Ahad, 4 November 2012
BERITA DUNIA ( SELINGAN )
BERITA DUNIA
NEGARA sebelah utara apabila terlalu sejuk,membawa bala dan derita. Apabila panas, membawa celaka dan sengsara.
Negara tengah atau ditengah-tengah negara pula dipenuhi kekacauan. Keadaan ini berlaku seperti di tengah Britain, di tengah China, Timur Tengah, Eropah Tengah, Amerika Tengah dan Afrika Tengah.
Negara selatan, suasananya tidak menentu. Orang yang patut dapat hak, hilang haknya. Orang yang tidak patut dapat hak, merampas hak orang lain. Ini berlaku seperti di Afrika ,Sclatan, selatan Filipina,selatan Thai dan yang terselatan daripada Semenanjung Malaysia iaitu Johor Baharu dan Singapura, Australia dan New Zealand.
Semenanjung yang terkenal di dunia ini hanya dua.Semenanjung Arab dan Semenanjung Emas. Kedua-dua Semenanjung menjadi pusat kekayaan dan pusat agama Islam
EMPAYAR YANG AKAN RUNTUH
RUSIA DAN AMERIKA sedang dilayur dengan api keganasan dan bala bencana sehingga menjadikan pemerintahannya layu, lemah dan tidak bermaya. Kedua-dua negara itu semakin layu seperti daun getah muda terbakar.la layu, beberapa hari kemudian berubah menjadi kekuningan dan kering. Akhimya luruh dan tinggallah ranting-rantingnya sahaja.
Begitulah cara Allah Taala menghancurkan kaum Mulhid dan Atheis, kaum Nasrani dan Musyrikin. Mereka diperangi Allah dan kalah satu demi satu.
Sekarang mereka berhadapan dengan tentera-tentera Allah yang memusnah, menghancur dan melayurkan mereka satu demi satu.Sesiapa pun tidak menduga Rusia akan tunduk kepada sikap rakyat. Siapa menduga Amerika semakin hilang taring apabila Iraq membantah keputusannya. Siapa menduga rakyat China menuntut demokrasi melalui paksa diri berpuasa. siapa menduga Islam berbunga kembali di tanah bekas jajahan Kristian di Semenanjung Emas ini.
SAAT KEJATUHAN PENENTANG ISLAM
TIDAK ADA GUNANYA penentang Islam bertahan pada pendirian sekarang. Walaupun mereka berganding bahu dengan seluruh kafir di dunia ini, namun pasti mereka akan tewas jua. Segala Bala bencana sedang dihalakan kepada mereka seperti 1000 tombak dilontarkan kepada sekujur tubuh. Mana bisa hidup lagi.
Rusia itu sudah menjadi seperti bison yang tersungkur ditembusi peluru penabur. Amerika seperti jantan ganteng diserang AIDS, dia sudah mengerti dia sedang menanti sakarat. Britain telah jadi seperti gajah yang mati beragan. Dagingnya busuk, tulangnya jatuh satu demi satu. Dia akan hanya tinggal nama.
China akan jadi seperti orang gila disuruh ceduk air dengan raga. Selagi dia mahu menceduk air dengan raga maka nyatalah gilanya masih parah. Fahaman komunis.tidak dapat menampung kehidupan dan perasaan rakyat seperti raga tidak akan dapat menampung air. India akan dimusnahkan seperti musnahnya rumah terbakar. Apabila rumah India terbakar maka bising mulutnya lebih kuat bunyinya daripada kemarakan api. Hiruk-pikuknya menyebabkan mereka tidak memadamkan api tetapi disibukkan oleh hendak mempamerkan kelam-kabutnya diri. Akhirnya rumah jadi abu.
Syiar Islam bersemarak tumbuh seperti benih tamar tumbuh menghijau. Membesar dan terus membesar perlahan-lahan. Menghijaukan padang pasir yang selama ini kering-kontang. Di mana ada minoriti Islam maka syiar Allah akan subur seperti wadi-wadi yang menumbuhkan sayur-sayuran. Di mana ada negara-negara Islam maka syiar Allah akan subur seperti gunung-gunung dilitupi pohon-pohon balak yang segar disirami hujan setelah lama kemarau.
Kaum munafik akan dibunuh dengan berbagai cara scperti orang membunuh tikus. Ada yang diracun, ada yang diperangkap, ada yang dibiar kelaparan sampai mati. Ada yang dipukul dan ada yang diberi makan kepada kucing. Kaum munafik merasa gelap dalam menghadapi hidup. Sedangkan orang lain merasa hidup ini semakin cerah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan