Sabtu, 30 April 2011

SEMBAHYANG MEMBINA PERIBADI AGUNG


Rasa kehambaan dalam solat

Solat atau sembahyang itu, Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat hebat.

Kita akan dapat merasakan bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan bagaimana wujud-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kekuasaan-Nya. Terasa oleh kita akan kesempurnaan Tuhan.

Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.

Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati.

Kita di perintah solat kerana kita hamba Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:

Peribadi yang kuat keyakinannya
Peribadi yang kuat Imannya
Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
Peribadi yang berdisiplin
Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
Peribadi yang kuat syariatnya
Peribadi yang bersih jiwanya
Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.
Hasil dari solat yang bermutu tinggi maka akan lahirlah masyarakat umat Islam yang mempunyai peribadi peribadi saperti yang saya sebut tadi.Jadilah bangsa ini bangsa yang Agung dan Allah akan angkat darjat bangsa ini hingga bangsa lain tunduk kepadanya.


BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN KEKUATAN SESUATU BANGSA

Bismillahir rahmanir rahim

Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat mereka yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:

1. Bangsa yang berjiwa besar
2. Berwibawa
3. Bertamadun
4. Disegani
5. Dihormati
6. Maju
7. Mengatur
8. Banyak memberi khidmat kepada bangsa lain

Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:

1. Pemalas
2. Berjiwa kecil
3. Penakut
4. Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa
5. Tidak ada keyakinan diri
6. Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya.

Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah:

1. Rajin
2. Berjiwa besar
3. Berani
4. Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari
5. Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa
6. Yakin diri
7. Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada orang besarnya atau pada rakyatnya.

Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat:
1. Berdisiplin
2. Sabar

Agungnya peribadi itu pula dapat dilihat pada:

1. Akhlaknya
2. Imannya
3. Keyakinannya
4. Disiplin hidupnya
5. Kebersihan hatinya
6. Jauhnya mereka daripada melakukan maksiat dan dosa
7. Kemas syariatnya

Bukan mudah untuk mengubah bangsa yang lemah dan mundur supaya menjadi bangsa yang kuat dan agung. Segala ciri dan sifat-sifat mereka itu perlu diubah. Sifat pemalas mesti diubah menjadi rajin. Jiwa yang kecil mesti diubah menjadi jiwa yang besar. Sifat suka meminta-minta dan sentiasa mengharapkan bantuan dan subsidi, mesti dikikis dan dibuang. Mesti ditanam dengan sifat berdikari. Jiwa yang lemah mesti dikuatkan. Tidak boleh mudah kecewa dan berputus asa. Sifat penakut mesti ditukar kepada sifat berani. Mereka mesti kuat keyakinan.

Cita-cita bangsa perlu ditanam di dalam hati sanubari setiap anak bangsa. Sifat suka mementingkan diri dan bekerja hanya untuk kesenangan diri sendiri mesti dihapuskan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri (hati atau jiwa) mereka." (Ar Ra'd: 11)


Bangsa kuat bangsa yang ada cita-cita

Satu bangsa yang kuat lagi berdaulat,
sekalipun tidak ramai bilangannya ialah bangsa yang ada cita-cita
Satu bangsa yang ada cita-cita
sekalipun batil semangat juangnya
pengorbanannya luarbiasa

Cita-cita itu ialah kerana agama yang dihayati oleh bangsa itu
Selepas itu kerana bangsa, negara dan ideologi
Bangsa yang ada cita-cita
seperti yang tersebut sanggup berkorban apa sahaja kerana cita-citanya
Sekalipun terpaksa korbankan nyawa

Kerana itulah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar di dalam sejarah
mereka berjuang di atas cita-cita yang tersebut
Sekalipun bangsa-bangsa itu kecil bilangannya
Seperti bangsa Arab, Kurdi dan Uthmaniah Turki dengan cita-cita Islam
Bangsa Jerman dengan cintakan bangsa Arya, Itali cintakan negara,
Sepanyol kerana Kristian, Rusia cintakan ideologi Komunis

Bangsa yang mementingkan diri sendiri
kerana cinta pada diri biasanya menjadi hamba
Hamba kepada bangsa yang ada cita-cita empat perkara tadi
Bangsa yang tidak ada cita-cita
hanya memikirkan makan, minum, kekayaan, nikah, kahwin, hiburan
Sekalipun bangsa itu ramai orang yang pandai
Kepandaian hanya untuk diri sendiri
Bukan untuk cita-cita agama, bangsa, negara atau ideologi

Untuk kedaulatan dan seterusnya untuk menjadi empayar
Marilah kita orang Melayu ini berjuang atas cita-cita agama
Berjuang atas cita-cita agama lebih kuat daripada segala cita-cita yang ada
Marilah kita berjuang dan berkorban untuk cita-cita agama

Kalaupun tidak menjadi empayar
Setidak-tidaknya kita akan berdaulat di dalam negara sendiri
Terlepas kita daripada dipermainkan oleh bangsa lain di dunia

Menjelang Tidur
23.8.2001
Allahyarham Ust. Ashaari.

Bagaimana Solat Boleh Membina Kekuatan (Sifat Rajin)


Rajin Sifat yang berlawanan dengan rajin ialah pemalas. Pemalas sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin ini tidak boleh dilakon-lakon atau dibuat-buat. Mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah.

Dalam sembahyang kita memuja dan memuji Tuhan. Kita kata Tuhan Maha Besar. Kita akui Tuhan pentadbir dunia dan Akhirat. Hati kita rasa berTuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita.

Kita juga membuat janji dan ikrar bahawa semua solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. Solat dan ibadah dipisahkan walhal solat pun ibadah juga. Itulah tandanya solat itu ibadah yang penting, utama dan pertama dari ibadah-ibadah yang lain sama ada yang wajib atau yang sunat. Kita bertungkus lumus membuat semua ibadah. Hidup dan mati itu pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Bolah jadi ianya perkara ibadah, boleh jadi tidak. Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadah atau pun tidak. Kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita jadikan ibadah. Jadi mana boleh rehat-rehat.

Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Inilah dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Segala macam perkara yang jadi ibadah kita buat. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadah.

Maknanya solat itu membunuh kemalasan.

Kalau satu kelompok itu ibadahnya banyak, baca Quran banyak, wirid dan zikir banyak, kita kata mereka hebat. Itu salah tafsir sebenarnya. Kita sangka mereka baik sebab mereka tidak tegur orang dan hanya beriktikaf sahaja. Tapi mereka tidak rajin dan tidak berkhidmat kepada masyarakat. Di sini konsep ibadah itu sudah silap. Itu menunjukkan mereka hanya ada ilmu tetapi tidak faham dan ilmu itu tidak dihayati.

Pada orang ramai, mereka orang baik. Ini satu kesalahan yang besar. Orang yang baik itu bukan setakat boleh beribadah dan tidak menganggu orang. Orang baik itu selepas ibadah mesti aktif dan mesti berkhidmat kepada orang lain dengan tenaga, nasihat dan wang ringgit.

Ada Hadis yang bermaksud:
''Yang paling baik di antara kamu ialah kamu yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain''.

Sebab itu para salafusoleh, kerana ibadah mereka dihayati dan berperanan pada diri mereka, kalau selepas Subuh, walaupun mereka tidak ada kerja yang khusus, mereka sengaja keluar cari-cari pasal (untuk buat kebaikan) dan cari-cari kerja. Mereka pergi tolong petik gandum, tolong mencangkul tanpa disuruh atau diminta. Kalau mereka melihat ada rumah yang bumbungnya bocor, mereka minta izin tuan rumah untuk membaikinya. Inilah solat yang melahirkan orang yang aktif.

Tapi hari ini, orang banyak solat, banyak ibadah, tetapi mereka menjadi beku dan jumud. Bahkan nasib mereka pun ditentukan oleh orang lain. Bukankah ini satu kesilapan yg besar?

Hanya kerana mereka itu nampak lembut, tidak ganggu orang, kuat ibadah, maka orang anggap mereka itu baik dan bagus.

Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, dia mesti banyak berhubung dengan manusia. Orang yang banyak berkhidmat dengan Tuhan mesti banyak berkhidmat dengan manusia. Kalau betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia. Itulah sepatutnya natijah atau hasil dari solat atau sembahyang.

