suka dan berbakat menjadi polis, tentera, bertani, penternak dan nelayan. Yang kuat akal berbakat menjadi guru, peguam, jurutera, saintis, doktor, teknokrat. Yang kuat perasaan pula berbakat menjadi ahli seni, pekerja media, sasterawan dan sebagainya.

Dengan kepelbagaian minat dan bakat ini maka masyarakat manusia menjadi lengkap, perlu memerlukan dan kuat menguatkan. Masing-masing dengan tugas masing-masing, berkhidmat sesama manusia dalam bidang yang berbagai-bagai. Takkanlah semua pelajar hendak menjadi doktor, peguam, jurutera dan saintis sahaja. Kalau begitu, pincanglah masyarakat. Siapa yang akan membekalkan makanan, menjaga keselamatan dan lain-lain.

Memang benar bahawa sistem pendidikan yang kita amalkan di waktu ini amat bias dan mementingkan kekuatan akal atau IQ semata-mata. Tidak ada tempat dan ruang untuk pelajar yang kuat jiwa dan kuat perasaan atau dalam istilah yang lain yang kuat SQ dan EQnya. Oleh itu, mereka ini terpinggir dalam sistem yang hanya mementingkan IQ semata-mata. Sistem ini tidak relevan bagi mereka.

Tidak hairanlah kalau mereka ini rosak dan hanyut kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang ada yang asing dan tidak mengiktiraf kelebihan-kelebihan yang ada pada mereka. Mereka diasak dan ditubi untuk menghasilkan kerja akal walhal kekuatan mereka bukan terletak di situ. Dalam hal-hal yang mereka minat dan mampu berdasarkan kekuatan perasaan dan jiwa mereka tidak pula dicungkil ataupun dibina. Kesannya ialah tekanan perasaan, kekecewaan, putus asa dan kekeliruan. Maka berlakulah tindak balas sebagai manifestasi kepada kekecewaan, tekanan perasaan, putus asa dan kekeliruan ini. Yang kuat jiwa mengganas, memberontak dan melanggar disiplin dan peraturan. Yang kuat perasaan pula mendongkol, murung, merasa inferiority complex, putus asa dan sakit jiwa.

Di dalam setiap kekuatan batin yang disebutkan di atas, ada kebaikan dan ada pula keburukannya. Yang baik akan memberi faedah. Yang buruk pula akan membawa kerugian. Sifat-sifat baik dan buruk ini adalah seperti berikut:

Kekuatan Akal
Orang yang kuat akal mempunyai keupayaan berfikir. Melalui pemikirannya itu, dia boleh membuat berbagai-bagai penemuan dan teori. Dia juga mudah faham dan mudah mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya bahkan dia mampu mencungkil ilmu yang tersirat dan yang tersembunyi. Dia juga sangat berhati-hati supaya hasil kerja akalnya tidak salah.

Sebaliknya pula, orang yang kuat akal selalu asyik mahsyuk dengan kerja akalnya sehingga dia selalu terlupa dan terlalai dari tanggungjawabnya sama ada terhadap Tuhan, terhadap masyarakat, keluarga bahkan pada dirinya sendiri. Jiwanya penuh dengan rasa ujub (rasa diri hebat).

Kekuatan Perasaan

Orang yang kuat perasaan selalunya sangat berhati-hati dan tidak gopoh. Dia sangat bertimbang rasa dan wataknya lemah lembut.

Namun keburukan sifat orang yang kuat perasaan ini ada banyak. Dia bakhil, mudah merajuk, mudah kecewa, suka menyendiri, rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri. Dia juga mudah beralah, pemalu, penakut, tidak tahan diuji dan suka jahat sangka.

Kekuatan Jiwa
Orang yang kuat jiwa pula berani, yakin pada diri, pemurah, tabah, tahan diuji dan tidak tahu putus asa.

Keburukannya pula, dia selalu gopoh, boros (membazir), zalim (suka menindas), pemarah, sombong, pendendam dan ujub.

Dalam hendak mendidik para pelajar, kekuatan batin mereka harus dikenalpasti terlebih dahulu. Setiap guru dan pendidik mesti tahu di mana letak kekuatan batin setiap pelajar mereka. Adakah akalnya kuat, perasaannya kuat atau adakah jiwanya yang kuat. Kemudian mereka perlu dididik mengikut kekuatan mereka masing-masing.

Setiap pelajar mempunyai sifat-sifat batin yang baik di samping sifat-sifat batin yang buruk. Tegasnya setiap pelajar mempunyai kelebihan dan keistimewaan dan juga kekurangan dan kelemahan yang tertentu bergantung kepada kekuatan batin yang ada padanya. Setiap sifat yang baik itu tidak akan sempurna selagi ianya tidak dipimpin dengan syariat Islam dan diarahkan kepada jalan Allah. Begitu juga, setiap sifat yang buruk itu boleh dididik hingga ia menjadi baik atau sekurang-kurangnya ia boleh dibendung agar ia tidak meliar.

