Ahad, 4 November 2012

CENDERAMATA UNTUK PARA MUJAHID


PARA MUJAHID yang menyampaikan missi dakwah ke tengah masyarakat sama ada di negara atau negeri, kota atau kampung, perlu terlebih dahulu niengetahui cara untuk mengorak langkah dan persediaan diri. Misi dakwah yang disampaikan perlu ada perancangan dan percaturan, penyelidikan dan penelitian, bukan hanya semata-mata semangat tanpa panduan.

Tanggungjawab yang hendak dilaksanakan bukan tugas kecil yang boleh dilakukan secara membuta-tali. Tapi tugas besar untuk mendaulatkan Kalimah Allah yang memerlukan kepada ketajaman mata hati.Sebab musuh lahir dan batin sentiasa menunggu untuk memusnahkan tugas suci ini.

Justeru itu, CENDERAMATA UNTUK PARA MUJAHID lni adalah dua panduan untuk saudara-saudaraku yang sanggup memikul tanggungjawab untuk mendaulatkan Kalimah Allah ke serata bumi.

Panduan I:

Sebelum misi dakwah hendak dibawa masuk ke sesuatu tempat, kita perlu terlebih dahulu mengirim peninjau-peninjau untuk meninjau jalan fikiran masyarakat mereka. Dan membaca tabiat-tabiat dan kebiasaan-kebiasaan serta perkara-perkara larangan daripada kebiasaan mereka yang kalau kita singgung, mereka akan merasa tersinggung. Kita perlu meninjau sejauh mana mereka mampu menghadapi tentangan kebanjiran dakwah yang sedang kita uruskan dan mengkaji kelemahan fikiran dan perasaan serta fizikal mereka.

Kita perlu mengukur kekuatan ekonomi mereka dan jumlah pengikut mereka yang setia dan yang berkepentingan serta berpura-pura atau yang menjadi duri di dalam daging bagi mereka. Kita perlu mendapat makiumat yang lengkap, jumlah hartawan dan jumlah golongan menengah dan juga golongan miskin dan golongan yang tertindas di kalangan mereka.

Kita perlu tahu golongan yang suka menindas dan golongan yang sering mengambil kesempatan dalam huru hara. Kita perlu tahu secara lengkap berapa ramai penentang mereka dan kenapa mereka menjadi penentang dan sekuat mana tentangan mereka?

Kita perlu tahu jumlah ahli fikir mereka dan perlu tahu jumlah pemimpin mereka yang berkelibar dan pemimpin yang lemah. Kita perlu tahu jumlah tentera darat dan laut mereka dan yang sangat penting kita perlu tahu ialah berapa jumlah tentera berani mati yang mereka latih. Kita perlu tahu hati kecil wanita-wanita mereka dan perasaan yang sering menggoda emosi mereka. Kita perlu tahu keinginan individu-individu yang perlu menjadi orang tengah bagi terlaksananya cita-cita kita.

Kita perlu tahu orang yang lidah lancang di kalangan mereka dan yang berat mulut di kalangan mereka. Kita perlu tahu di kalangan mereka yang rosak jiwanya kerana pangalaman-pengalaman yang mengecewakan. Dan kita perlu tahu rahsia-ralisia yang masih terpendam di dalam lubuk hati para pemimpin mereka yang hanya dibocorkan pada orang-orang kepcrcayaan mereka. Kita perlu tahu orang-orang mereka yang suka makan upah dan yang dapat digertak dan yang tidak makan gertak. Kita mahu tahu yang sanggup mati kerana mempertahankan prinsip dan yang mempertahankan prinsip kerana nama.

Kita mahu tahu berapa jumlah sungai, berapa jumlah jambatan, dan berapa baris-bans gunung. Di mana letaknya paya-paya dan di mana letaknya semak tebal dan di mana jurang-jurang yang dalam. Di mana letaknya gua, di mana laut yang dalam dan laut yang cetek. Di mana kawasan pertanian dan di mana kawasan perdagangan. Di mana kawasan pertanian dan di mana kawasan perniagaan, di mana kawasan perumahan. Di mana daerah orang-orang kenamaan, orang-orang pertengahan dan daerah orang-orang miskin.

Kita perlu tahu penempatan penjahat-penjahat, penempatan tokoh-tokoh agama, penempatan perempuan-perempuan jahat dan penyair-penyair. Kita perlu tahu musim hujan, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Kita perlu tahu keperluan di musim-musim tersebut dan masalah-masalah yang dihadapi di musim-musim itu. Kita perlu tahu perayaan kaum-kaum dan agama-agama dan kita perlu tahu ruangan kelalaian di musim-musim perayaan itu.

Kumpulan penyelidik mesti mengumpulkan maklumat-maklumat, perkembangan masyarakat setiap jam, setiap hari, setiap minggu dan setiap musim. Dan menyampaikan kepada pucuk pimpinan setiap hari.