Ampun maaf


Islam Membawa Kasih Sayang

Islam adalah hubungan dengan Allah
dan hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah banyak berlaku
di masjid dan di surau-surau
secara fizikal dan rohani

Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana
kerana ia adalah kerja hati
Hubungan sesama manusia tidak kira kafir
atau Islam berlaku di mana-mana sahaja
Berlaku di jalan raya, di rumah,
di kedai makan, di dalam kenderaan,
di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu,
waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah
Di dalam keluarga, waktu bekerja,
bermusafir, berjuang dan ziarah
Di sini dibawa beberapa contoh,
yang tidak disebutkan kiaskan sahaja

Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,
sekalipun jalan kita
Bertanya-tanyalah hal jiran
sama ada Islam atau kafir,
kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah,
ketiadaannya jaga rumahnya
Waktu makan di kedai
bayarkan yang di kiri kanan kita
Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang yang di sebelah kita
setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,
lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu
Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,
terjumpa orang menunggu bas,
pelawa dia naik kenderaan kita
Berjumpa orang di mana-mana
sama ada dikenali atau tidak
berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,
ada orang bercakap dengarlah,
jagalah tata-susila
Ada orang yang susah meminta,
berilah jangan dikecewa,
kita berhutang kerananya pun tidak mengapa
Hutang orang kepada kita jangan dipinta
Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu,
jadikan budaya
Kalau mereka bayar, Alhamdulillah,
jika tidak, halalkan sahaja

Jika kita bersalah dengan siapa sahaja
minta maaflah,
orang bersalah maafkan sahaja
sekalipun tidak meminta
Berkawan hendaklah setia,
berjemaah sama-sama berkorban
dan menjaga keutuhannya
Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah
atau apa-apa sahaja yang makanan yang munasabah

Berani jangan melulu, biarlah berstrategi,
takut juga jangan terlalu, nanti Tuhan benci
Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,
bersungguh-sungguh,
bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama
Kalau makan jangan seorang dibedal,
biarlah ada orang lain sama

Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,
Kalau boleh buat baik dengan mereka
Kalau mereka fitnah,
tidak salah kita menghilangkan fitnah,
tapi biarlah bijaksana

Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam yang global
Yang tidak diceritakan kiaskan sahaja
Itulah dia Islam cara hidup,
bukan berpusat di masjid sahaja
Islam macam itulah
yang kita sedang memperjuangkannya
Apa yang kita lihat tadi nyatalah Islam itu
membawa kasih sayang sesama manusia

Selepas Subuh
14 – 12 – 2002
Allahyarham Ust. Ashaari.

Bagaimana Solat Boleh Membina Kekuatan (Berjiwa Besar)


Bismillahir Rahmanir Rahim

Berjiwa Besar Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertaqwa. Kalau itulah yang kita rasa maka akan timbullah rasa berjiwa besar. Sebab orang yang beriman dan bertaqwa itu Tuhan kata,''Dia orang Aku.'' Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya berbagai-bagai perkara dan Tuhan tidak mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati.

Apakah janji Tuhan kepada orang mukmin, orang bertaqwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan?

Tuhan janjikan kepadanya:

a. Keselamatannya
b. Kewangannya
c.Kehidupannya
d.Kepandaiannya
e.Kemenangan
f.Tuhan bertanggungjawab dan akan mengalahkan musuh-musuhnya

Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera Tuhan. Tuhan boleh arah mereka bertindak. Kalau begitulah keyakinan kita dari hasil solat, maka dari solat itulah kita akan beroleh jiwa yang besar.

Orang yang sudah jadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain. Orang tengok gunung, tidak ada orang yang masuk Islam. Orang tengok laut, tidak ada yang menangis kerana merasa insaf dengan kebesaran Tuhan. Tetapi dengan melihat orang Tuhan dan orang yang bertaqwa, manusia boleh masuk Islam tanpa banyak hujah.Bila tengok sahaja orang yang bertaqwa, tergerak hati mereka hendak bertaubat kepada Allah.

Orang bertaqwa itu adalah ciptaan Tuhan yang paling hebat. Orang boleh terpukau dengannya. Dia pemaaf, berkasih sayang, suka mengutamakan orang lain, belas kasihan dan kalau ada orang buat jahat padanya, dibalasnya dengan kebaikan. Dia tidak boleh tengok orang susah. Pasti dibantunya.

Orang yang berjiwa besar sentiasa mahu melahirkan tanda kebesaran Tuhan pada dirinya. Tuhan Maha Pemurah, dia pun jadi pemurah. Tuhan buat baik pada orang yang buat jahat pada-Nya, dia pun mahu buat baik pada orang yang buat jahat padanya. Betapa tidak, orang sekutukan Tuhan, maki Dia, mengata Dia, tolak suruhan-nya, tidak solat, berjudi, minum arak tapi Tuhan tetap layan mereka. Tuhan tetap bagi makan minum, anak isteri pada mereka.

Maha Besar Tuhan yang menghadiahkan solat. Siapa yang menghayatinya, dia akan berjiwa besar. Bangsa yang menghayatinya akan menjadi bangsa yang berjiwa besar.


Ciri Orang Yang Lemah jiwa

Di antara ciri-ciri orang yang lemah jiwa banyak macamnya
Memuji diri termasuk orang lemah jiwa kerana hendak menghibur hatinya
Termasuk juga ingin dipuji tanda lemah jiwa
Kalau tidak dipuji terseksa jiwanya

Termasuk yang lemah, jiwa rasa bangga, hati selalu berbunga apabila berjaya
Hairankan diri termasuk juga lemah jiwa
Ego atau sombong lebih-lebih lagilah lemah jiwa
Dia ambil sifat yang bukan sifatnya
Itu adalah sifat Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa

Rupanya lemah jiwa orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya tidak sama
Orang yang tidak berjaya rasa kecewa, kemuncaknya putus asa begitulah lemah jiwanya
Yang berjaya seperti yang telah dicerita
Orang yang tidak lemah jiwa biasa sahaja, tenang hidupnya
Samada hidupnya berjaya mahupun hidupnya tidak berjaya

Orang yang kuat jiwanya macam mana pula agaknya?
Bagaimana pun keadaan hidupnya tenang sahaja
Di dalam keadaan apa pun sama sahaja
Mengapa seseorang itu kuat jiwanya

Apakah rahsianya kuat jiwanya?
Kerana dia kuat dengan Tuhannya
Dia tahu rahsia Tuhan mengapa dia diperlakukan oleh Tuhannya
Kerana Tuhannya dia tenang sahaja
Itulah dia orang yang kuat jiwanya
Kerana pautan dengan Tuhanlah menjadikan kuat jiwanya

7.9.2004 – 2
Menjelang tidur
Allahyarham Ust. Ashaari.

Bagaimana Solat Boleh Membina Kekuatan (Sifat Berani)



Bismillahir Rahmanir Rahim

Dalam solat, ada ubat atau pil untuk menjadikan orang penakut itu berani. Malahan sebelum mengangkat takbir solat pun, sudah dirasakan betapa hebantnya kekuasaan Tuhan dan betapa lemahnya makhluk ini.Datang kesedaran bahawa makhluk tidak ada kuasa langsung. Malaikat, jin, harimau dan manusia lain semuanya setaraf, setitik pun tidak ada kuasa dan kekuatan. Cuma kalau ada perbezaan antara satu sama lain adalah kerana Tuhan bagi sedikit kelebihan kepada dia. Tuhan bagi kelebihan tidak sama kepada setiap makhluk.

Yang kuat dan berkuasa itu Tuhan, bukan makhluk. Bukan malaikat, bukan jin, bukan manusia dan bukan harimau. Yang patut dan layak ditakuti ialah Tuhan. Bila Tuhan sebenar-benarnya ditakuti, maka akan lenyaplah takut dan akan timbullah rasa berani terhadap sesama makhluk.

Ini termasuk juga takut kepada miskin, sakit, hilang pangkat dan jawatan, hilang pengaruh, mati dan sebagainya. Kalau kita sedar semua itu adalah dari Tuhan, maka takut itu akan berpindah dari perkara-perkara tersebut kepada Tuhan.

Begitu juga takut kepada bencana alam seperti banjir besar, gunung berapi, gempa bumi dan wabak penyakit. Tuhan kata jadi maka jadilah. Tuhan kata tidak maka tidaklah.Akan datang rasa takut kepada Tuhan lebih takut dari bencana alam itu.Takut pada Tuhan itu adalah takut yang hak dan mesti dikekalkan. Takut pada makhluk adalah takut yang batil. Ia mesti dibuang.


Robeklah Hatiku Dengan Takutkan-Mu

Tuhan! Robek-robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu
Hancur luluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu
Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrah dan Iradah-Mu

Agar jangan manusia dan kuasanya merobek-robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku

Aku berlindung dengan-Mu daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Juga aku berlindung dengan-Mu jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku
Tuhan, selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya

Tuhan apalah ertinya aku cintakan Syurga-Mu padahal hatiku tidak mencintai-Mu
Apalah ertinya aku takutkan Neraka-Mu sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu
Tuhan! Hidayah-Mu yang aku pinta
Taufiq-Mu yang aku mahu
Selamatkanlah aku Tuhan!
Peliharalah aku

Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku, pelindungku

Selepas ekspedisi
3.9.99
Allahyarham Ust. Ashaari.

Bagaimana Solat Boleh Membina Kekuatan (Disiplin)


Dalam sembahyang kita berikrar dan berjanji bahawa hidup dan mati kita pun untuk Tuhan. Kalau pengakuan macam ini boleh dibuat dan dihayati dengan sepenuh hati, kita akan jadi seorang manusia yang penuh disiplin. Kalau satu bangsa boleh buat pengakuan yang seperti ini, maka bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang berdisiplin.

