Khamis, 26 Mei 2011

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA


Perbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelum merdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

1.Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin (rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orang- orang kaya.

2.Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah menebal.

3.Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan . Betapalah orang biasa.

4.Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyorok-nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.

5.Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani. Sekarang orang tidak peduli.

6.Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung. Kini ia jarang berlaku lagi.

7.Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.

8.Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

9.Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sesetengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.

10.Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.

11.Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung, sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri atau menceroboh.

12.Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.

13.Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.

14.Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak ada lagi.

15.Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.

16.Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji AlQuran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, “Kalau anak saya ini nakal, rotanlah dia dengan rotan ini”. Sekarang merotan murid satu pantang larang.

17.Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.

18.Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.

19.Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi
budaya.

20.Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang
kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.

21.Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain, contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.

22.Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.

23.Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan. Betapa pula setelah bertunang.


Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Aku hidup sempat berada di dalam empat kerajaan
Dua kali kerajaan British, sekali pemerintahan Jepun,
sekali kerajaan Malaysia yang merdeka
Semasa penjajahan terutama penjajahan Jepun
di antara kesusahan dan penderitaan
secara umum akan diceritakan sebagai pengetahuan
Miskin dan papa merata-rata tempat berlaku sangat ketara
Kemudahan kehidupan seperti alat-alat perhubungan,
jalan raya, tempat tinggal dan pakaian amat susahnya
Berbagai-bagai penyakit tidak ada orang yang tidak diserangnya
Ubat-ubatan sangat terbatas, hanya ubat tradisi sahaja
Harimau mengganas, kerbau, lembu, kambing
jadi sasaran bahamannya
Tempat belajar sangat terbatas terutama di zaman Jepun
Kerana itulah cerdik pandai Melayu terlalu kurang
Merata di kalangan orang Melayu buta huruf
terutama kaum ibu

Rata-rata orang Melayu mundur
Pekerjaan sangat terbatas
Ramai yang bekerja sendiri
Di kalangan orang Melayu hanya berjawatan polis, askar, cikgu
Peringkat kerani hanya bilangan jari
Pendapatan rakyat tidak menentu

Untuk menziarahi keluarga sekadar sejauh 20 dan 30 batu
jarang berlaku, terasa sangat jauhnya
Kalau lebih jauh dari itu terputus terus
tidak tahu ke mana hendak dicari sampai mati

Kemajuan boleh dikatakan tidak ada pembangunan
hanya ala kadar sahaja
Pembangunan sangat terbatas sekali
hanya di bandar-bandar sahaja
Bangunan yang paling tinggi di waktu itu hanya 7 tingkat
Hutan merata-rata tempat kerana belum diserang
oleh pembangunan dan kemajuan
Jalan raya amat dhaifnya
Perjalanan di antara satu tempat ke satu tempat
terasa amat jauhnya

Tapi di celah-celah kesusahan dan kepayahan itu
ada yang indahnya
Kasih sayang masih berbunga
Ia berbuah sekalipun tidak lebat
Lebih-lebih lagi sesama keluarga
Bekerjasama tanpa digesa sangat ketara
Sebagai contoh yang ia jadi budaya:
Membuat rumah bergotong-royong bersama
Membuat bendang berderau sesama sekampung
Kalau kenduri-kendara kenduri bersama
Masing-masing membawa bahan mentahnya
untuk dimasak dan makan bersama

Di musim buah, buah-buahan di kebun siapa pun
boleh diambil bersama
Siapa yang mengambilnya sekalipun tidak ada keizinan tuannya
tidak dianggap mencuri
Siapa yang menangkap ikan dapat lebih
diagih-agihkan sekampung
Perempuan-perempuan muda terutama anak dara
dijaga bersama, tidak ada yang berani menodainya
Kalau berlaku sekali-sekala insiden riuh-rendah sekampung,
yang melakukannya sangat malunya
adakalanya berpindah dari kampung
Jarang mendengar kecurian, rompak, samun, pergaduhan,
apatah lagi pembunuhan
Berzina, sumbang muhram, buang anak, rogol
hampir tidak kedengaran
Perceraian susah berlaku dan jarang terjadi

Anak-anak masih menghormati ibu bapanya
Murid-murid masih kasih dengan guru-gurunya
Apatah lagi guru agama dan ulama sangat dihormati
Guru-guru agama dan ulama tempat rujuk orang kampung
Hingga hendak nikah kahwin pun bertanya tok guru
Ziarah-menziarahi masih jadi budaya terutama sesama keluarga
Mencari jodoh adalah urusan orang tua
bukan urusan peribadi, kekal sampai mati
Orang miskin tidak terbiar ada sahaja orang yang memberi
Orang-orang tua atau pemimpin dihormati dan dimuliakan
Orang segan dengan mereka
Krisis di antara puak terlalu sedikit
Apatah lagi kerana politik tidak terjadi
Setelah merdeka apa sudah terjadi?

Setelah merdeka memang tidak dapat dinafi
banyak perkara positif terjadi
Semua orang terasa hal itu, tidak boleh dinafi
Ramai orang Melayu yang pandai dan berjawatan tinggi
Buta huruf sudah tidak ada lagi
Kemajuan dan pembangunan merata negara dan negeri
Kemewahan di kalangan orang Melayu
sudah wujud agak merata
Ramai di kalangan orang Melayu menjadi jutawan
dan bilionwan segera
Kemiskinan semakin berkurangan

Tapi yang malangnya bahkan sangat menyedihkan
budaya lama yang positif
bahkan yang diperlukan setiap masa
hilang begitu sahaja tidak dipertahankan
Lahir pula perkara positif yang baru
menggantikan perkara positif yang lama
yang sangat disayangkan
Kemajuan pesat berlaku tapi budi bahasa yang indah layu
bahkan hilang ditiup bayu
Orang Melayu sudah pandai-pandai
yang berjawatan tinggi sudah ramai
hidup nafsi-nafsi pula jadi budaya
Gotong-royong, bekerjasama, rasa bersama hilang
kecuali digesa-gesa dan terpaksa atau pura-pura
Hidup agak selesa, alat perhubungan mudah
tapi ziarah-menziarahi kurang sekali
kalau ada, terpaksa aja

Selepas merdeka orang Melayu boleh melancong seluruh dunia
tapi tidak pula membawa identiti Islam Melayu
Di waktu itu orang Melayu sudah berfikiran terbuka
maka terbuka pula krisis merata
Orang Melayu terima demokrasi
boleh memilih pemimpin sendiri
tapi berbalahan, perpecahan menjadi-jadi
Wujud sekolah di mana-mana
belajar mudah tapi kasih sayang pecah
ibu bapa, guru-guru tidak dihormati lagi
Peluang pekerjaan terbuka luas
tapi jenayah merata-rata terjadi
perkelahian, pergaduhan, pembunuhan, zina, rogol,
sumbang muhram menjadi berita setiap hari
Mudah pergi ke mana-mana, tapi ketakutan juga
berlaku di mana-mana

Dahulu masjid tempat ibadah, lambang perpaduan
sekarang tempat berbalah dan berpecah belah
Sepatutnya orang Melayu rakyat atau pemimpin
setelah merdeka bebas menambah perkara-perkara
yang positif di atas perkara positif yang sudah ada
Tapi mengapa melahirkan perkara positif yang baru
korbankan pula perkara positif yang lama
Padahal yang lama sangat diperlukan, yang baru juga diperlu
Seolah-olah orang Melayu terpaksa membuat pilihan
di antara dua

Kalau hendakkan perkara yang baru yang sangat berguna
terpaksa korbankan perkara yang lama yang juga berguna
Mengapa ia terjadi begitu?
Di mana salah silapnya?
Apa yang tidak kena?