Para pemimpin akan memberi arahan menurut maklumat yang didapati bagi memastikan Islam dapat mencapai kemenangan dalam apa-apa percaturan sekali pun. Pemimpin membuat keputusan berdasarkan syura  dengan orang-orang kepercayaannya. Orang-orang kepercayaan ini mesti selalu herada di sekeliling pemimpin supaya mudah diajak herunding dan berbincang.

Olch kerana tugas kita ini berat maka setiap orang yang terlibat kenalah kuat hubungan dengan Allah melalui zikirullah. Iaitu hubungan batin yakni hubungan hati yang sentiasa tidak putus-putus mengingati Allah SWT. Pertolongan-pertolongan ghaib sangat diperlukan. Ada kalanya akal tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah, hanya dengan gerak hati. la dapat memberi jawapan yang munasabah di atas masalah yang dihadapi. Mereka-mereka yang terlibat dalam kerja ini adalah golongan yang paling kuat menyimpan rahsia. Mereka tidak menjual maklumat untuk keuntungah duniawi. Perkara pertama dan utama di dalam pemikiran mereka ialah Islam mesti berdaulat.

Setiap kamu bertindak mesti berhati-hati. Mata dan mata hati hendaklah tajam merenung kepada setiap peristiwa. Jangan biar setiap peristiwa berlalu begitu sahaja. Kerana setiap peristiwa awal akan memberi makna tertentu di dalam peristiwa-peristiwa di hadapan. Setiap orang akan berbuat sesuatu perkara demi untuk keuntungan masa hadapan sama ada dunia mahu pun Akhirat.

Lihatlah tindak tanduk manusia sama ada kawan atau musuh, mereka tidak terlepas daripada nafsunya sendiri. Setiap orang ada tekanan nafsu di bidang-bidang tertentu yang tidak sama tekanannya dengan orang lain. Boleh jadi seorang yang kuat pemarah tidak terlalu ghairah dengan wanita. Boleh jadi seorang yang berani tetapi selalu gopoh.

Mengalih satu tekanan nafsu yang kuat kepada nafsu yang lain memerlukan kepintaran membawa perasaan. Perasaan itu selalu bercelaru dan bercampur-baur. Tidak dapat mengenalinya sama ada ia jahat mahu pun baik kecuali disuluh dcngan syariat. Sesuatu yang haram walaupun perasaan menyetujuinya kenalah kita jauhi dan tentang habis-habisan. Sesuatu yang wajib walau pun perasaan tidak menyetujuinya kenalah kita laksanakan dan mujahadah. Kelumpuhan peribadi terjadi kerana lemah bermujahadah.

Kemahuan yang kuat hanya boleh wujud bila ada matlamat. Matlamat keduniaan adalah lemah dan matlamat Akhirat adalah yang paling kuat. Oleh itu Para mujahid yang mahu berjuang kenalah bersihkan diri daripada sebarang penyelewengann di bidang matlamat, tidak ada sekutu baginya walaupun walau dgn apa sekali pun.

Sahabat-Sahabat Nabi adalah golongan yang jelas matlamat mereka. Mereka hanya mencari keredhaan Allah dan keredhaan Rasul. Mereka tidak mencari keredhaan orang lain dan di dalam tindakan mereka tidak ada apa-apa kepentingan duniawi. Oleh itu, walaupun dunia jatuh ke tangan mereka, mereka tidak merangkulnya dan tidak melampau pandangan kepadanya. Mereka adalah golongan yang tidak akan tunduk kepada orang yang tidak tunduk kepada Allah. Mereka berani berperang kerana peperangan itu .bertujuan bukan kerana bangsa mereka tetapi kerana agama mereka. Bangsa bukan kebanggaan, kemenangan bukan menyebabkan mereka gembira tetapi kebenaranlah yang menjadi pegangan dan prinsip mereka. Orang yang dimuliakan bukan kerana pangkat kebesaran dan orang yang mereka hinakan bukan kerana kemiskinannya tetapi adalah kerana maksiat yang dilakukan. Musuh mereka ialah syaitan dan hawa nafsu. Kawan mereka adalah orang yang bertaqwa. Waktu malam mereka bagaikan para rahib.Siangnya mereka lebih gagah daripada singa. Anak-anak, mereka sayangi. Mereka sangat menghormati orang-orang tua. Mereka melindungi para wanita kerana wanita itu lemah. Pemimpin sama dengan rakyat. Rakyat tidak dijadikan selipar sehagai tempat memijak oleh pemimpin. Pemimpin bukan hanya sebagai tempat sandaran bagi semua masalah. Antara golongan ini ada pertalian yang mengikut mereka iaitu tali Allah S.W.T.