Inilah yang perlu difahami oleh para guru dan pendidik dan semua yang terlibat dengan para para pelajar di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah, pendidikan daerah, pendidikan negeri dan kementerian sendiri. Kalau istilah pembelajaran itu berkaitan dengan ilmu, kemahiran dan akal, istilah pendidikan pula melibatkan pengurusan dan pengendalian sifat batin pelajar. Selagi perkara ini tidak difahami, tidak diambil kira dan tidak dijadikan konsep dan prinsip dalam mendidik, membimbing dan membentuk para pelajar, selagi itulah kita tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang benar-benar cemerlang lahir dan batinnya.

APAKAH YANG DIKATAKAN ROH ?


Di dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil  dengan qalbun (hati), fuaadun (hati sanubari), latifatur-rabbaniah atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.

Roh yang sedang kita perkatakan ini,
kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa.

Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu.

Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.

Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu. Kalau begitu walaupun ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu. Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya berlainan.

Untuk mudah difahami begini kiasannya manusia bila dia berbohong dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin. Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah orang yang sama. Cuma namanya berbeza bila peranannya bertukar.

Kenapa fizikal yang sama boleh timbul istilah yang berlainan ?

Ini kerana peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya berlainan? Tidak! Orang yang sama juga.

Perlu diingat, bila kita membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. Kerana zat atau hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. Kerana ia adalah jismullatif  yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya.

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: 
“Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku…” (Al Israk: 85)

Daripada ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat difikirkan oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian, hakikat roh itu tidak dapat difikirkan oleh akal bagaimana rupanya, bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.

Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata:

“Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.”

Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.

Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’,

Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.

Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.

Bagaimana pula hendak diijtihadkan?
Ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh diraba, tidak boleh dirasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Allah beri dia (Imam Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu.

Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya sebagai karamahnya.

Pendapat Imam Malik ini agak munasabah, boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.

Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu.

Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman dahulu atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betul-betul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak ada cacatnya. Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.

Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat mereka sepertimana melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya. Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat itu khusus ditujukan kepada orang-orang kafir. Yakni mereka ini memang tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa mereka tidak akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya sepertimana huraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab Mata Hati. Dikeranakan itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak memahaminya.

Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi memahamkan orang-orang kafir itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun turut sama dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti memahaminya sungguhsungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak bagaimana pula hendak membaiki diri? Atau bagaimana hendak mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak kebinatangannya.

Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak-watak kemanusiaan itu. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Kerana hati manusia boleh menerima perintah suruh dan perintah larangan. Kerana itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, maka ia disebut ruhul hayah.

Ilmu Rohani

Ilmu  rohaniah  atau  ilmu  rohani  adalah  ilmu  mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati,  mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan  ‘ruhun’.Apakah yang dikatakan roh itu?
Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya  mengembara  ke alam  rohani  ini , dengan izin Allah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.

Roh terbahagia kepada dua iaitu: 
1. Ruhul hayah
2. Ruhul tamyiz

RUHUL HAYAH
Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dan sebagainya.

RUHUL TAMYIZ
Ruhul tamyiz ( ruhul amri ) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang . Binatng  hanya ada ruhul  hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada  pada  binatang dan seluruh jamadat . 

Oleh  kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan  perintah  suruh  dan  menjauhi  larangan  dari Allah .Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal
.
Hadis ada meriwayatkanMaksudnya:

“Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal:
‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.

” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke Syurga dengan rahmatNya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang , manusia , malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula , kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga . Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat , syaitan , iblis atau benda - benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajlis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya . Apa yang ada pada manusia itu ,bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskan lagi
1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran: Maksudnya:
(Malaikat itu) tidak pernah menderhakaiAllah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6)

 2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf . Tidak  di pertanggungjawabkan  syariat  kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal . Ertinya , ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.


Bersihkanlah Jiwa Kerana Ia Adalah Wadah

Bersihkanlah jiwa kerana ia adalah wadah
Tempat Allah mengisi iman dan keyakinan
Bersihkanlah jiwa ia ibarat cermin
Jangan sampai ia kotor dan kabur
Jika ia kotor atau kabur tidak nampak lagi kebenaran
Bersihkanlah jiwa, ia laksana radar menangkap apa sahaja
Apabila jiwa kotor macam radar yang telah rosak
Ia tidak dapat lagi mengesan apa-apa
Ertinya jiwa tidak akan boleh menerima pengajaran
Bersihkanlah jiwa ia ibarat kamera
Boleh menggambar apa sahaja secara tepat
Jika jiwa kotor, ibarat kamera yang tidak berfungsi
Tidak dapat menggambarkan secara tepat kebenaran agama
Apa yang ditangkapnya tidak jelas
Ia jadi ragu-ragu dan mengelirukan

4.8.99
Selepas Isyak 2
Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad

BAHAYA MENOLAK ILMU ROHANIAH


Kalau diterima tuduhan-tuduhan dari sebahagian orang yang menolak tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu zauk, ertinya kita telah menganggap syariat Islam itu hanya mengenai kehidupan lahir semata-mata. Seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan soal-soal batin seperti persoalan hati atau roh dan nafsu. Ertinya sama ada sedar atau tidak, kita mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan ajaran-ajaran isme atau ajaran ajaran ideologi ciptaan manusia. Yang mana peraturan-peraturan atau hukum-hakamnya hanya mengenai kehidupan yang lahir. Yakni apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubungkait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.