Mengapa membuat yang baik korbankan yang baik
Mengapa membuat perkara yang perlu,
korbankan pula yang perlu
Sepatutnya yang lama yang baik perlu dipertahankan
tambah lagi dengan yang baru yang perlu

Begitulah satu bangsa yang hendak menjadi satu bangsa
yang baik dan maju
Satu bangsa yang boleh berdiri sendiri
yang dihormati oleh dunia
Kita akui yang baru banyak yang baik
Tapi mengapa yang lama yang baik itu
diganti dengan yang negatif atau yang tidak baik
Itu tentulah salah sistem,
atau pemimpin tidak pandai menilai
dan tidak pandai mendidik rakyat
Bukan senang yang lama yang baik itu
hendak dikembalikan semula?!
Dan juga tidak semudahnya yang baru yang negatif itu
hendak ditumpaskan pula
Kalau bukan Tuhan campur tangan
mungkin seratus tahun lagi tidak akan selesai
Semoga yang lama dapat dihidupkan semula,
yang baru dikekalkan juga,
di samping dimantapkan lagiiman dan taqwa
Maka lahirlah negara yang aman makmur
dan mendapat keampunan Tuhan
Itulah cita-cita kita

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

Ahad, 15 Mei 2011

MENCARI KETENANGAN HATI ATAU JIWA



Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
Rasa senang apabila ia dipuji.
Rasa menderita apabila di keji.
Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan
Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.
Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.


Hati boleh dididik.


Lihat apa kata Allah tentang hati. Firman Allah:
"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang."
(Al - A’la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat."
(Asy - Syuara: 88-89)


Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang


1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidak tenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT.

Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.



TUHAN ADALAH SUMBER KEBAIKAN


TUHAN adalah sumber segala kebaikan
Mintalah apa sahaja kalau
Dia menerima Dia boleh bagi apa sahaja
Dia adalah cahaya langit dan bumi
Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya
Dia adalah Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat
Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan,
bukan ukuran makhluk
Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk

Dia adalah Maha Sempurna tidak perlu disempurnakan
Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan
Kekayaan-Nya tidak berkesudahan
Pemberian-Nya tidak akan berkurangan

Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa
Dan menjadi musuh kepada orang yang kafir
dan orang yang ingkar
Dia adalah Cinta Agung
Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya
Sepertimana Dia juga patut ditakuti
Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola
Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja

Dia tempat bermesra dan tempat bermanja
Tempat mengadu, tempat meminta,
tempat menyelesaikan segala masalah
Dia adalah penenang jiwa,
tempat harapan tiada kecewa

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

Mati dan Hidup Sebagai Ujian


Firman Tuhan, dalam Al-Quran maksudnya: “Dijadikan mati dan hidup untuk menguji manusia siapakah di kalangan mereka yang baik amalannya.” (Al-Mulk:2)

Dalam ayat ini, Tuhan sebut mati dan hidup. Tidak disebut hidup dan mati. Tetapi dimulakan dengan mati kemudian barulah hidup. Apakah maksudnya ?

Itu Tuhan hendak memberitahu kita bahawa memikirkan tentang mati atau selepas mati itu lebih utama daripada masa hidup. Di sini juga Tuhan menunjukkan adanya mati. Untuk selamat selepas mati, Tuhan menegaskan supaya membuat amalan baik di waktu hidup lagi.

Maksud amalan baik ini mestilah ikut disiplin atau ukuran Tuhan, bukannya disiplin atau ukuran manusia. Sebab kalaulah buat baik ikut ukuran manusia, ramai yang menyangka mereka sudah membuat baik. Tetapi baik itu adalah mengikut cara mereka. Mereka membuat baik bukan untuk keredhaan Tuhan. Mereka membuat baik sebab ada kepentingan dunia. Mereka membuat baik sebab mahukan ganjaran dan balasan. Mereka buat baik sebab mahukan nama dan glamour. Yang penting di sini, walaupun tadi dituntut untuk membuat baik, tetapi tak cukup sekadar itu. Kenalah membuat baik semata-mata nak dapat redha Tuhan. Tidak boleh sekali-kali disimpangkan niat atau tujuan membuat baik. Jika tidak, ia tak akan menjadi amalan baik. Sebab bagi Tuhan, amalan baik itu tidak cukup sekadar amalan lahir. Ia kenalah disertakan amalan batin.

Berbalik kepada ayat tersebut, hidup di dunia ini Tuhan akan menguji. Ujian ini kalau hendak diperincikan terlalu banyak. Antara ujian itu ialah status hidup. Jelas, bagaimanapun status kita, dituntut untuk kita membuat baik. Tak kira apapun status kita, kenalah membuat baik agar kita selamat selepas mati nanti. Dengan membuat baik inilah menjadi kebahagiaan kita di akhirat kelak.

Status kita dalam hidup ada berbagai. Ada di antara kita yang menjadi kaya. Bagaimana dengan kaya, kita boleh membuat baik ? Iaitu bila boleh jadi pemurah. Dengan kaya itu, boleh menolong orang miskin dan membantu orang yang berjuang di jalan Allah. Tak pula semua orang itu kaya. Ada juga yang miskin. Bagi yang miskin dituntut juga membuat baik dengan miskinnya itu. Bagaimana ? Iaitu dengan miskin, dia boleh sabar atau redha. Dengan miskin, dia boleh jaga syariat Tuhan. Walaupun miskin, dia masih boleh gunakan tenaganya untuk menolong orang .

Ada pula yang yang dapat kuasa, statusnya sebagai pemimpin atau raja. Tidaklah salah menjadi pemimpin atau raja, tetapi kuasa itu kenalah dijadikan amalan baik. Setidak-tidaknya dia boleh adil sebagai pemimpin dan juga boleh merendah diri dengan orang bawahannya. Bagi mereka yang bergelar Ilmuan atau ulamak, boleh berbuat baik dengan berbagai cara seperti memberi ilmu dan nasihat-menasihati orang kerana Tuhan.

Antara status tinggi dan status rendah di dunia, kenalah berhati-hati dengan status yang tinggi. Biasanya orang status tinggi lupa dengan Tuhan. Selalunya orang yang berstatus tinggi ini menderhakai Tuhan. Antara penyakit orang status tinggi ini adalah sombong, megah, riak dan tidak peduli orang. Kalaupun peduli orang, itu lebih untuk mendapatkan pujian. Supaya dia dapat nama dan disanjung tinggi.

Demikianlah secara ringkas diterangkan tentang maksud ayat Al-Quran tersebut. Moga-moga dapatlah kita memahami dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Dalam negatif, ada positif

Setiap sesuatu yang negatif mesti dilihat dari sudut yang positif. Atas sesuatu yang negatif berlaku pada kita, walaupun nampak negatif, tetapi di situ ada pengajaran, ada didikan dan ada hikmah daripada Tuhan. Di sebalik yang tersurat berbentuk negatif, ada tersirat yang berbentuk positif. Hal sedemikian, jika tidak dicungkil, jika tidak digali, akan tinggal sebagai negatif. Padahal jika negatif dilihat sebagai negatif sahaja, ia akan terus tinggal sebagai negatif. Bahkan ia sedikit atau banyak, boleh mempengaruhi kehidupan kita. Dengan mencari hikmah serta pengajaran disebaliknya, nescaya ia akan dilihat sebagai positif. Walau negatif, tetapi tetap positif. Itulah yang sepatutnya menjadi panduan kita dalam berdepan dengan perkara-perkara negatif.

Contohnya seperti ini:
Kalau kita sakit, asal nampak negatif. Tapi tahukah kita bahawa dengan sakit, kita akan dapat pahala percuma dari Allah? Allah buat begitu sebab nak beri pahala kepada kita. Memanglah teruk kita menanggung kesakitan, tapi dengannya itu kita dijanjikan pahala oleh Tuhan tanpa perlu kita bersusah payah buat ibadah. Selain itu, dengan sakit, ia dapat memberi kerehatan kepada badan kita untuk satu tempoh yang sementara. Seolah-olah satu paksaan dari Tuhan untuk membolehkan tubuh badan kita direhatkan daripada kepenatan dan keletihan bekerja. Dengan sakit juga, setidak-tidaknya boleh memberi keinsafan kepada kita. Selama ini kita sentiasa sihat, sekarang diberikan sakit supaya kita beringat agar gunakan waktu sihat di jalan Allah. Supaya kita tidak lalai dan leka daripada mengingati Allah. Mulanya negatif, tetapi bila dikaji-kaji, dicari hikmah dan pengajaran, sakit itu sebenarnya positif.