Bila disebut mati, semua orang yakin akan mati.Bila mati ertinya kembali kepada Tuhan. Kembali ertinya pulang ke tempat asal. Maksudnya, asal kita adalah dari Tuhan. Datang dari Tuhan, kembali pun kepada Tuhan. Maka perlulah kita hidup dan mati kerana Tuhan.

Bila datang dari Tuhan dan kembali pun kepada Tuhan maka mesti ada jalan dari dan kepada Tuhan. Bila hidup dan mati kita ikrarkan untuk Tuhan maka sudah tentu kita ikut jalan ini. Jalan ini ialah syariat Tuhan. Kita akan ikut syariat Tuhan. Taat dan patuh kepada syariat ini ialah disiplin.

Disiplin termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sebaliknya, bangsa yang tidak berdisiplin, siapa sahaja yang melihat akan mentertawakan bahkan akan memperlecehkan mereka. Tidak ada disiplin disudut manapun akan jadi bahan kelakar bagi orang Yahudi. Ini dapat kita lihat pada bangsa yang di Timur Tengah. Mereka sungguh tidak berdisiplin. Naik bas pun berebut-rebut, tidak tahu beratur. Itu sebab bangsa Yahudi tidak hormat, tidak takut dan tidak gerun dengan mereka. Itu sebab Yahudi berani memperkotak katik dan menzalimi mereka.

Ampun maaf


Tabiat Orang Mukmin

Tabiat orang mukmin itu dia tidak malas
Tidak juga agresif
Tapi cergas dan tenang

Cergas tapi tidak merempuh orang
Cergas dengan agresif tidak sama
Cergas, aktif membuat kebaikan tapi berdisiplin
Cergas membuat khidmat
tapi tidak melanggar tata-susila

Agresif, cergas yang melulu
Aktif yang tidak berdisiplin
Cergas disertai dengan kekasaran
dan merempuh orang
Sekalipun niatnya baik
Orang mukmin itu walaupun cergas
tapi tidak gopoh
Sekalipun rajin tapi berdisiplin
Cergasnya penuh dengan hikmah dan berstrategi
Aktifnya tidak merosakkan orang

Agresif, cergas merempuh orang
Orang melihat menjadi benci dan tidak senang
Cergas membawa kepada gopoh-gapah
Hilang sopan-santun di dalam bertindak
Selalunya tindakan tidak berpandukan ilmu pengetahuan
Mengikut nafsu yang melulu dan perasaan barannya
Sibuknya tidak sedap mata memandang

07 – 10 – 1999
Allahyarham Ust. Ashaari.

Bagaimana Solat Boleh Membina Kekuatan (Sifat Sabar)



Bismillahir Rahmanir Rahim

Sabar juga termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sifat sabar lebih utama bagi pemimpin. Oleh itu sifat sabar yang tertinggi dihadiahkan Tuhan kepada pemimpin, kepada para Rasul terutamanya yang Ulu 'azmi. Sabar adalah syarat utama bagi seorang pemimpin.

Dalam sembahyang ada ubat dan pil untuk menjadikan seseorang itu penyabar. Sebelum kita mulakan sembahyang pun sudah ada didikan untuk kita bersabar sama ada kita sedar atau tidak, sebab hendak sembahyang bukannya senang, lebih-lebih lagi bagi orang yang belum khusyuk.

Hendak sembahyang pun satu ujian. Bukan senang hendak bangun tidur di waktu pagi untuk sembahyang Subuh. Sebab itu, sesetengah orang dia duduk-duduk dulu. Dia menung dulu. Mengenangkan terpaksa ke bilik air. Kalau tidak sabar, kita tidak akan boleh buat. Kalau tidak sabar kita akan tidur semula. Sebelum sembahyang pun sudah perlu banyak sabar.

Dalam sembahyang lebih-lebih lagi. Bila kita sebut:''Malikiyau middin'' yang bermaksud:''Tuhan yang memerintah di Akhirat'' ia jadi pemangkin untuk kita bersabar. Bersabar melaksanakan segala suruhan Tuhan. Bersabar meninggalkan segala larangan Tuhan kerana takutkan Neraka dan inginkan Syurga-Nya. Biarlah bersusah-susah sedikit. Biarlah sakit sedikit. Biarlah tidak dapat mengikut kehendak nafsu asalkan di Akhirat kita selamat. Dengan itu ia memudahkan kita untuk bersabar.

Samalah dengan orang yang mengejar dunia. Hendak sekolah bukan seronok. Hendak belajar bukan senang.Hendak masuk universiti bukan mudah. Tetapi demi untuk menjadi pandai, supaya dapat kerja dan jawatan tinggi, bersusah payah pun dibuat juga. Orang boleh bersabar menghadapi apa yang dia benci, apa yang dia suka dan apa yang menjemukan, asalkan matlamat dan cita-citanya tercapai.



Sakitnya Mujahadah

Aduh sakitnya mujahadah
Ia meletihkan, menyusahkan dan menjemukan
Tuhan! Kerana Engkau aku lakukan juga walaupun payah
Walaupun meletihkan dan menjemukan aku terus melakukannya
Di dalam susah-susah itu aku teruskan juga
Di dalam menjemukan itu aku paksa juga diriku melakukannya
Aku cuba melawan perasaan jemu itu
Aku yakin dengan rahmat-Mu suatu hari nanti Engkau bantu menjayakannya
Engkau sebenarnya hendak melihat aku bersungguh-sungguh mujahadah atau tidak
Serius melakukannya atau sebaliknya
Engkau sebenarnya hendak menguji aku
Setelah ada kesungguhan tanpa jemu Engkau akan bantu
Bersungguh-sungguh bermujahadah tanpa jemu Engkau berjanji akan tunjuk jalan
Engkau hendak tunggu aku bersungguh-sungguh melakukannya
Setelah berlaku kesungguhan itu Engkau bagi jalan
Jalan menuju-Mu yang lurus, jalan kebenaran
Bantulah aku bermujahadah Tuhan
Agar aku berjaya bermujahadah kerana-Mu
Supaya ……… engkau merentang jalan kebenaran
Agar aku menempuhnya ke jalan keselamatan

4.9.2003 – 2
Menjelang Maghrib
Allahyarham Ust. Ashaari.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTATINOPEL


PENGENALAN

Sultan Muhammad al-Fateh (Sultan Muhammad II) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dari kelompok pemerintah sama seperti Salahuddin al-Ayyubi. Beliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran ‘Al-Fath’, yang bermaksud kemenangan, adalah sempena kejayaannya menakluk Konstantinopel (Istanbul).

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad)

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki Konstantinopel yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja pejuang-pejuang yang maju ke hadapan untuk memenuhi maksud hadis tersebut. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai usaha ketenteraan telah dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok berlapis Konstantinopel. Konstantinopel yang berada di dalam Empayar Byzantine dianggap sangat penting kerana ianya merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh.

Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a. syahid berhampiran tembok kota Konstantinopel. Beliau melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Beliau berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinopel, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.

ZAMAN KANAK-KANAK

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Adrianapolis yang terletak di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) adalah seorang yang soleh, handal dalam perang dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad menjadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Ini cukup untuk menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanbali itu amat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Tokoh yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliau bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.

Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinopel tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian.

ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad menjalankan urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah beliau menjawat jawatan khalifah secara rasmi. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sepanjang hidupnya, Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri kempen ketenteraan sebanyak 25 kali. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan bahawa ketika tentera Islam membina ‘Benteng Rumeli Hisari’, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan sehingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.
Sultan Muhammad sangat gemar memakai serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu juga adalah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka untuk syahid pada bila-bila masa selain kecintaan kepada sunnah Rasulullah SAW. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu berserban.

Beliau seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga gurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap meminta bapanya ke medan perang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:

“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”

Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.

MEMBUKA KONSTANTINOPEL

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinopel, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Beliau belajar daripada sejarah yang menyaksikan kegagalan tentera Islam berulangkali dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.

Tentera Islam tiba di Konstantinopel dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, ianya memberikan kesan yang besar terhadap semangat tentera musuh.

Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinopel ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.

Sultan Muhammad, yang berusia 21 tahun pada ketika itu, dan tenteranya tiba di Konstantinopel pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinopel masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Namun, satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa serta di luar jangkaan musuh.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.

Sesudah berlalu 53 hari, Konstantinopel masih tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan nekad dia berkata:

“Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate beserta 30 orang pejuang Islam menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu menaikkan lagi semangat tentera Islam. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluki oleh tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya gugur syahid akibat terkena anak panah musuh yang bertali arus.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople akhirnya jatuh ke tangan Islam. Sultan Muhammad dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya, lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah beliau diberi gelaran “Al-Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya menakluk Konstantinopel.

Sultan Muhammad kemudiannya menukar nama Konstantinopel kepada ‘Islambol’ yang bermaksud ‘Islam Keseluruhannya’ (Nama Islambol kemudiannya diubah pula kepada ‘Istanbul’ oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk laknatullah). Sultan Muhammad juga menukar Gereja Besar St. Sophies kepada sebuah masjid yang diberi nama ‘Aya Sofia’ (Sekarang telah dijadikan muzium). Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?

Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

AKHIR HAYAT

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, Gebze. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini.

Wallahua’lam.

Ahad, 24 April 2011

Mencari Tuhan Dalam Kehidupan



Tuhan itu wujud. Tuhan itu sentiasa berperanan dalam setiap detik kehidupan kita. Mana mungkin kita boleh lupakan Tuhan. Mana mungkin Tuhan boleh dipinggirkan begitu sahaja. Bahkan tiap masa dan ketika, kita kena merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup kita. Bukan itu sahaja, kita juga kena rasakan pelbagai kebesaranNya. Dialah Maha Pemurah , Dialah Maha Penyayang. Dialah Maha Memberi rezeki. Dialah Maha Menciptakan. Dialah Maha Memerhati dan Maha Mendengar. Dialah Maha segala-galanya.

Tuhan mempromosikan diriNya pelbagai cara. Sudah tentu Tuhan memperkenalkan dirinya itu agar manusia kenal dan dapat mendekatiNya. Agar manusia sedar yang Dia wujud, Dia berkuasa dan Dia berperanan dalam hidup manusia. Salah satu cara yang Tuhan lakukan untuk tujuan itu ialah melalui ciptaanNya. Dia jadikan langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau, sungai dan lautan juga manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan supaya manusia memerhati dan memikirkan semua itu agar manusia dapat merasakan kewujudanNya.

Tuhan ada menyebutnya di dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Al-Imran:190).

Tuhan menyambung lagi dalam ayat seterusnya,

“iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia”.

Perkataan “yazkuru” atau “mengingati“ dalam ayat tersebut bukanlah sekadar ingat atau memikir di akal sahaja. Maksud “yazkurunAllah”, ini yang lebih tepat lagi ialah merasa-rasa pelbagai kebesaran Tuhan, bilamana kita memerhati dan memikirkan kejadian langit dan bumi. Bila ini berlaku, barulah kita dapat kenal Tuhan. Barulah terkait ciptaan Tuhan tersebut dengan diri kita sebagai hamba. Ia memberi kesedaran kepada kita, semua ciptaanNya itu selain untuk manfaat kegunaan manusia, tetapi ada maksud Tuhan itu sendiri. Agar manusia kenal Tuhan dalam ciptaan-ciptaan Tuhan. Kalau ini berlaku, tidak timbullah masalah hamba yang tidak mengenal TuhanNya. Selama ini, manusia itu mengaku hamba Tuhan, menyebut, “kami ada Tuhan”, malah menyembah Tuhan, namun ramai di antara manusia yang tidak kenal Tuhan.

Oleh itu carilah Tuhan dalam kehidupan. Kenalilah Dia, datanglah kepadaNya. Ini boleh dilakukan dalam kehidupan seharian kita dengan memerhati serta memikirkan tentang kejadian ciptaan Tuhan. Maha suci Tuhan, tidak Tuhan jadikan segala sesuatu itu dengan sia-sia.

Mengapa Kita Berzikir?


Hari ini ramai orang berzikir. Ada yang tahu tujuan mereka berzikir. Ada juga yang tidak tahu kenapa. Bila ditanya kenapa awak berzikir?

Sekadar ikut-ikut sahaja, kata mereka. Kami berzikir sama seperti orang-orang terdahulu berzikir. Yang tahu pula terbahagi kepada dua. Satu, memang betul-betul diniatkan kerana Tuhan. Kedua, bukan kerana Tuhan, tetapi kerana dunia. Yang berzikir kerana Tuhan, mereka berzikir nak cari keredhaan Tuhan. Atas dasar cinta dan takut Tuhan. Nak membesar dan mengagungkan Tuhan. Orang seperti inilah yang digambarkan Tuhan di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka.”

Gementar itu adalah kerana mereka benar-benar menghayati zikir tersebut. Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja. Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut, terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Disebabkan teringat dosa-dosanya kepada Tuhan yang memungkinkan dia terlepas daripada kasih sayang Tuhan. Atas rasa-rasa ini, zikir mereka mengubah perangai mereka. Mereka menjadi orang yang berakhlak dengan Tuhan dan berakhlak sesama manusia.

Yang berzikir bukan kerana Tuhan, mereka berzikir tetapi ada kepentingan dunia di situ. Bermakna direndahkan taraf zikir itu menjadi dunia. Walhal zikir itu ada nilai akhirat kalau tepat cara dan perlaksanaannya. Mereka berzikir ada maksud untuk mendapat kelebihan-kelebihan. Baca sekian ayat, dapat kaya. Baca sekian ayat, dapat kebal. Baca sekian wirid, orang akan hormat.

Demikianlah jadinya. Orang begini zikir itu sekadar sebutan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Zikir tidak difahami, jauh sekali hendak dihayati. Itu sebab zikir itu tidak datangkan rasa-rasa di dalam hati. Itu sebabnya lagi banyak berzikir, tidak berubah akhlak. Malah, lagi berzikir lagi tak cinta dan tak takut Tuhan. Inilah yang patut direnungkan oleh kita semua yang berzikir. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Penghibur manusia di dunia


Sudah fitrah semula jadi manusia ingin berhibur
Hiburan itulah sebahagian kebahagiaan manusia
Hiburan adalah makanan jiwa manusia
Semua orang memerlukannya tidak kira apa bangsa
Hiburan itu berbagai-bagai sifatnya atau caranya

Ada orang yang miskin diberi bantuan
kewangan dan makanan,
ada yang sakit, diziarahi tanda ikut sedih
dengan kesakitannya
Orang yang salah diberi kemaafan,
yang bersalah meminta maaf,
hiburanlah namanya

Orang yang membuat jahat buat baiklah kepadanya
Ada orang yang buntu fikiran berilah buah fikiran,
hiburan juga
Orang yang sesat jalan tunjuklah jalannya
Di waktu membawa kereta utamakan orang lain,
berilah dia jalan
Di waktu makan di restoran belanjalah orang
di kiri dan kanan
Di waktu membeli-belah bayarkanlah orang
yang bersama-sama kita membeli-belah
untuk keperluan,
sekadar yang termampu untuk kasih sayang

Di ketika naik bas, tempat duduk penuh,
utamakan orang lain duduk
tidak mengapa kita berdiri
Di waktu berjalan-jalan berilah salam
atau angkatlah tangan tanda kemesraaan
Sekali-sekala lihatlah jiran,
hulurkan bantuan itulah hiburan
Para-para tetamu kenalah hormat
dan muliakan mereka sejauh yang terdaya
Pemungut-pemungut sampah di rumah kita,
sekali-sekala berilah dia hadiah
Atau memberi makanan atau minuman
Berbudilah bahasa kita kepada mereka
tanda mengenang jasanya
Memungut sampah di rumah kita

Alangkah gembiranya jiwa mereka,
kerana budi bahasa kita

Ya Tuhanku jadikanlah aku penghibur manusia
di dunia
Agar aku diberi hiburan di Akhirat sana

Nukilan: Allahyarham Ust Hj Ashaari Muhammad

Ahad, 17 April 2011

KATEGORI MANUSIA BERAGAMA


Di antara nikmat yang pertama Tuhan anugerahkan kepada manusia, iaitu manusia diciptakan oleh Tuhan. Tetapi nikmat itu belum tentu menjadi rahmat, kerana nikmat dan rahmat ada perbezaan. Apabila disebut rahmat, ertinya termasuk nikmat. Tetapi apabila disebut nikmat, tidak semestinya bersama rahmat. Kita kena faham perkara ini.

Nikmat yang kedua daripada Tuhan setelah diciptakan manusia, iaitu rasa ber Tuhan. Rasa berTuhan merupakan nikmat kedua, belum tentu menjadi rahmat, sekadar nikmat saja.

Dari sinilah manusia mudah beragama, cuma agama tu benar atau tidak. Jadi rasa berTuhan itu fitrah. Manusia tidak boleh membohongi diri mereka sendiri. Kalau kita persoalkan, terdapat manusia yang tidak mempercayai Tuhan terutama orang yang berfahaman komunis, itu bohong. Dia marah dengan orang beragama, sebab orang beragama ada yang berbohong, menipu, merompak, membunuh samada agama yang hak atau yang sesat. Lantas mereka mengatakan Tuhan tidak ada. Sebenarnya tidak, mereka berkata begitu kerana marah dan sakit hati dengan orang yang beragama. Rasa berTuhan itu fitrah, nikmat kedua daripada Tuhan. Tetapi nikmat itu tidak semestinya menjadi rahmat.

Daripada rasa berTuhan ini, lahirlah agama, setidak-tidaknya 3 kategori agama:

1. Agama dari Tuhan.
Agama dari langit (dari Tuhan), agama yang diwahyukan daripada Tuhan dengan kedatangan Rasul-Rasul atau Nabi-Nabi.

2. Agama yang telah dirosakkan.
Asalnya agama dari langit, tetapi dalam jangka masa yang panjang agama tadi telah dirosakkan oleh penganut-penganutnya sendiri seperti agama Yahudi, Nasrani dan lain-lain.