Panduan II:

Di belakang pemimpin dunia kafir ada ahli sihir, tukang tenung atau ahli-ahli nujum yang meramalkan nasib mereka dan menguatkan mereka dengan jampi serapah dan memanggil jin serta syaitan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar menjadi tentera mereka. Yang tidak kita ketahui sangat banyak tetapi yang tercatat dalam sejarah hanya Rasputin yang duduk di belakang Tzar Rusia yang akhimya telah membawa keruntuhan Tzar Rusia itu sendiri.

Untuk pengetahuan anda wahai para mujahid, di belakang mujahiddin yang ternama ada ahlullah (orang-orang Allah) yang membantu mereka dengan zikir dan doa untuk menguatkan rohani bergayut pada tali Allah. Di belakang Sayidina Umar Ibn. Khattab ada Uweis Al Qarni. Di belakang Sultan Muhammad Al Fateh ada Syeikh Shamsuddin Wali. Begitu jugalah di belakang barisan mujahidin-mujahidin yang ternama, ada ahlullah yang membantu mereka. Hakikat ini jangan ditolak. Kalau hakikat ini ditolak bermakna kita telah menolak realiti perjuangan.

Apabila golongan kafir tidak dapat menentang para mujahidin secara zahir maka mereka akan tentang secara batin dengan menggunakan sihir. Banyaklah sudah penganiayaan berlaku hatta kepada Rasulullah sendiri. Kalau Rasulullah boleh ditimpa sihir maka apakah anda sebagai manusia biasa yang bercita-cita untuk menjejaki perjuangan Rasulullah tidak menyiapkan benteng diri ?

Rasulullah telah dikuatkan oleh Allah untuk melawani kejahatan tersebut.
Firman Allah, Terjemahannya:

Kami kuatkannya dengan roh Quddus.
(Al Bagarah: 87)

Khalifah Rasulullah dan para mujahid dikuatkan dengan wali-wali Allah. Wali-wali Allah sajalah yang mampu menentang sihir dan membunuhnya. Sebenarnya star-wars telah lama berlaku antara ahli sihir dan wall-wall Allah yang mukmin. Peperangan ini berlaku antara jampi serapah dengan juga zikrullah. Kalau di zaman moden ada senjata laser yang paling sophisticated pada anggapan mereka maka di kalangan ahli zikir ada senjata yang mempunyai taksir (kesan) daripada Nur. Senjata laser hanya boleh membunuh manusia dan jamadat (benda-benda beku). Tetapi senjata `nur' dapat mcmbakar syaitan hingga menjadi abu yang beterbangan.

Seperti takutnya syaitan kepada senjata nur yang ada pada Sayidina Umar Ibnu Khattab.
Sabda Rasulullah, Terjemahannya:

Sesunggunnya syaitan akan menyimpang darimu wahai Umar.
(At Tarmizi)

Senjata lazer tidak dapat membaca hati manusia tetapi senjata nur dapat menyingkap rahsia-rahsia yang tersembunyi di balik tabir hati manusia. Sabda Rasulullah Terjemahnnya:

Takutlah ftrasat orang Mukmin kerana is padang dengan pandangan (cahaya) Allah.
(At Tarmizi)

Golongan munafik tidak takut pada pancaran laser kerana senjata tersebut tidak dapat menyelongkar kebusukan hati mereka. Tetapi sebaliknya golongan munafik sangat. takut pancaran nur orang mukmin.

Firman Allah, Terjemahannyanya

Cahaya mereka berlari di hadapan mereka dan di kanan mereka.
(At Tahrim: 8)

Sihir adalah satu power yang digunakan untuk menundukkan manusia kepada manusia. la menggelapkan hati manusia dan menghijab manusia dari Allah. Nur adalah satu cahaya yang membuka jalan untuk manusia merapatkan diri kepada Allah. Barang siapa yang dapat setitik dari ada nur Ilahi yang hanya diletakkan di hujung djarinya, nescaya akan dapat menyuluh perjalanannya yang tepat menuju ke Pada Allah.

Tetapi barang siapa yang mendapat nur Ilahi sehingga meliputi seluruh hatinya maka dia akan dapat membaca hati manusia seperti pelukis peta membaca peta. Orang yang memiliki nur inilah yang ditakuti oleh ahli sihir kerana mereka mampu untuk menghancur sihir. Oleh itu, para mujahid yang meniti jalan perjuangan, perlu ada ahli-ahli zikir dibelakang mereka untuk membantu menguatkan rohani dengan zikir dan doa supaya mampu berhadapan dengan seribu satu macam tipu daya musuh sama ada yang lahir lebih-lebih lagi yang batin.

Selamat berjuang!

rujukan buku panduan membina empayar Islam di Asia Tenggara
Ustaz hj Abd.HalimAbbas
ogos 1991

Tiada ulasan:

Catat Ulasan