Contoh lain:
Kita dihina dan dikata orang. Memanglah sakit hati kita mendengarnya. Pada lahirnya memang negatif. Tapi, jika kita positifkan, kita tidak balas hinaan tersebut sebaliknya kita katakan pada diri kita, “memang aku ini hamba Tuhan, layak dihina dan layak dikata.” Dengan melihatnya sebagai positif, kita sudah dapat mengelakkan daripada krisis antara kita dengan orang yang mengata itu berlarutan. Sekurang-kurangnya dengan lapang dada kita, kita sudah dapat mencetuskan perpaduan. Bahkan dengan menilai kata-kata hinaan tersebut, mungkin ada kebenarannya dan ini dapat membaiki kelemahan kita. Juga, hasil sabar kita, Allah akan meningkat darjat kita.

Inilah yang difirmankan Tuhan, dalam Al-Quran, maksudnya:
"Sifat baik itu tidak akan diberikan melainkan kepada orang-orang yang sabar."

Seperkara lagi yang cukup besar, bila ada orang hina dan orang kata kepada kita, akan jatuhlah ego kita, dan mencairkan kesombongan kita. Cuba bayangkan, kalau tidak ada orang mengata dan menghina kita, kita akan rasa diri hebat dan rasa diri sempurna. Itulah ego namanya.

Dua contoh yang diberikan di atas sudah cukup mendorong kita untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Mulakanlah kehidupan kita setiap hari ini dengan keazaman untuk melihat sesuatu itu dengan positif. Daripada situlah nanti kita akan sentiasa positif dengan apa jua keadaan yang berlaku. Hasilnya, kita akan menjadi orang yang sentiasa tenang dengan kehidupan dunia.



Nikmat Tuhan Yang Paling Berharga

Marilah kita berfikir tentang nikmat Tuhan
Agar kita boleh bersyukur dan malu kepada-Nya
Sedarlah kita, lebih banyak nikmat yang kita tidak minta diberi
Yang kita minta tidak dikabuli sedikit sahaja
Tapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kita
Bahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta,
lebih berharga daripada yang kita minta sama ada dikabuli atau tidak:

Wujudnya kita, satu nikmat yang besar tanpa kita minta
Iman dan Islam yang ada pada kita lebih besar lagi tidak kita minta juga
Kerana kita lahir daripada ibu bapa yang sudah sedia menerimanya
Kita pun terus menyambungnya, cuma kita diperintah berusaha menyuburkannya
Otak dan hati nurani bukankah juga kita tidak memintanya?
Mata, telinga, hidung dan mulut dan segala jawarih adakah kita memintanya?!
Tidak perlu saya menjawabnya

Juga nafas turun naik Tuhan anugerahkan tanpa memintanya
Yang kita usahakan dan yang kita minta dapat, murah sangat nilainya
Di antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan, suami atau isteri dan anak-anak
Juga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan yang ada
Selain ini tidak payahlah disebut lagi, sangat murahnya nilainya

Mengapa kita tidak terfikir selama ini
nikmat yang diberi yang tidak kita minta lebih besar nilainya
bahkan lebih banyak
Mana lebih besar nikmat wujudnya kita yang kita tidak minta
dengan wang ringgit yang kita usaha dan minta?
Juga iman dan Islam yang kita tidak minta,
mana lebih besar daripada pakaian dan perabot?
Nafas turun naik yang kita tidak minta,
mana lebih utama daripada suami atau isteri kita?
Semua orang boleh menjawabnya
Oleh itu jika ada yang kita minta tidak dikabulkan oleh Tuhan kita
Tak usahlah susah hati
kerana yang tidak dapat itu nilainya murah sahaja
dibandingkan dengan yang tidak diminta
Syukurilah Tuhan apa yang ada!
Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi sekalipun tidak diminta

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad
Selepas Asar
2.9.99

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW


Sabda Rasulullah SAW:
“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”

“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat ingin kan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.

Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda,
“Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?”

Baginda terus menjawab,
“Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain,
“Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).”

Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata,
“Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata:

“Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Pernah berlaku, ketika para Sahabat duduk di sekeliling Rasulullah SAW ketika matahari hampir tenggelam, maka datang orang memberitahu baginda bahwa Hasan dan Husain telah hilang entah ke mana.

Mendengar yang demikian membuat Rasulullah takut lalu berkata kepada para Sahabat,
“Bangkitlah kamu, pergi cari anakku!”

Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara Sahabat ikut bersamanya. Rasulullah SAW menyeru semua Sahabat supaya sama-sama mencari Hasan dan Husain sebelum malam tiba, tapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hasan dan Husain berpelukan dan amat ketakutan karena di hadapan mereka ada seekor ular besar yang dari mulutnya keluar api.

Dengan pantas, Rasulullah SAW mengambil perhatian ular itu supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular itu pergi ke celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hasan dan Husain, memisahkan keduanya, lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah.”

Sesudah itu barulah nafas Hasan dan Husain kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat keduanya, seorang ke bahu kanan dan seorang lagi ke bahu kirinya.

Pernah berlaku, Rasulullah sudah berdiri di atas mimbar, lalu baginda berkhutbah kepada umat Islam. Maka datanglah Husain ke dalam masjid sedangkan di lehernya ada perca kain yang ditarik dan dihulur-hulurkannya.

Husain pun berjalan di celah-celah jemaah Jumaat yang sedang duduk mendengar khutbah dari Rasulullah. Perca kain itu dihulur dan ditarik-tariknya. Tiba-tiba kaki Husain tersandung lalu jatuh dengan mukanya ke tanah.

Melihat itu, Rasulullah SAW meluru ke arah Husain. Apabila orang lain melihat baginda datang, maka mereka cepat mengambil Husain dan memberikannya kepada baginda. Husain diciumi Rasulullah sambil mengucapkan:

“Semoga Allah membunuh syaitan, dan sesungguhnya anak adalah fitnah.”

Ketika itulah baginda memandang kepada sidang jemaah sambil meminta maaf. Baginda berkata,

“Demi Allah, aku tidak sedar telah turun dari mimbar hinggalah aku mendatanginya (Husain).”

Pernah Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Fatimah bertujuan untuk berziarah dan memberi ketenangan jiwa kepadanya, lalu baginda bertanya tentang keadaan dirinya dan rumah tangganya. Baginda juga bertanya tentang suami dan anak-anaknya. Rasulullah berkata kepada Fatimah,

“Suruhlah suami dan anak-anakmu datang ke mari.”

Lalu Fatimah memanggil mereka semua, maka mereka pun datang sambil memberi salam kepada Rasulullah dan menyambut kedatangan baginda dengan gembira. Dalam kesempatan itu Rasulullah bergurau senda dan beramah mesra dengan mereka.Setelah suasana telah tenang maka baginda menyuruh mereka duduk di hadapannya lalu baginda berdoa untuk mereka:

“Ya Allah, mereka ini adalah keluarga Muhammad. Berikan rahmat dan keberkatan-Mu kepada mereka sebagaimana telah Engkau berikan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguh nya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, inilah keluargaku, hilangkan lah dari mereka kekotoran dan bersihkan mereka dengan kesucian. Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku redha kepada mereka.”

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti dandanan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan Rasul-Nya. Allah hanya mengkehendaki, supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahlul bait dan supaya Dia membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.”
QS Al Ahzab: 33

Sumber
Pemuda Ahli Sunnah
http://tigosotigo.blogspot.com/

Ahad, 8 Mei 2011

ZON-ZON MANUSIA DI DUNIA


SAYA dengan izin ALLAH telah berkesempatan mengelilingi bumi Tuhan ini. Di benua Asia, hampir keseluruhannya telah jelajahi saya secara kasar

Timur Tengah, sudah berbelas-belas kali dan menjelajah secara umum hampir kesemua daerahnya.Di benua Afika dan Amerika sempat saya lawati sebahagian daripadanya. Dan di benua Eropah, hampir kesemua negaranya telah saya jelajahi.