3. Agama Animisme.
Ini berlaku kepada orang yang duduk di gunung-gunung, hulu-hulu yang tidak bercampur dengan orang lain. Contohnya orang asli. Oleh kerana rasa ber Tuhan itu wujud maka, mereka beragama mengikut rasa, mereka-reka agama tidak bersumberkan wahyu.

Agama yang rosak tadi, asalnya agama wahyu dari Tuhan yang disampaikan kepada Rasul-rasul, Nabi-nabi, tetapi dirosakkan oleh ulama-ulamanya dan para pengikut yang datang kemudian.

Sebagai orang berjuang, saya akan memberi ilmu, kerana kita berhadapan dengan manusia yang beragama bukan Islam atau orang yang tidak beragama.

Sebenarnya, agama yang asalnya dari langit yang dibawa oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi, itu benar. Tetapi dirosakkan oleh ulama-ulama atau para pengikutnya yang datang kemudian. Sama ada dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak sebut yang disengajakan, kerana hal itu memang dirancang, dibuat. Saya mahu memperkatakan, yang tidak disengajakan.

Nabi-nabi banyak diutus oleh Tuhan. Ada riwayat yang mengatakan bilangan nabi-nabi seramai 124 ribu (124000). Sedangkan agama yang Tuhan turunkan kepada mereka, untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tetapi tidak salah untuk disampaikan kepada orang lain dan tidak salah pula, orang lain mengikutnya. Jadi, Nabi-nabi ini, tidak mengembangkan agama pada orang lain sebab tidak wajib bagi mereka. Tetapi oleh kerana agama yang dibawa itu daripada Tuhan, mereka berakhlak tinggi, mereka tawadhuk, tidak mengganggu orang bahkan orang hormat dan sayang pada mereka. Jadi apabila mereka mati, oleh kerana mereka menolong orang, menyelamatkan orang, berbuat baik, bertolak-ansur pada orang, maka nabi-nabi itu di ‘Tuhan’ kan orang.

Jadi lahirlah agama baru seperti agama Budha, Hindu, dll. Sebab itu Gautama Budha, mungkin seorang nabi. Tetapi selepas kematiannya, orang menjadikannya sebagai ‘Tuhan’ . Orang yang selepas kematiannya itu yang sesat. Sedangkan dia tidak sesat.

Jadi, para pengasas Budha, Hindu, Konfusius mungkin, adalah nabi. Tetapi apabila mereka mati, oleh kerana para pengikut sayang dengan mereka, maka orang ramai membuat kesilapan dengan menuhankan mereka. Oleh kerana itulah, kalau kita membaca tentang agama Budha, Hindu terdapat ajaran-ajaran di dalamnya, terutama mengenai akhirat sama dengan ajaran Tuhan. Oleh kerana mereka di ‘tuhan’kan, sedangkan Tuhan mesti disembah dan dibesarkan, maka cara menyembah ‘Tuhan’ itu direka-reka.

Timbullah penyembahan dan ibadah dari mereka. Walaupun asalnya mungkin peribadi itu nabi. Ajarannya itu sesuai dengan ajaran Tuhan, tetapi orang yang kemudian menuhankan mereka. Maka, cara mana mahu membesarkan, mengagungkan dan menyembah mereka, itulah yang direka-reka. Akhirnya, lahirlah penyembahan yang sesat. Padahal sumber agama itu tidak sesat. Mungkin dia nabi.

Agama Animisme itu pula lahir daripada rasa berTuhan. Ibadahnya langsung tidak bersumberkan apa-apa. Animisme ini banyak dibuat oleh orang-orang asli. Jadi, daripada rasa berTuhan itu, lahirlah keinginan mahu membesarkan Tuhan, mahu Tuhan itu disembah, maka cara membesarkan dan menyembah ‘Tuhan’ itu direka-reka. Agama jenis ini lebih mengarut dan lebih sesat lagi.


Kedatangan Rasulullah saw adalah Rasul yang terakhir,
yang membawa agama Tuhan yang paling sempurna dan paling global. Agama untuk semua etnik, semua kaum dan semua bangsa. Walapun begitu, apabila zaman sudah jauh, masa sudah beredar, keadaan sudah berubah, maka agama yang sudah ditinggalkan Rasulullah saw pada umatnya 1500 tahun dahulu, mungkin agama ini sudah cacat.

Dicacatkan oleh cinta dunia, dicacatkan oleh kejahilan, dicacatkan oleh setengah faham, setengah tidak faham, dicacatkan oleh mazhab yang datang kemudian. Maka kalau kita kategorikan umat Islam hari ini, entah berapa banyak kategori. Oleh kerana Islam sudah jauh dari Rasulullah saw, maka boleh disebut begini:

1. Atas dasar keturunan.
Ada yang mengaku Islam atas dasar keturunan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu sama ada dia Islam atau tidak.

2. Islam akidah sahaja.
Golongan ini, hanya tinggal akidahnya sahaja Islam. Akidahnya betul, mengenal Tuhan betul tetapi tidak ada syariat lagi, sehingga sembahyang pun tidak dilaksanakan. Dia masih orang Islam, tetapi masuk neraka lama sangat.

3. Orang Islam yang zalim atau fasik
Akidahnya betul, mengenal Tuhan pun betul. Tetapi syariat yang diambil hanya bidang ibadah sahaja. Bidang-bidang lain seperti ekonomi, pendidikan, perhubungan, semuanya tidak mengikut syariat. Bab nikah kahwin tidak mengikut syariat. Tinggal ibadah saja. Kategori ini termasuk orang zalim atau fasik.

4. Golongan yang fasik tetapi tipis.
Umat Islam yang akidahnya betul. Manakala syariatnya, disamping ibadah berlaku juga syariat dalam kehidupan. Tetapi tidak memikirkan apakah syariat itu dibuat dalam keadaan ria’, sombong & hal-hal rohani yang penting secara lahir yang dilakukannya. Soal makan minum, pergaulan, sembahyang, puasa dia jaga, tanpa memikirkan riak ke?, kerana Tuhan ke?, kerana orang ke?. Ini termasuk orang-orang yang fasik, tetapi tidak setebal fasik tadi (kategori 3).

5. Kategori orang soleh
Orang Islam yang akidahnya betul dan menjalankan syariat, sama ada dibidang ibadah mahu pun dalam bidang kehidupan. Cuma dia khusyu’, rasa takutkan Tuhan di waktu ibadah saja. Di luar sembahyang, di luar ibadah, tidak ada rasa takut, tidak rasa bertuhan. Kita anggap mereka orang soleh, tetapi bertaqwa belum.

6. Kategori orang bertaqwa
Orang yang dapat menghayati Tuhan waktu ibadah, takut dengan Tuhan di dalam dan luar ibadah. Tetapi dalam pada itu, ada lalainya, ada ketika lupa dengan Tuhan, sekali sekala dalam kehidupan dia lalai dengan Tuhan. Itu orang bertaqwa.

7. Kategori Siddiqin
Lahir dan batinnya dengan Tuhan. Sama ada dalam keadaan ibadah atau tidak ibadah, hatinya sentiasa dengan Tuhan. Lahir dan batin sama. Lahir menggambarkan batin dan batin menggambarkan lahir. Itu orang yang siddiqin. Mereka terdiri daripada kalangan Rasul-rasul, Nabi-nabi atau wali-wali besar.

Jadi, ilmu yang kita perkatakan ini untuk kita ketahui supaya kita faham mengapa adanya agama-agama yang sesat. Sebab fitrah semula jadi manusia itu rasa berTuhan. Kalau cacat pun, dia beragama. Sebab rasa berTuhan itu memang wujud. Jadi setelah kita mendengar kuliah tadi, kalau kita sebagai umat Islam yang sudah ditinggalkan jauh oleh Rasulullah saw, agak-agak kita di kategori mana ?

Nak dapat kategori taqwa susah, paling baik orang soleh saja, kebanyakan fasik, zalim. Nak pergi kepada kategori orang soleh dah susah.



Jarang Berlaku Syirik Dengan Zat Tuhan

Di kalangan umat Islam, berlaku syirik terhadap zat Allah mungkin kurang
Jarang berlaku mereka berkeyakinan bahawa Tuhan itu berbilangan
Atau tidak berlaku rasanya ada yang mengatakan zat Tuhan itu ada penyerupaan
Syirik yang seperti ini terlalu jarang berlaku di kalangan umat Islam

Yang sering berlaku sama ada secara sedar atau tidak ialah syirik dengan sifat Tuhan
Umpama dia terasa ada kuasa menentukan nasib orang ketika dia ada kuasa
Seseorang itu pandai dia merasa kepandaiannya dialah yang empunya
Dia merasakan kemampuannyalah yang menjadikan dia berkuasa,
kaya, pandai, kuat dan sebagainya

Contoh yang lain kalau aku tidak ada pelajaran, aku tidak boleh cari makan!
Kalau aku tidak ada pelajaran, bagaimana masa depan saya?
Bukan Tuhan yang mentakdirkan masa depannya tapi pelajaran, syirik khafilah dia
Mencari pelajaran adalah wajib, itu adalah perintah Tuhan
Tapi pelajaran bukanlah yang dapat menentukan nasib manusia

Jadi di sini barulah kita faham ramai manusia syirik dengan sifat dan perbuatan Tuhan
Jarang berlaku syirik dengan zat Tuhan
Syirik khafi termasuk dosa besar yang payah disedari
Cuma belumlah seseorang itu jadi kafir atau murtad
Kenalah belajar aqidah yang tepat
Agar dapat dielakkan di dalam kehidupan dan sikap

16.4.2003
Selepas Asar
Allahyarham Ust. Ashaari.

KENALI DAN HAYATI SIFAT-SIFAT TUHAN AGAR KITA DAPAT MENCINTAI-NYA



Roh sebelum dihantar ke alam dunia ini memang sudah mengenali dan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang wajib disembah.