Merbahaya sungguh jika kita menolak ilmu rohaniah ini. Tentu kita langsung tidak akan mempedulikan soal hati, nafsu dan hal ehwalnya. Tentu kita tidak akan ambil perhatian tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan diri dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaiki diri agar dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) dan menumpaskan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji).

Untuk menghuraikan lebih terperinci lagi kita bawakan beberapa contoh. Umpamanya, selepas memiliki aqidah, mereka cukup hanya sekadar mempraktikkan Rukun Islam yang lima. Boleh jadi mereka suka juga menambah ibadah-ibadah sunat yang lain. Tetapi di waktu itu mereka tidak akan mempersoalkan lagi tentang soal khusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, riyak dan ujub atau tidak, megah dan sombong atau tidak. Mereka tidak akan ambil berat apakah mereka berbuat kerana nama dan kemasyhuran atau tidak. Apakah ada udang di sebalik batu dan sebagainya dalam mereka mengajar, belajar, berdakwah, berjuang, berkorban, memimpin, menutup aurat dan lain-lain lagi. Walhal inilah perkara yang paling penting yang mesti dijaga. Begitu juga kalau dia meninggalkan yang haram, dia tidak akan ambil kira yang batin.

Apa sebab ditinggalkannya? Adakah kerana takut ditangkap atau kerana takutkan Allah? Takut susah atau takutkan Allah. Takut malu atau takutkan Allah. Takut dihina orang atau takutkan Allah. Yang penting pada mereka, cukuplah perintah buat atau perintah tinggal itu ditaati sesuai dengan syariat. Soal-soal hati di waktu itu tidak usah diambil kira sangat. Peranan hati usah diambil kira lagi. Di waktu dia bertindak itu, kerana atau mengapa hati itu mendorong bertindak begitu, tidak diambil kira. Yang penting ianya sesuai dengan syariat lahir, itu sudah cukup baginya. Kalau diibaratkan orang membeli buah, dibelinya kerana mempertahankan keelokan kulitnya sahaja tanpa memikirkan soal isinya. Apakah begitu tindakan kita pada realitinya bila kita membeli buah? Tentu tidak! Malanglah kalau kita menerima pandangan ini. Yakni fikir kulit sahaja, tanpa memikirkan isinya.

Ini bererti kita menolak sabda Rasulullah dalam Hadisnya
:
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Sabda Baginda lagi:
“Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Maka ketahuilah, itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga ia menolak sebahagian daripada ayat-ayat Al Quran
.
1. Firman Allah:
“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

2. Firman-Nya lagi:
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)

Seterusnya orang yang menolak ilmu rohaniah, mereka akan menafikan adanya ilmu laduni, ilham, kasyaf, firasat, kedatangan hatif  dan pertolongan ghaib. Sedangkan perkara-perkara yang disebut tadi, selain daripada ada disebutkan dengan ilmiahnya di dalam Al Quran dan Hadis, ia juga telah menjadi pengalaman orang-orang soleh zaman dahulu sepertimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab muktabar.

Begitulah wahyu Allah dan sabda Rasul-Nya serta hujah sejarah yang ada disebut di dalam kitab, yang menguatkan lagi hujah saya bahawa soal-soal roh atau hati dan nafsu ini mesti diambil kira. Kesimpulannya, pendapat-pendapat ulama yang menolak ilmu rohaniah ini sudah awal-awal lagi tertolak.


Hati Sebagai Wadah

Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati atau jiwa sebagai wadah
Ia adalah anggota yang paling penting di dalam diri manusia
Tapi malang, atau sungguh sayang
Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah
Wadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayang
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan
Jiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaan
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa dan perikemanusiaan
Engkau kosongkan wadah engkau daripada perasaan-perasaan yang mulia

Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah yang merosakkan manusia
Bahkan yang menghancurkan dunia
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaran
Engkau butakan hati engkau
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan
Setidak-tidaknya engkau merabunkan
Hingga engkau ragu dengan kebenaran
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga
Yang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaan
Tapi engkau abaikan
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai
Anggota lahir engkau, jawarih engkau
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan, engkau abai dan biarkan
Padahal hati tempat pandangan Tuhan

Allahyarham Ust. hj Ashaari Muhammad
Lepas ekspedisi
1.10.99