Hasil daripada apa yang saya lihat dan amati, dapatlah saya rumuskan bahawa manusia yang tinggal di dunia ini terdapat di tiga zon bumi yang terpenting iaitu:

A. Zon Pertama
Kawasan Khatulistiwa yang lebat dan tebal dengan pokok kayu yang menghijau, beriklim tropika yakni cuacanya hujan panas berudara lembab-lembab
basah seperti di kawasan Asia Tenggara khususnya diGugusan Kepulauan Melayu.

B. Zon Kedua
Kawasan padang pasir, berdebu dan berbatu, gondol daripada pokok kayu yang besar-besar, beriklim gurun yakni cuacanya terlalu panas di musim panas dan terlalu sejuk di musim sejuk, serta berudara kering seperti di kawasan Timur Tengah, India dan Pakistan.

C. Zon Ketiga
Kawasan di antara padang pasir dan pokok-pokok kayu kecil-kecil dan jarang-jarang, yang mempunyai iklim empat musim yakni:

a. Musim sejuk (Winter)
b. Musim panas (Summer)
c. Musim bunga (spring)
d. Musim luruh (Autumn)

Ia kebanyakannya terdapat di negara-negara Eropah,(Barat), Amerika Syarikat dan Jepun.

Penduduk di ketiga-tiga kawasan zon ini setelah dilihat dan dikaji didapati watak mereka di antara satu sama lain agak berlainan. Faktor penting yang mempengaruhi mereka mengikut pandangan mata lahir mungkin barangkali disebabkan iklim dan keadaan cuaca serta kedudukan bumi tempat mereka tinggal.Tapi hakikat sebenarnya ALLAH-lah yang menjadikan watak mereka itu tidak sama.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah:

A. Di kawasan zon pertama yakni di Asia Tenggara

contohnya di kawasan Kepulauan Melayu di sini buminya hanya bertanah, tidak berpasir, penuh dengan hutan belantara yang padat dengan pokok menghijau, berudara lembab basah dan saiz penduduknya kecil-kecil. watak mereka lemah lembut atau tidak kasar, bersifat tolak ansur dan pemarahnya tidak menonjol. Pemikiran mereka pula adalah sederhana yakni tidak terlalu tajam dan tidak pula terlalu lemah.

B. Di kawasan zon ke’dua yakni di Timur Tengah,India dan Pakistan

di sini bergurun, diliputi padang pasir yang gondol daripada pokok-pokok, bergunung-ganang, berbatu pejal, pasirnya berdebu-debu. Kalau ada pun pokok, pendek-pendek dan keras serta berduri. Kawasan ini juga berudara kering dan langitnya tanpa awan tebal.

Didapati penduduknya bersaiz besar, tegap, sasa dan kuat. Watak mereka dicorakkan oleh suasana hidup mereka dan ini menjadikan mereka berwatak kasar, berani dan lasak. Sifat pemarahnya amat menonjol, berhati keras, tahan menderita,gopoh, cepat bertindak, emosional dan suka bergaduh.

Dari kawasan ini lahir manusia yang kejam dan zalim serta suka berperang sepertimana yang tersebut di dalam Al Quran; ALLAH dedahkan kezaliman dan kekejaman mereka yang mereka itu kebanyakannya datang dari kawasan-kawasan ini seperti Firaun, Namrud dan Hamman. Hingga sekarang ini kita dapat lihat pemerintahan di kawasan ini lebih keras dibandingkan dengan zon-zon lain. Orang-orang di sini pula ALLAH kurniakan pada mereka daya pemikiran yang lebih sedikit daripada penduduk penduduk di sebelah Timur tadi.

C. Di kawasan zon ketiga, yakni di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan China

di sini tanahnya di antara padang pasir dan pokok-pokok yang tidak terlalu besar dan jarang-jarang yakni di kawasan empat usim yang mengalami musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Didapati penduduknya ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz sederhana, dan watak mereka di antara kasar dengan lembut. Otak mereka pula lebih bijak dan tajam daripada penduduk-penduduk di kedua-dua zon tadi. Sebab itu lahir di kalangan mereka ahli fikir dan falsafah yang terlalu ramai. Di antaranya Aristotle, Socrates, Plato, Bernard Shaw, John Steward Mill, Picci dan ramai lagi.

Hingga kerana itu sampai sekarang ini mengatasi bangsa-bangsa yang tinggal di kawasan-kawasan zon yang lain.Dari segi berfikir dan ilmu pengetahuan, mereka

Bagaimana ALLAH mendidik penduduk di ketiga-tiga zon ini ?
Mari kita sama-sama mengkajinya.

ALLAH SWT Iebih mengetahui tentang watak-watak manusia di ketiga-tiga zon dunia tadi kerana DIA yang menjadikan mereka dengan watak-watak yang berbeza.Maka untuk memimpin mereka kepada kebenaran ALLAH datangkan tiga kaedah atau tiga, cara berikut:

1. Untuk Penduduk di Zon Pertama

Yakni di Sebelah Timur ALLAH tidak datangkan kepada mereka para pemimpin yang ditunjuk oleh-Nya secara jelas; iaitu para pemimpin yang bertaraf rasul atau nabi.Tetapi mereka hanya didatangkan para ulama biasa atau mubaligh-mubaligh yang tidak perlu membawa ilmu fikiran yang tajam. Sekadar membawa akhlak dan dan budi pekerti yang mulia sudah cukup untuk menawan hati mereka kepada ajaran Islam. Tanpa melalui peperangan fikiran atau peperangan senjata yang sengit, mudah mereka memeluk Islam.Kalau ada pun hanyalah perlawanan yang kecil-kecil atau melibatkan bilangan yang sedikit sahaja.

Jadi sifat lemah lembut mereka itu memudahkan mereka menerima kebenaran walaupun tidak dipimpin oleh manusia-manusia yang bertaraf rasul atau nabi atau wali atau ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli fikir yang begitu hebat. Ini bersesuaian dengan sifat yang lemah lembut serta otak sederhana yang mereka miliki.

Ini menjadikan mereka tidak perlu kepada hujah-hujah dan ilmu yang mendalam dari ulama-ulama dan mubaligh-mubaligh yang mengajak mereka kepada Islam mereka mudah menerima Islam.

2. Untuk Penduduk di Zon Kedua

Yakni penduduk-penduduk di kawasan padang pasir yang gondol daripada pokok-pokok kayu dan bergunung-ganang dan berbukit-bukau.Di sana susah untuk dapat makanan dan minuman. Oleh itu untuk dapatkan rezeki mereka terpaksa bersusah payah dan menderita. Berpindah-randah menjadi perkara biasa untuk dapatkan kehidupan yang selamat. Ini menjadikan mereka orang yang lasak, berani, tahan jiwa, pemarah, bengis, cepat bertindak, gopoh dan mudah bergaduh.

Orang yang sebegini wataknya bukan mudah untuk ditundukkan hati dan nafsu mereka. Melainkan ALLAH pimpin mereka dengan dihantar pemimpin yang sangat teguh imannya, berakhlak tinggi serta berakal fikiran yang tajam. Seperti didatangkan kepada mereka para rasul dan nabi, yang memiliki itu semua dan dibekalkan pula mukjizat-mukjizat untuk menguatkan hujah-hujah mereka.

Selepas para rasul dan nabi, ramai wali dan ahli-ahli ilmu yang ALLAH lahirkan. Wali-wali ini ALLAH bekalkan dengan karamah-karamah di samping iman dan akhlak yang tinggi.

Kalaulah pemimpin yang ada tidak bertaraf seperti mereka tadi, mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dan memimpin penduduk-penduduk dikawasan ini. Disebabkan sifat kasar, bengis dan kuat bertindak hingga terkenal dalam sejarah mereka sanggup untuk membunuh rasul dan nabi yang utuskan kepada mereka itu. Tapi oleh kerana ALLAH hendak memuliakan para rasul, nabi dan wali-wali ini, mereka dibekalkan mukjizat dan karamah untuk membantu perjuangan, seperti kisah Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s. dan Rasulullah SAW sendiri.