Pernah Allah bertanya kepada roh:
"Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?"
Jawab roh: "Bahkan."

Ini membuktikan roh sudah pun mengenali dan mengakui Allah sebagai Tuhannya tanpa perlu belajar atau diajar. Tetapi sebaik sahaja roh itu dimasukkan ke dalam jasad manusia; berpindah dari alam roh kepada alam dunia, berpindah dari alam yang cerah kepada alam yang gelap pekat; ia sudah lupa kepada Tuhannya. Mengapa perkara ini boleh berlaku?

Untuk menjawab pertanyaan itu, mari kita fakir sejenak. Kadangkala untuk kita mengimbas semula kisah sewaktu kita masih kecil pun mustahil kita dapat ceritakan secara terperinci peristiwa demi peristiwa yang berlaku ke atas diri kita. Melainkan ibu, ayah atau adik-beradik yang lebih tua dari kita yang menceritakan kisah tersebut. Itu pun hanya tidak secara terperinci. Banyak perkara yang kita sendiri lupa tentang diri sendiri. Sedangkan jarak masa tersebut tidaklah terlalu lama cuma puluhan tahun. Inikan pula sewaktu semua manusia berada di alam roh (sebelum Nabi Adam di turunkan ke bumi), tentulah kita sudah terlupa dengan apa yang pernah roh kita ucapkan di hadapan Tuhan itu.

Sebab itulah apabila kita dilahirkan ke dunia, ibu bapa atau pendidiklah bertanggungjawab mengenalkan sifat-sifat Tuhan kepada kita. Kerana tanpa kenal Tuhan, mustahil kita dapat menyintai-Nya. Bak kata pepatah Melayu, "Tak kenal maka tak cinta".

Dalam pengalaman kita sendiri, untuk kita mengenal seseorang itu pun memakan masa. Tidak cukup sekadar mengenal namanya, anak siapa atau di mana tempat tinggalnya. Lebih-lebih lagi untuk sampai kita jatuh hati kepadanya; mestilah kita kenal hati budinya. Jasa-jasa yang telah dilakukan; akhlaknya, pemurahnya, sifat penyayangnya, penyabarnya dan sebagainya. Jika setiap hari kita diceritakan tentang dirinya; pengorbanan yang dibuat, jasa-jasanya, kehebatan peribadinya, ibadahnya serta kebaikan-kebaikan lain yang dibuat; tentulah timbul keinginan untuk mengenali dirinya lebih dekat lagi.

Bila timbul keinginan untuk mengenalinya, kita sendiri yang akan berusaha untuk bertanya kepada yang punya diri. Kalau tidak pun kita akan berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai orang yang kita suka itu. Kita bukan sahaja tahu namanya atau latar belakang mengenai dirinya, tapi kita juga boleh ceritakan apakah kegemarannya, hobinya pada waktu lapang, makanan kesukaannya. Kadang-kadang perkara yang dibencinya juga kita boleh dapat tahu. Lama-kelamaan kerana rapatnya hubungan kita dengannya, tanpa disedari akan berputik pula rasa suka, sayang dan rindu kalau lama tidak berjumpa. Inilah bibit-bibit cinta bila hati sudah jatuh hati kepada seseorang.

Begitu juga kalau kita ingin jatuh cinta kepada Allah, Tuhan yang menciptakan kita. Kita mesti mengetahui sifat-sifat-Nya supaya kita kenal siapa Tuhan yang kita sembah setiap hari. Selama ini kita hanya kenal Allah sebagai Tuhan kita. Dia yang berhak disembah. Jika tidak menyembah-Nya boleh menyebabkan kita jatuh syirik. Tetapi pengenalan yang terlalu umum seumpama itu tidak menimbulkan rasa cinta apalagi rindu untuk selalu `menghadap-Nya `.

Selama ini kita bersembahyang atau menghadap Tuhan kerana terpaksa; sebagai satu ke-wajipan. Bukan kerana rindu untuk bertemu denganNya. Sebab itu, untuk mengenal-Nya lebih-lebih lagi jatuh cinta kepada-Nya, kita mesti tahu sifat-sifat Tuhan. Supaya semakin kita kenal Tuhan, maka semakin indah kita rasakan memiliki Tuhan. Apabila kenal siapa Tuhan kita, barulah timbul perasaan cinta dan takut kepada-Nya. Bahkan kita rasa terhutang budi kepada-Nya kerana Dia memberi nikmat terlalu banyak kepada kita.

Untuk mengenali sifat-sifat Tuhan,kita mestilah memiliki ilmu tentang-Nya. Ilmu itu pula disampaikan oleh guru yang boleh mendidik hati kita. Sifat-sifat Tuhan itu terlalu banyak untuk dihuraikan satu persatu. Cuma mari kita ambil beberapa sifat Tuhan untuk dibincangkan di sini demi mendekatkan diri kita dengan Tuhan.

1. Sebagai Pelindung

Mari kita rasakan dan yakini bahawa Tuhan adalah Pelindung, Penjaga, Pengawal dan Penyelamat. Duduk di bawah Perlindungan-Nya, kita tidak perlu rasa bimbang. Dialah Penjaga yang tidak pernah rehat-rehat. Kalau seorang ibu yang menjaga anaknya; pun masih perlu tidur pada waktu malam. Dan sewaktu dia rehat atau tidur; kalau berlaku apaapa ke atas anaknya, dia pasti tidak tahu kerana tertidur. Tetapi Tuhan sebagai Penjaga yang tidak pernah tidur, letih, rehat atau terlalai.

Sebab itu ada orang soleh yang setiap kali hendak tidur,dia akan mengamalkan doa ini:

" Wahai Tuhan,Engkaulah Penjagaku sewaktu aku jaga dan aku tidur.Engkau jagalah aku sewaktu aku tidur kerana Engkau tidak tidur.Dan bangunkan aku dari tidurku untuk aku beribadah kepadaMu. "

2. Tuhan Sebagai Pengawal

Begitu juga sifat Pengawal-Nya. Kalau pemimpin-pemimpin, sudah tentu memiliki ramai pengawal-pengawal di sekelilingnya. Namun walau bagaimana ketat kawalan mereka, masih ada juga pemimpin yang mati ditembak, diculik dan dijadikan tebusan. Tetapi sifat Pengawal Allah ini luar biasa kawalanNya. Dia mengawal seluruh makhluk yang diciptaNya termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, gunung ganang, lautan, alam semesta yang luas terbentang, alam yang lahir mahupun yang ghaib.

Tiada satu makhluk pun yang di luar kawalan-Nya. Mana ada satu kuasa yang dapat mengawal sehebat kawalan Tuhan itu?

3. Tuhan Sebagai Penyelamat

Lebih-lebih lagi sifat Penyelamat Dalam apa jua keadaan yang genting sekalipun, Dialah satu-satunya Penyelamat. Saksikan sejarah Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam kawah api yang besar atau peristiwa Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan Nun. Kedua-duanya Tuhan selamatkan. Begitu juga kisah Nabi Musa sewaktu dikejar oleh Firaun serta tenteranya. Apabila berdepan dengan saat genting didepannya lautan yang luas sedang tentera Firaun mengejar dibelakangnya;siapa yang menyelamatkan mereka. Bukankah sifat Penyelamat Tuhan yang menyelamatkan mereka dengan terbelahnya lautan tersebut menjadi laluan untuk mereka menyeberanginya?

Sebab itu rasakan dan yakinlah bahawa Tuhan itu sebagai Pelindung, Penjaga, Pengawal dan Penyelamat.

4. Tuhan Berkuasa Berbuat Apa Saja

Walaupun sifat Tuhan itu sebagai Pelindung, Penjaga, Pengawal dan Penyelamat; Dia juga boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita. Buktinya banyak kita dengar kejadian kemalangan yang meragut nyawa, banjir besar, gempa bumi, kemarau dan berbagai kes jenayah yang kesemuanya melibatkan keselamatan manusia?

Bencana alam yang disebutkan itu, bukan sahaja meragut nyawa manusia malah dalam sekelip mata bencana tersebut boleh meranapkan segala bangunan serta infrastruktur yang ada bagaikan padang jarak padang tekukur.

Dalam hal ini kita perlu faham, apa sahaja kejadian yang Allah timpakan, pasti ada hikmah yang tersirat kerana Dia Maha Suci daripada menzalimi makhlukNya.

Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya. Gerun dengan kemurkaan-Nya itu. Hanya dengan menyebut kun atau `jadi` maka `jadilah` sepertimana kehendak Allah.

5. Tuhan itu Pengasih dan Penyayang

Tetapi bila kita bahaskan pula sifat Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya, sekali lagi kita merasa kagum. Dia sangat kasih dan sayang terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya. Kasih sayang-Nya tiada batas dan hadnya. Kasih sayang Tuhan pula tanpa bersebab atau berkepentingan. Kalau seorang ibu mengasihi anaknya hatta nyawa sanggup dijadikan tebusan, namun kasih sayang Tuhan melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Dia juga tidak pilih kasih. Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama, warna kulit serta berbagai taraf kedudukannya di tengah masyarakat tetap mendapat kasih sayang Tuhan.

Banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya, antaranya:

Firman Allah yang bermaksud:
"Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit bagaikan binaan dan diturunkan danpada langit itu air (hujan) maka darinya dikeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Maka dengan sebab itu janganlah kamu mencipta sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya."

(Al Baqarah :22)

Firman lain yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang dan bintang yang bergerak amat berguna pada nelayan, Allah menurunkan dari langit hujan maka ia menghidupkan bumi yang mati dan dibiakkan di atasnya segala macam haiwan, dan dipindahkan angin dan awan di antara langit dan bumi, itu semua sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berakal."

Allah sangat kasih kepada hamba-Nya yang menurut perintah-Nya namun bagi yang terlanjur dan banyak melakukan dosa; Allah tetap memujuk agar tidak berputus asa dari kasih sayang-Nya.

Ini jelas dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud:
"Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas ke atas din sendiri, janganlah kamu berputus asa dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"

Mari kita lihat lagi kasih sayang Tuhan kepada kita.Sewaktu kita di uji dengan kesakitan Dialah yang menyembuhkannya. Sewaktu kita lapar dan kehausan, Dialah yang memberi makan dan minum. Sewaktu kita keseorangan, Dia kurniakan suami atau isteri serta anak-anak agar rasa terhibur. Sewaktu dilanda masalah, Dialah yang memberi jalan penyelesaiannya. Sewaktu kita berhajat kepada sesuatu, Dialah yang menunaikan hajat yang kita pinta itu. Kalaupun tidak semuanya dikabulkan tapi ada juga sebahagiannya yang telah dikabulkan. Kalau mahu dihitung terlalu banyak bukti menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada kita. Cukup sekadar beberapa contoh membuktikan begitulah kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba-Nya.

6. Murkanya Berhikmah

Walaupun hebat kasih sayang Tuhan, namun Dia boleh murka kepada hamba-Nya. Tetapi kemurkaanNya berhikmah dan mengandungi pengajaran. Sebagai contoh apabila berlaku kemarau panjang di sesebuah tempat, musnahlah tanaman dan banyak haiwan yang mati; manusia juga merasai kesengsaraan akibat kekurangan makanan.

Mengapa Allah biarkan manusia menderita, memusnahkan tanaman haiwan ternakan? Apakah Allah tidak kasih kepada makhluknya? Sebenarnya takdir yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah ingin menghukum kesalahan manusia di dunia supaya kita terlepas daripada hukuman-Nya di Akhirat yang maha dahsyat. Selain dari itu hikmah di sebalik musibah ialah agar manusia merasai betapa lemah dan dhaif hingga tidak berupaya berhadapan dengan kekuasaan Allah SWT. Ini menyedarkan kita sebagai hamba lebih baik menyerah saja kepada Allah SWT. Musibah juga bagi orang yang beriman ada dua maksud iaitu sebagai penghapusan dosa dan sebagai pengangkat darjat di sisi Allah bagi yang tidak berdosa.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga." (Riwayat At Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:
"Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri)." (Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhan)

" Sebab itu kalau manusia faham, dia akan tenang menghadapi ujian itu. Sebaliknya jika dia tidak faham maksud Tuhan, kemudian tidak sabar, maka dia berhadapan dengan dua kesusahan. Pertama kesusahan kerana ujian kemarau yang menimpa. Kedua, susah hati dan menderita dengan kesusahan tersebut."

Sekian.




Zat Yang Maha Suci

Bagaimanalah aku hendak melupakan Zat Yang Maha Suci
Yang kuasa-Nya tidak pernah satu detik terlepas dariku
Yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku
Ia sentiasa melihat hingga ke batinku
Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik
Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku
Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju
Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan

Ia Maha Agung, Maha Qahhar dan Maha Jabbar
Juga kasih sayangnya kepadaku lebih daripada
seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya

Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia boleh buat apa sahaja kepadaku
Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya
Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku

Ia adalah Penyelamat Pentadbir, Penjaga, Pendidik dan Pemelihara
Dengan penuh berhikmah
Oleh itu bagaimana aku mahu melupakan-Nya
Sedangkan Dia tidak akan melupakanku
Walau setakat sekelip mata
Aduh, tidak mungkin aku boleh melupakan-Nya
Tidak mampu aku untuk melupakan-Nya
Itulah Dia Tuhanku
Aku tidak boleh terlepas daripada kuasa-Nya

Lepas Zuhur
7.10.99
Allahyarham Ust. Ashaari.

ABU BAKAR, ORANG YANG PALING BERANI



Al-Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya: "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib (kwj) pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata:

"Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?

" Jawab mereka:
"Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."

Kata Saidina Ali:
"Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi Muhammad SAW gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Nabi Muhammad SAW dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ?

Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi Muhammad SAW untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi Muhammad SAW. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata:

"Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?"

Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi Muhammad SAW selain Abu Bakar.

Beliau maju ke depan dan memukul mereka seraya berkata:
"Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya, beliau mengusap air matanya. Kemudian Saidina Ali berkata:

"Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?" Semua jamaah diam sahaja, tidak ada yang menjawab.

Saidina Ali seterusnya berkata:
"Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedangkan Abu Bakar menyiarkan imannya."

Ahad, 10 April 2011

Apabila menghadapi ujian Tuhan Rafiqul A’la



Apabila terdengar sahaja ujian pasti kita akan mengeluh sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat IPT. Kalau ada ujian mesti kita perlukan persediaan terlebih dahulu. Kalau tidak bersedia alamatnya walaualam. Ujian dalam kehidupan manusia adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian yang kecil mahupun yang besar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu.

Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bahkan kasih sayangNya melebihi kasih sayang kedua Ibubapa kita jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji atau mahmudah. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda masya Allah baiknya Tuhan kepada kita. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu kerana Allah tidak mahu kita disiksa di akhirat kelak yang berkekalan selamanya baiknya Tuhan kepada kita.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, penyakit yang tidak ada penawarnya dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih Tuhan Rafiqul A’la kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Tuhan Rafiqul A’la mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap , merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!

Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan.

Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji kalau kita tahu hakikat sebenar kita diuji nescaya kita merasa nikmat dengan ujian itu. Inginkah kita tergolong dalam golongan mereka menyintai Allah dan Allah menyintai mereka?

Oleh itu bersabarlah dunia ini hanya sementara buat kita akhirat kelak yang kekal abadi.

Sebagai contoh seorang bapa menegur anaknya yang membuat salah dan merotannya. Adakah bapa itu jahat ? Sebenarnya dia ingin mendidik anaknnya supaya menjadi manusia. Begitu juga dengan Tuhan mendidik manusia melalui ujian yang termampu olehnya. Oleh itu marilah kita kembali kepada Tuhan mengapa lidah kita berat menyebut namaNya ? Mengapa kita mengeluh apabila ditegur dengan ujian olehNya ? bukankah dia yang menciptakan kita, memberi segala keperluan kita, bukankah tangan,telinga,mata, hidung, rambut, dan seluruh anggota badan kita Allah yang ciptakan kepada kita,tahukah kita Dialah yang menjaga kita sebelum dan selepas kita diciptakan tanpaNya kita tidak wujud di dunia ini ?

Sebab itu kasihnya kepada kita melebihi kasih kedua ibubapa kita kerana Dia yang menjaga kita sejak dari azali lagi Maha baiknya Tuhan pada kita jika kita mahu berfikir. Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji ?


BAGAIMANA BAHAGIA DENGAN MASALAH ?

Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah
di dalam kehidupan di kalangan insan
Yang menjadi masalah bukan masalah itu,
yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi dua masalah, yang bukan masalah jadi masalah,
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah jadi masalah
dua kali masalah

Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah,
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah,
Rasul, Nabi Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya,
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah
Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah pahala dan Syurga
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah

Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka,
pangkat dan darjat di dalam Syurga
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai
masalah

Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah, yang mereka anggap bukan
masalah tapi ibadah
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya

Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya
Bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah
Dengan masalah-masalah itulah
mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan,
payah hendak difaham oleh orang biasa

Tafsiran Hiburan Yang Di Salah Ertikan.


Tafsiran hiburan itu telah lama disalah ertikan dlm kehidupan. Akibatnya kita terseret sama menganggap bila disebut berhibur ianya sesuatu yg melalaikan.

Rata2 sekarang ini lahirnya hiburan yg bertunjangkan nafsu bukan hiburan yg menjurus ke hati. Hatta bernasyid sekalipun jika tiada 'roh' tetap ianya dikira melalaikan. Tetap ianya hiburan nafsu. Sebab itu kita yg dah mahu pada Islam ini atau dah faham Islam sikit2 ini, turut tersilap tafsir dgn merasakan jika berhibur itu mesti ikut kaedah berhibur spt yg ada sekarang ini.

Fitrah hati kita yg asalnya bersih telah lama dirosakkan oleh hiburan2 berbentuk menghiburkan nafsu. Lantas bila dikaitkan dgn agama, kita rasa ianya mesti serius, jangan main2.

Hakikatnya hati kita telah lama mati, hingga segala yg dijadikan termasuk syariat2Nya yg sesuai dgn fitrah kita, kita dah rasa tak terhibur. Kita tak rasa itu hiburan. Kita rasa itu biasa2 saja hingga kita pandang bersahaja. Tak rasa apa2. Bagi kita ianya hiburan bila melibatkan perkara2 berbentuk nyanyian atau muzik dsbnya.

Andai berhibur itu spt apa yg kita faham sekrg ini...
apakah Rasulullah dan para sahabat itu tidak berhibur?

Apakah Rasul dan para sahabat bukan manusia biasa yg tak punya fitrah utk berhibur sebab mereka golongan yg sgt2 sibuk memperjuangkan agama tak kira siang malam, tak kenal erti letih dan jemu.

Mana hiburan utk mereka ini semua, kalau Tuhan tak menjadikan segala syariat dan kejadian2Nya utk menghibur mereka yg telah letih berjuang ini?

Apakah utk memenuhi fitrah manusia, mereka terpaksa berhibur dgn cara berhiburnya kita sekarang ini yg menjurus kpd kelalaian?

Atau setakat mengaji dan bersolat sajakah baru terhibur mereka ini?

Kalau gitu, teruk benar agama Islam ni. Rigid, beku, serius abihh. Sebab bila nak berhibur kena dgr lagu2 atau pun setakat nasyid atau baca Al Quran shj. Setakat itu sajakah cara Rasul, para sahabat dan org soleh berhibur. Kalau begitu sempit betullah hiburan dlm Islam.

Padahal tak semua manusia itu sama kehendak fitrahnya utk berhibur. Cara terhiburnya fitrah (bukan nafsu) seseorg dgn seseorg lain berbeza. Tak semua org rasa terhibur bila baca Quran. Tak semua orang rasa terhibur bila dgr nasyid dsbnya. Nasyid atau mengaji Quran itu cuma cabang2 hiburan suci antara ribuan hiburan suci dari Tuhan untuk hamba2Nya.

Bila kita berfahaman hiburan dalam Islam adalah sedemikian, secara tak langsung kita telah meletakkan Tuhan itu zalim kerana menjadikan agamanya sesuatu yg 'menyakitkan' iaitu untuk mengamalkannya sungguh2 ianya semacam amalan paksaan ke atas kita semua. Sampai begitu sekalikah tujuan Tuhan menurunkan agama Islam ini?

Kalau beginilah fahaman Islam kita.org bukan Islam naik takut nak masuk Islam. Orang Islam yg kurang fahaman Islamnya pun, tak minat atau ragu2 nak dalami Islam. Sebab mereka takut dgn keseriusan agama Islam, di mana tentu akan tercabar fitrah mereka sebagai manusia yg suka pada hiburan.

Antaranya seseorg Islam boleh terfikir spt ini...
"Kalau nak warak atau alim abihhlah aku...tak ada hiburan lagi, tak naklah... baik aku jadi seperti sekrg ini...boleh enjoy...tua2 nanti barulah aku serius dgn agama."

Hakikat sebenarnya bila disebut Hiburan, ianya ialah sesuatu yg menyenangkan dan membahagiakan fitrah atau roh atau jiwa murni kita. Bukan hiburan yg menyenangkan dan membahgiakan nafsu spt hiburan yg ada hari ini. Iaitu hiburan yg membuatkan kita lupa Tuhan, seronoknya sekejap saja. Hiburan dlm konteks Islam ialah hiburan hakiki, hiburan hati yg berpanjangan yg tidak kunjung padam sebab hati/fitrah kita yg terhibur bukan nafsu kita yg terhibur.

Orang mukmin itu hatinya sangat2 terhibur melalui kerja2 Tuhan. Terhiburnya org yg benar2 mukmin adalah lebih 'jauh' bukan setakat terhibur melalui ibadah semata2.

Berhibur dlm Islam bukan mempermainkan agamanya. Terhibur dgn kerja2 Tuhan bukan bermakna kita tak serius dgnNya ttp sebaliknya mengperhebatkan lagi rasa kehambaan kita padaNya. Terhiburnya hati secara hakiki akan menguatkan jiwa utk lebih serius berjuang menegakkan agamaNya dlm diri dan masyarakat.

Untuk check Level di mana matinya hati kita.... lihatlah setakat mana terhiburnya hati kita bila kita lihat kerja2 Tuhan samada berbentuk baik atau ujian. Orang yg tahap imannya tinggi, mehnah atau ujian dari Tuhan pun dia anggap hiburan sebab dia rasa Tuhan beri perhatian padanya.

Apakah mengikuti syariatnya dgn sungguh2 dgn perasaan bahagia dianggap mempermainkan agamanya? Selagi kita merasakan demikian selagi itulah kita termasuk golongan orang yg masih susah utk berbuat taat dan meninggalkan larangannya. Ataupun kita masih termasuk golongan org yg masih terlalu sakit ketika bermujahadah utk menjadi seorg mukmin. Kita hanya dapat mengikuti syariatnya secara paksa2 lagi bukan dgn senang hati mengamalkannya.

Sebab itu terkadang hendak membezakan antara mana satu hiburan hati (hakiki) atau mana satu hiburan nafsu pun, kita dah tak tahu nak beza. Sebab itu kita pukul rata istilah hiburan itu tidak sesuai digunakan.

Hakikatnya syariat Tuhan jika difahami ianya sesuatu yg menghiburkan samada yg sesuai dgn fitrah kita atau tidak. Mana2 syariat yg kita rasa tak sesuai dgn fitrah sebenarnya bukan fitrah kita yg merasakan demikian tetapi nafsulah yg merasakannya tidak sesuai. Oleh kerana kita jahil tak berilmu kita anggap, rasa yg tak sesuai itu dtg dari fitrah kita padahal ianya dtg dari nafsu dan akal kita yg tak terdidik.

Bukankah syariat dibuat utk kemanfaatan manusia?
Membuatkan manusia bahagia zahir dan batin, selamat dunia akhirat?

Melainkan jika merasakan perit nak taat dan patuh pada syariat. Sebab itulah kenapa kita rasa agama itu sesuatu yg serius, tak boleh buat main, apatah lagi nak rasa ianya sesuatu yg menghiburkan.

Padahal jika benar2 dpt merasakan indahnya mengamalkan syariat Tuhan. Di situlah hakikat hiburan yg cukup membahagiakan. Jauh lagilah utk kita merasakan dan menghayati hidup berTuhan kalau masih di level seperti ini.

Rasulullah saw sendiri bersolat hingga bengkak2 kaki, kenapa?..

sebab itukan hiburan bagi baginda. Dan bila Saidina Umar pula pernah ditanya,

."Apakah yg tinggal lagi pada mu wahai Umar...beliau menjawab "Cukuplah Allah dan Rasul bagiku"...

Bukankah contoh di atas, buktinya Tuhan itu Penghibur Agung. Kenapa tak kaji sejarah bagaimana Rasul dan para sahabat berhibur?

TUHAN PENGHIBUR AGUNG



Bismillahirahmanirrahim

Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung.

Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan.

Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja.

Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut Bismillahirahmanirrahim.

Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.

Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah?

Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata
“ Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan system hidup buat menghiburkan kamu.”

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu.

Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah?

Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah?

Cuba baca sejarah, orang yg paling kuat berjuang seperti Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja. Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang?

Tuhan datangkan Rasulullah utk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah?

Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut.

Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia utk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur.


MARILAH JADI PENGHIBUR

Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai bangsa
Dan bermacam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala
Menghiburkan kita di Syurga
Marilah kita jadi penghibur
Menggembirakan manusia

Hiburkanlah manusia dgn pertolongan
Terutama pada yg miskin dan menderita
Hiburkanlah juga dgn senyum kemesraan
Juga nasihat yg beguna
Jadilah penghibur pada manusia
Agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu yg berguna
Dgn semangat membangun jiwa

Ziarahi mereka
Membawa buah tangan
Di waktu mareka sakit
Ziarahi mereka

Gembirakanlah dgn kemaafan kita
Dengan bertoleransi
Serta memberi kerjasama
Jika minta tolong
Jangan dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dgn manusia

Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam Syurga
Dgn syaratnya Imanlah asasnya
Juga syariat, perjalanan hidupnya