Mereka yang tinggal di-kawasan-kawasan ini setelah datangnya Islam, terdidik oleh ajaran Islam itu sehingga menjadi orang yang berakhlak, berilmu dan tidak kurang juga ahli fikir yang berani mempertahankan Islam, tahan uji ketika berhadapan dengan penderitaan dan ancaman demi menegakkan kebenaran.

Sahabat Rasulullah dan tokoh-tokoh besar Islam di kawasan ini ramai yang mati syahid. Kalau tidak mati syahid di medan peperangan (terkenal dalam sejarah) mereka tahan menderita dalam menghadapi ujian. Contohnya seperti Khulafa’ur Rasyidin, Khalid Ibnu Walid, Tariq bin Ziad, Imam-Imam Mahzab yang empat, Salahuddin Al Ayubi, dan tokoh-tokoh ulama yang lain seperti Muhammad Al Fateh Abu Hassan Asyaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti, Umar Mokhtar, Hassan Al banna dan lain-lain lagi.

Kemudian Islam juga mendidik bangsa ini hingga menjadi manusia yang kuat berfikir serta tajam akalnya. Tokoh-tokoh yang terkenal ialah seperti Imam Hambali, Imam Shafi’i, Imam Hanafi, Imam MALIK dan Imam Al Ghazali.Yang paling besarnya, Islam dapat membentuk akhlak yang mulia sehingga umat Islam di zaman salafussoleh tidak dapat ditandingi akhlak mereka oleh mana-mana bangsa pun di dunia hingga ke hari ini.

Apa yang kita saksikan pada mereka yang tinggal hari ini adalah yang rapuh dan reput imannya serta rosak akhlaknya. Sehingga kini lahir orang yang kasar, suka bersengketa dan berperang di antara satu sama lain.

Kalau kita hendak memimpin mereka sekarang, memanglah rasul dan nabi sudah tidak ada lagi kalau ada pun orang-orang yang bertaraf wali. Sekiranya wali pun tidak ada untuk memimpin mereka, mestilah didatangkan pemimpin yang berakhlak tinggi atau orang soleh yang imannya kuat, serta sedikit sebanyak ada ilmu dan berkebolehan berfikir untuk berhadapan dengan mereka ini.Tidak boleh sebarang ulama dan mubaligh untuk memimpin mereka di akhir zaman ini; untuk orang-orang di zon ini.

3. Untuk Kawasan Zon Ketiga

seperti Eropah (Barat), Amerika, Jepun, Rusia dan China Kawasan ini yang buminya mengalami empat musim (musim sejuknya bersalji, musim panasnya panas sederhana, musim bunga semua pokoknya berbunga dan musim luruh semua daunnya luruh), ALLAH jadikan orang-orang di sini mempunyai akal yang bijak dan tajam. ALLAH juga tidak datangkan di kalangan mereka para rasul dan nabi secara jelas. Tapi dengan otak mereka yang tajam, yang ALLAH bekalkan itu, mereka boleh mencari dan menilai sendiri kebenaran Islam.

Mereka yang benar-benar rajin akan mencari kebenaran dengan menggunakan akal fikiran mereka. Maka ramai di kalangan mereka yang telah memeluk agama Islam. Walau bagaimana pun akhlak mereka ini tidak terlalu menonjol dibandingkan dengan umat Islam di zon kedua tadi. Sebab itu jarang kita dengar lahirnya di kalangan mereka ini wali-wali yang akhlaknya amat hebat lebih-lebih lagi tidak ada para nabi dan rasul.

Tapi mereka itu cepat dapat meniru ilmu pengetahuan yang didatangkan oleh Islam. Sekalipun mereka tidak menganut agama Islam. Jelas hari ini di Barat, asas-asas ilmu mereka terima hasil sumbangan daripada umat Islam di zaman dahulu. Oleh itu kalau kita hendak memimpin penduduk ini mestilah didatangkan ulama-ulama atau mubaligh-mubaligh yang selain daripada memiliki iman dan akhlak mestilah membawa pemikiran yang tajam sehingga sanggup berhadapan dan bertukar Fikiran dengan mereka.Kalau hanya membawa akhlak sahaja tidak mencukupi. Tetapi mesti membawa iman, akal dan akhlak sekaligus. Barulah boleh membimbing mereka ini.Begitulah pandangan saya setelah saya melihat dan mengamati hasil dari pengembaraan saya mengelilingi dunia ini.

Kalaulah pengamatan saya ini tersalah atau tersilap, saya rasa tidaklah terlalu jauh menyimpang Setidak-tidaknya pandangan atau pendapat saya tadi boleh diterima.

Inilah pandangan saya yang mana para pembaca boleh menilai sendiri apakah
ada kebenaran atau tidak ?


Mari Kita Mengenal Manusia Dan Bagaimana Dia Berperanan

Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan di dalam diri manusia
ada empat anasir yang berfungsi dan berperanan
Jasad, roh, nafsu dan akal yang merupakan satu pakej kejadian manusia
yang luar biasa dan berperanan
Keempat-empat anasir itulah yang bertindak bekerjasama satu sama lain
menggerakkan manusia di dalam kehidupan
Sama ada manusia sedar atau tidak sedar
begitulah diri manusia itu bertindak di waktu hidupnya
Kalau semua anasir itu sihat dan sama-sama dewasa dan matang
ia akan jadi manusia luar biasa, tetapi jarang berlaku
Peranannya sangat mengkagumkan, beruntunglah kalau satu bangsa itu
ada rakyatnya begitu, bukan sahaja individunya beruntung

Mari kita mengenal manusia lahir dan batinnya
Agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain
dan mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya
Jasad lahir tidak perlu diperkata kerana mudah manusia mengenalnya
Kita akan perkatakan tiga anasir yang penting sahaja
kerana susah difaham oleh manusia yang ramai

Tugas roh hanya merasa:
Seperti rasa marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih,
rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang,
rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik,
rasa lega dan sebagainya

Nafsunya peranannya berkehendak atau merangsang:
Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak
Kehendaknya sama ada baik atau jahat,
kehendaknya semulajadi sangat gelojoh,
rakus, tamak dan bakhil
Kemahuannya sangat luarbiasa, tidak ada batasnya, macam laut tidak bertepi,
kalau hendak diikutkan badan boleh merana, terseksa dan binasa

Tugas akal lain pula, ia mempunyai peranan yang tersendiri
Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman,
kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan,

Akal I.Qnya pula ada enam kategori atau enam peringkat
eloklah diketahui oleh ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin

Akal genius, atau abqari kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa
mungkin seratus juta seorang di dalam satu zaman
Akal ini mampu membuat teori, atau membuat penemuan-penemuan baru
dikatakan membuat matan satu-satu ilmu
Selepas itu akal cerdik, boleh dan mampu menghurai teori-teori tadi atau matan hingga mudah difaham oleh ramai
Mungkin 10 juta seorang sahaja yang mendapat I.Q ini

Sesudah itu I.Q cerdik biasa, boleh memahami sebahagian apa yang sudah dihurai
dan diperjelas jika seseorang itu diberi pelajaran yang cukup
Golongan ini agak ramai, ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin juga
patut dapat menilai

Di bawah ini hanya I.Q biasa, tidak cerdik dan tidak pula bodoh,
itulah yang teramai di dunia ini

Di bawah ini ada lagi I.Q, iaitu yang bodoh dan yang dungu
tapi golongan ini tidak ramai bilangannya
I.Q ini tidak mampu mempelajari ilmu-ilmu yang dalam dan tinggi-tinggi
Kalau didorong pun tidak boleh pergi,
mungkin setakat darjah rendah sahaja atau sekolah dasar

Roh ada empat kategori pula,
roh yang bercahaya, roh yang bersih, roh yang kabur dan roh yang hitam-legam
Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya nafsu
Nafsu pula ada 7 peringkat:

Ammarah nafsu yang sangat jahat,
lawwamah nafsu yang lemah mujahadah,
kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya

Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin dan terdidik tapi belum kuat,
belum mendarah mendaging, masih di dalam kebimbangan ……lagi
itulah nafsu orang yang soleh

Nafsu mutmainnah, nafsu yang sudah tenang,
ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan mahupun kesusahan,
sudah dapat darjat wali kecil

Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha apa sahaja yang telah ditentukan
oleh Allah Taala sama ada senang mahupun susah
Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha,

Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu,
ini hanya ada pada rasul-rasul dan para-para nabi sahaja

Jasad lahir ia hanya tentera-tentera atau pekerja-pekerja suruhan hati,
ia hanya taat semata-mata sama ada kepada kebaikan mahupun kejahatan
Jasad hanya perlu dijaga kesihatannya
Agar mampu melaksanakan arahan hati, raja di dalam diri
Jika ia sihat, ia akan cergas dan aktif
serta tahan lasak melaksanakan kehendak raja diri
iaitu kehendak hati
Oleh itu kesihatan badan kenalah juga diusahakan dan dijaga
Makanannya hendaklah diberi,
zat-zat makanan yang boleh menjaga kesihatannya hendaklah diusahakan

Keempat-empat anasir di dalam diri manusia
bekerjasama satu sama lain
jika ia hendak bertindak
Sama ada tindakannya itu baik mahupun jahat
Mula-mula hati atau roh (raja diri) merasa
Kemudian rasa itu dihantar kepada nafsu, maka nafsu pun berkehendak
atau merangsang untuk mahu bertindak
Selepas itu ia hantar pula kepada akal bagaimana hendak melaksanakan,
maka akal pula yang memikirkan
Sesudah ada keputusan dari akal, ia arahkan seluruh anggota bertindak,
untuk mendapatkannya

Jika Tuhan kehendaki berjaya, maka berjayalah,
jika Tuhan tidak mengkehendaki, maka gagallah
Itulah dia manusia dan bagaimana dia berperanan,
ketahuilah ilmu ini untuk pandai mendidik manusia
Selesailah sudah, maaf kalau salah

1.6.2003
Menjelang Zuhur & Asar
Allahyarham Ust. Ashaari.

WATAK BANGSA



Watak ialah sifat batiniah yang khusus, dibekalkan sejak azali kepada seseorang atau sesuatu kaum atau bangsa secara umumnya. Maknanya orang lain atau bangsa lain atau kaum lain tidak semestinya memiliki sifat-sifat tersebut.Watak juga tidak dapat diusaha-kan atau dipelajari dari pengalaman atau dari mana-mana guru.Ia adalah sifat semulajadi yang dianugerahkan secara khusus kepada individu atau kaum tertentu secara umum. Faktor-faktor yang menentukan watak seseorang atau sesuatu kaum itu ialah keturunan, perkahwinan (ibu bapa), makanan, iklim,

bentuk muka bumi, suasana alam sekitar dan lain-lain lagi. Watak seseorang tidak terlalu menonjol di waktu ia masih bayi atau kanak-kanak. Perkembangan watak berlaku seiring dengan pertambahan umur dan pembesaran fizikal seseorang. Watak yang ada pada seseorang atau satu bangsa itu ada yang baik dan ada yang buruk.Watak-watak yang baik akan menjadi kan seseorang atau sesuatu kaum itu lebih istimewa dari pada seseorang atau sesuatu kaum yang lain. Manakala watak yang buruk itu akan menjadikan seseorang atau sesuatu kaum itu kelihatan ada kekurangan dan kelemahan dibandingkan dengan orang lain atau kaum yang lain sekiranya watak itu diperturutkan.

Contoh watak-watak yang baik yang ada pada seseorang atau sesuatu kaum ialah:

1. Berani
2. Cerdik
3. Memimpin
4. Rajin
5. Berterus terang
6. Pemurah dan suka menolong
7. Lemah lembut
8. Petah bercakap
9. Ramah mesra

Sebaliknya watak-watak yang buruk yang dibekal-kan sejak semulajadi pada seseorang atau sesuatu kaum itu ialah:

1. Penakut
2. Lemah berfikir
3. Malas
4. Menurut atau taat
5. Suka memendam rasa
6. Bakhil atau enggan menolong
7. Kasar dan degil
8. Membisu dan lain-lain lagi

Kita boleh melihat perbezaan-perbezaan watak di antara individu atau kaum-kaum di dunia dalam.pergaulan dan kehidupan harian kita.

Ada seorang dilahirkan bersama karisma kepimpinan yang tinggi. Sebaliknya seorang yang lain langsung ‘tidak mampu memimpin, melainkan menanti dan menurut arahan sahaja. Ada orang lahir bersama kecerdikan, tapi ada manusia lain pula lemah berfikir

Seterusnya ada manusia yang lahir bersama akhlak yang halus, tapi ada manusia lain yang begitu kasar akhlaknya. Demikianlah seterusnya.

Kemudian kita juga dapat menyaksikan watak- watak khusus pada kaum yang watak demikian itu tidak menonjol. bagi sesuatu kaum lain secara umum

Misalnya:
Orang Arab umumnya berwatak berani, terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh melayan tetamu dan kuat makan. Masyarakat ini mudah bergaduh, tapi mudah pula memaafkan dan berbaik-baik. Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi.Orang Melayu wataknya secara umum lembut, beralah, memendam rasa dan mesra.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain.Hal ini dapat kita saksikan degan jelas pada masyarakat manusia yang tingal di kawasan-kawasan iklim dan muka bumi yang berbeza-beza di dunia.

Di sini saya akan menyebutkannya secara ringkas.
Mengapa diturunkan para nabi dan rasul di Timur Tengah ?
Mengapa pula Barat melahirkan ramai ahli falsafah?
Dan bagaimana pula dengan dunia Timur ini?

Pada saya di Timur Tengah itu iklim dan muka buminya yang keterlaluan yakni panas dan dinginnya keterlaluan, padang pasirnya yang kering-kontang, gersang dan tandus, telah membuatkan manusia-manusianya jadi keterlaluan dalam watak mereka. Mereka itu keras hati, kasar, berani, gopoh-gapah, terus terang dan tahan lasak. Pengaruh iklim dan muka bumi memaksa mereka jadi begitu. Ditambah dengan makanan yang berminyak, daging dan lemak, cili dan bawang mentah; darah mereka jadi panas. Maka mereka akan mudah dan cepat marah.

Maka demi keadilan ALLAH buat kaum ini, ALLAH datangkan pada mereka utusan-Nya; nabi, rasul, ulama-ulama besar dan para wali. Hanya mereka inilah yang mampu mendidik dan memimpin kaum ini agar jadi baik dan tunduk pada kebenaran.

Hasil dari didikan Rasulullah SAW, bangsa Arab pernah menjadi bangsa yang utama, terbaik dan berguna di dunia.Tapi di zaman ini sudah tiada lagi nabi, rasul dan orang-orang yang disebutkan tadi; maka bangsa ini kembali pada watak asalnya.

Di Barat pula, muka buminya yang penuh dengan padang rumput yang subur, tanah datar yang ditumbuhi kayu-kayan yang indah tapi tidak besar dan tebal, dengan iklimnya yang sering sejuk hatta musim panasnya pun masih sejuk (satu suasana pertengahan antara padang pasir dan hutan tebal), mempengaruhi manusia-manusianya menjadi orang-orang yang ahli ikir.

Umumnya mereka ini cerdik dan kreatif. Mereka tidak terlalu agresif tapi tidak terlalu lembut.Sebab itu untuk mendidik mereka ALLAH lahirkan filasuf-filasuf yang ramai. Hasilnya jadilah orang Barat bangsa yang telah mempesonakan dunia dengan kemajuan sains dan teknologinya.Tapi dengan akal saja mereka tidak dapat melihat kebenaran dari Tuhan.

Apa halnya dengan orang Timur ?

Pengaruh iklim,muka bumi dan makanan telah membentuk ‘watak mereka sebagai bangsa yang terlembut didunia.Orang Timur dikatakan bangsa yang paling baik (akhlaknya) di dunia.Iklim dan muka bumi tempat tinggal mereka tidak terlalu mencabar mereka. Lalu mereka tidak perlu merancang sesuatu untuk menghadapinya. Mereka tidak tercabar oleh alam sekitar. Maka jadilah bangsa itu orang yang kurang bergaduh dan berperang. Mereka lembut-lembut dan baik-baik Suka hidup bergotong-royong Tapi kerana itu jugalah mereka jadi bangsa yang tidak cerdik, tidak kreatif dan tidak pernah menjadi empayar didunia.

Tapi ada satu janji ALLAH melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman akan berlaku di tangan mereka.Untuk itu pemimpin yang mereka perlukan bukan bertaraf nabi atau rasul atau filasuf. Mereka cukup dengan seorang yang soleh kalau pun tidak bertaraf wali.

Demikianlah watak kaum itu ditentukan juga oleh muka bumi dan iklim di samping lain-lain faktor. Tujuan ALLAH membezakan watak manusia dan bangsa-bangsa itu ialah supaya manusia-manusia itu saling tiru-meniru dan saling belajar-mempelajari, lengkap-melengkapi serta sempurna-menyempurnakan antara satu sama lain.

Firman Allah terjemahannya
Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu mengenal satu sama lain.
(Al Hujurat: 13)

Dan lebih besar dari itu ialah supaya manusia mengusahakan lahirnya seseorang atau satu bangsa yang padanya ada berbagai-bagai watak yang baik sebagai gabungan dari watak-watak yang ada pada berbagai bangsa.Usaha ini boleh dibuat dengan merancang dan menjayakan kahwin campur.

Perkahwinan antara bangsa-bangsa dari berbagai-bagai negara di dunia yang beragama Islam, kalau dapat dilaksanakan akan memberi beberapa faedah yang besar
.

Antaranya:
1. Melahirkan generasi baru yang berwatak istimewa yakni gabungan berbagai-bagai watak yang baik. Sebab berkahwin antara dua bangsa yang berbeza, misalnya Melayu dengan Turki, bererti mencantumkan dua jenis darah yang berbeza kandungannya; yang menghasilkan sejenis darah baru yang mempunyai sifat-sifat yang lebih banyak dari sebelumnya.

Dari sana akan lahir anak-anak yang wataknya ialah campuran watak Melayu dan Turki. Di antaranya ramah mesra, cantik cerdik, berani, lemah lembut, dan lain-lain lagi.

Hal ini telah terbukti di dalam sejarah Islam di waktu 3/4 dunia berada di bawah pentadbian Islam.Waktu itu terjadi kahwin campur yang meluas antara umat Islam di berbagai negara. Hasilnya lahir satu generasi Islam yang istimewa. Yang pada mereka itu ada berbagai-bagai watak campuran ibu bapa mereka. Mereka jadi bangsa yang cerdik, berakhlak, berani, pemurah, lemah lembut, memimpin dan lain-lain lagi. Dengan watak watak baik yang semulajadi itu, dididik pula oleh Islam yang sememangnya menggalakkan dan menyuburkan watak-watak baik tersebut, jadilah mereka bangsa yang
dapat menguasai dunia dengan jayanya.


2. Kahwin campur juga dapat menghilangkan sifat asobiah kaumiah (kebangsaan yang sempit) yang ada pada tiap-tiap bangsa.Bila Pakistan berkahwin dengan Arab, anak yang lahir itu bukan lagi Arab dan bukan juga Pakistan. Anak itu tidak lagi ‘menganut’ satu bangsa yang khusus. Maka rasa cinta pada sesuatu bangsa tidak ada dalam hatinya. Ertinya fanatik kebangsaan atau asobiah itu sudah tiada. Yang tinggal padanya itu ialah milik bersama ibu ayahnya iaitu Islam. Islam jadi tempat pergantungan dan identiti dirinya.

Dan dia tidak lagi berkata
“Saya bangsa begian-begian” tapi berkata: “Ana muslim” dan inilah yang kita mahukan bangga dengan Islam bukan dengan bangsa.

3. Apabila tidak ada lagi rasa kebangsaan antara umat Islam, maka sentimen perkauman dan hina-menghina antara umat Islam lenyap dengan sendirinya. Ini mengurangkan ikhtilaf.

Dengan hikmah-hikmah yang demikian itu, maka Islam memang menganjurkan kahwin campur. Rasulullah melarang kahwin antara orang yang terlalu dekat hubungan keluarganya. Misalnya sepupu dengan sepupunya. Hukumnya makruh. Sebab hasil perkahwinan tersebut melahirkan anak-anak yang kurang bermutu sama ada dari segi kecerdikan atau akhlaknya.

Kita boleh buktikan hal ini dengan melihat pada keturunan kebanyakan raja di dunia yang mereka berkahwin sesama puak dan keluarga.Kurang sangat anak-anak raja jadi profesor dan yang mampu mentadbir dengan berjaya. Kebanyakan hanya mampu jadi pemimpin boneka. Saksikan juga hal ini pada rakyat biasa, tentang kualiti anak yang lahir dari perkahwinan di kalangan keluarga.

Di Eropah misalnya sekarang ini ada satu kelompok masyarakatnya yang lahir dari perkahwinan anak dengan bapa, adik dengan abang, ibu dengan anak. Anak-anak haram itu bodoh-bodoh dan jahat, tidak berguna kepada masyarakat.

Hal begini kita lihat tidak pula berlaku dikalangan keturunan Rasulullah yakni Sayid-Sayid dan Syarifah. Mereka walaupun berkahwin sesama keluarga dan puak, namun anak-anak mereka masih berkualiti. Mungkin kerana ALLAH istimewakan keturunan Rasulullah SAW.

Seperkara yang perlu diambil perhatian dalam membincangkan watak ini ialah faktor pendidikan.

Apalagi Pendidikan yang Islamik sangat penting untuk menyuburkan watak atau membendung nya. Tanpa pendidikan, watak yang baik pun akan meliarlah watak yang tidak baik.

Contoh, watak berani.
Ini watak yang baik. Tapi kalau tidak dididik, individu atau bangsa yang berani itu, mungkin keberaniannya dihalakan untuk melakukan maksiat atau mungkin berani membunuh orang, berani mencuri, menipu dan lain-lain lagi. Apa baiknya lagi keberanian bentuk ini?

Berani yang membawa kebaikan itu ialah berani dalam memperjuangkan kebenaran dan hukum ALLAH. Berani menentang musuh-musuh ALLAH dan berani dalam menentang mazmumah (nafsu dan syaitan). Untuk itu hendaklah orang-orang yang berani itu diajar, diasuh, dididik dan dipimpin oleh satu sistem pelajaran dan pendidikan yang benar-benar merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, oleh guru-guru yang soleh dan solehah.

Tanpa memenuhi syarat-syarat pendidikan tersebut, belum terjamin akan lahirnya orang-orang berani yang baik. Lihatlah realiti masyarakat kini; hasil dari sistem pelajaran dan pendidikan sama ada formal atau infomal, di rumah atau di sekolah telah melahirkan lebih ramai lagi yang berani rasuah, menipu, berzina, menindas, menyalah gunakan kuasa, berfoya-foya, membazir, berjudi, derhaka kepada guru dan ibu bapa dan lain-lain lagi, daripada berani menegakkan kebenaran dari ALLAH. Ini adalah akibat dari salah didikan terhadap watak yang ada.

Contoh lain ialah watak lemah lembut.Watak ini memanglah watak yang baik.Tapi kebaikannya itu ditentukan pula oleh bentuk pendidikan yang diperolehinya. Kalau tersalah didik, watak ini membuatkan seorang itu berlemah lembut dan bertolak ansur dalam segala hal termasuklah dengan soal-soal yang bercanggah dengan syariat yakni dengan maksiat dan kemungkaran.

Sebaliknya kalau mendapat didikan yang tepat, yakni pendidikan Rasulullah, watak Ini akan subur menjadikan seseorang itu tenang menghadapi masalah dan suasana gawat, lapang dada yakni bersedia menerima dengan senyum akan setiap ragam dan kerenah manusia.Maka tidaklah timbul pergaduhan, ketegangan dan lain-lain dalam rumahtangga atau masyarakat

Demikianlah dengan watak-watak lain yang ada pada manusia itu, hendaklah dididik dengan syariat ALLAH. Barulah nanti melahirkan manusia atau bangsa yang benar-benar berguna.

Sebagai kesimpulannya saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua saranan saya itu, iaitu kahwin campur dan pendidikan Islamik adalah dua perkara yang besar yang di perlukan kerjasama dan kesedaran menyeluruh antara semua pihak dan semua kaum terutamanya badan-badan Islam.

Kita mulakanlah dari sekarang. Dan Kalau kita mati, InsyaAllah ada yang menyambungnya.


Peringkat Kematangan Manusia


Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh)
paling cepat 9 tahun, paling lambat 15 tahun
Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 – 15 tahun
Maksud dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya
bahkan keempat anasir di dalam badan
Ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan rohnya

Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur 9 – 15 tahun
jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak
Akal ikut dewasa kalau mendapat pendidikan yang tepat
9 – 15 tahun sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab
Bahkan boleh menjadi profesor atau doktor falsafah,
boleh hafaz Al Quran, dan hafaz ribuan Hadis
Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik dengan betul dan tepat
Berumur 9 – 15 tahun seseorang boleh memiliki
setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah

Seterusnya roh manusia boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa
Berumur 9 – 15 tahun kalau cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa

Selama ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja,
tiga anasir lagi tidak diendahkan
Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya,
dijaga kesuburan pertumbuhan badannya
Maka badan lahirnya pun segera subur dan dewasa,
10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang
Malangnya tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik,
bahkan tidak dipedulikan iaitu akal, nafsu dan rohnya

Oleh yang demikian seseorang itu sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya
Di waktu badan kasar dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa,
bahkan masih bersifat keanak-anakan
Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan,
badan kasarnya sudah boleh melahirkan anak
dan boleh menjadi ibu dan bapa
Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar,
jasad batinnya belum mampu bertugas besar dan penting
Akibat daripada sistem pendidikan yang tidak tepat dan tidak seimbang

Di samping para pendidik, ibu bapa, guru-guru, penjaganya tidak faham
mengimbangkan empat anasir di dalam diri manusia
Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia
tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya
Yang punya diri pun rugi, negara dan bangsa pun ikut rugi
kerana manusia itu adalah aset negara dan bangsa

31.5.2003 – 2
Menjelang Maghrib
Allahyarham Ust. Ashaari.

Jika Bangsa Melayu Mahu Berjaya


Orang melayu atas nama bangsa melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya.

Mengapa saya berani berkata begini?

Atas nama orang melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam. Maksudnya atas nama bangsa, Tuhan tak tolong. Tapi Tuhan nak tolong atas nama Islam. Dalam Islam, jika bangsa itu bersedia mengubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa, maka di situ nanti terbuka segala macam bantuan Tuhan.

Firman Tuhan:
Tuhan sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka.

Ayat ini jelas memberitahu, Tuhan hanya akan bantu jika sesuatu kaum atau bangsa itu mahu berubah menjadi orang bertaqwa. Bukanlah ayat ini menyeru agar mengubah yang lahir-lahir. Yang lahir-lahir senang nak ubah. Tak ubah pun tak apa. Jika ubah sekalipun, kenalah atas dasar taqwa. Barulah akan mendapat rahmat dari Tuhan.

Kesan daripada sekadar mengubah yang lahir sahaja, telah timbul berbagai side-effect yang negatif. Negara kita, Malaysia sudah 50 tahun membuat perubahan lahir dan sejak 10 tahun kebelakangan ini perubahan berlaku secara drastik dan mega. Namun, apa yang terjadi, di sebalik pembangunan lahir yang terancang, maju dan moden, pembangunan insan menyembah bumi. Jatuh merudum tanpa kasihan. Timbul berbagai masalah sosial yang merosakkan manusia, seperti rasuah, rompakan, pelacuran, permusuhan, penyalah gunaan dadah dan hiburan melampau ala barat. Inilah hasilnya bila kita mengenepikan pembangunan insan. Jangan salah faham dengan pembangunan insan. Ramai orang memperkatakan pembangunan modal insan dan yang difokuskan adalah memajukan akal fikiran dengan ilmu-ilmu keduniaan.

Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, bangsa kita mampu membangun dan berjaya.

Kelemahan ketara bangsa melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini. Tapi puncanya kerana tidak mengusahakan taqwa. Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan.,

sudah tiba masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia.


Sekian.

Nota tambahan
Pandangan terhadap potensi Islam di Alam Melayu pada abad 21

Mahmud Bajahji
Perdana Menteri Iraq pada tahun 1946 dalam satu majlis perjumpaan dengan pembesar- pembesar Liga Arab di Kaherah ketika proklamasi kemerdekaan Indonesia baru diisytiharkan, beliau berkata

“ kami orang Arab telah letih setelah ribuan tahun berjuang. Saya tidak nampak orang Arab akan kembali membangunkan Islam seperti zaman dahulu . Semua bangsa yang memeluk Islam telah mencapai zaman kegemilangannya kecuali bangsa ini (sambil menunjuk kepada utusan Indonesia yang hadir) .Bangsa inilah yang akan memimpin dunia Islam di belakang hari nanti.“

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Prof. Muchtar Lintang

Malik Bennabi
Pemikir Islam dari Algeria yang banyak menulis mengenai Islam dalam bahasa Perancis berpendapat

“Selepas perang dunia kedua , Islam akan berpusat di Jakarta. Tidak lagi berpusat sama ada di Mekah, Mesir, Turki atau Yaman Selatan”

Alvin Toffeler

Peramal barat yang Masyhur dengan karya seperti Future Shock,The Third Wave dan Power Shift berkata

“ The center of Islam will move from the middle East , Its original locality to this place ( Malaysia and Indonesia )


Bangsa Yang Tidak Mempunyai Cita-cita

Bangsa yang tidak ada cita-cita,
bangsa yang hanya ada cita-cita peribadinya sahaja
Yang difikirkan hanya makan minum, tidur, rehat, kahwin kemudian mati
Bagaimana mahu senang, kalau sudah senang
bagaimana mahu lebih senang lagi
Jika di dalam kesusahan,
bagaimana hendak menghilangkan kesusahannya

Agama, bangsa, negara tidak ada di dalam otak mereka
Pada mereka agama urusan ulama, negara dan bangsa urusan negara
Kalau saya ulama barulah agama urusan saya,
kalau saya pemimpin negara,
negara dan bangsa barulah urusan saya

Hidup individualistik sangat ketara
Hanya memikirkan diri dan keluarga, orang lain begitu juga
Corak pemikiran bangsa yang sedemikian rupa,
tanda bangsa itu tidak akan maju dan bersatu
Untuk mewujudkan kekuatan sendiri pun tidak akan mungkin terjadi
Apatah lagi untuk menjadi satu bangsa yang menguasai dunia

Cita-cita agama, bangsa dan negara
mestilah menjadi cita-cita bersama tidak ada kecuali
Makan, minum, rehat, nikah kahwin itu adalah perkara tabie
Tidak payah diasuh, tidak payah didorong-dorong,
ia keperluan fitrah semulajadi
Cita-cita agama, bangsa dan negara
kenalah dipupuk dari kecil lagi
Ia hendaklah ada di dalam sukatan pendidikan dan pelajaran

Disuburkan setiap masa,
hingga mendarah mendaging dan menjadi fikiran dan jiwa
Hingga bangsa itu sangup mati kerananya
Ia akan dipertahankan, dijaga, diperjuangkan
kerana ia adalah maruah bangsa
Bangsa yang ada cita-cita ini
akan menjadi bangsa yang kuasanya besar,
sekalipun bilangannya kecil

Semangat semacam itulah yang sudah mati
di kalangan bangsa-bangsa
yang beragama Islam

28.2.2004 – 1
Waktu Dhuha / Menjelang Zuhur
Allahyarham Ust. Ashaari.